Tuesday, March 29, 2011

five years before here...

ia mengambil masa selamasetahun bagi aku untuk mempelajari teknik bermain gitar yang biasa-biasa, malah juga memerlukan sebuah pengorbanan yang cukup setimpal bagi aku. betullah bilamana perumpamaan melayu ada mengatakan bahawa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagu nya. Mungkin kerana itulah seseorang itu sudah mencipta nama sekarang.dulunye hanya pencacai jalanan kini sudah menjadi seseorang. 5 tahun yang lepas aku cukup terpegun melihat sahabat handai bermain gitar, seolah-olah lagu dan irama senada. Memang musik itu wujud dalam jiwa aku sejak lama. dari aku sekolah menengah lagi. Masa itu aku masih ditingkatan tiga,seorang kawan memperkenalkan aku dengan sebentuk gitar, segan waktu itu mahu memegang,tali nya pon aku tak bisa petik. inikan pula kordinasi bunyinya. Kawan-kawan dimasa itu hanya tersenyum melihat aku, sedikit malu dan rendah diri tercuti dalam hati, satu hari aku akan mempelajari teknik bermain gitar yang betul. Desak hati ini. Dengan nada selamba, ahh orang yang bermain musik ini tidak akan kemana. sibuk dengan musik, nanti gagallah pelajaran mereka.

4 tahun yang lepas semasa aku di kolej, aku sekali lagi terpegun pabila aku melihat seorang kawan mempertotonkan gayanya bermain gitar pada aku, bukan teror sangat tapi gayanya mampu membuat insan kerdil seperti aku terpegun.Masa itu aku mengenal apa itu tuner dan gitar. Persepsi aku pada 5 tahun yang lepas sedikit tercalar, pemetik gitar juga mampu menjadi seorang pandai.wahh dan aku terus tertarik. senyum aku malah petikan itu membuat aku sedikit lalai. Kawan-kawan aku semuanya hebat bermain gitar dari struming hinggalah ke plucking,semuanya hebat--hebat. dari ustaz hinggalah ke watak ala ala 'kasyah' semuanya hebat.cuma aku seorang sahaja yang tidak mampu setanding mereka.aku sedikit malu.

Di universiti sekali lagi aku didedahkan dengan petikan gitar oleh sahabat-sahabat serumah. ketika itu umur aku 21 tahun,jiwa remaja ketika itu sangat membuak2 dengan rasa kasih dan cinta akan ilmu dan pengetahuan baru. Maka aku membeli sebuah gitar. Tiada siapa yang menyangka bahawa manusia yang sekecil ini mampu menguatkan hati nya membeli sebuah gitar biarpun hati ini sering berkata' mati kalau ayah atau abang dapat tahu, mesti tak pasal-pasal kena hentam dgn penyapu.' bapaku seorang yang alim dalam beragama. Seorang imam surau (bekas) dan seorang yang aku anggap tawadduk dan bersahaja dalam hidup. Aku masih teringat pertama kali aku membeli gitar adalah semasa bulan ramadhan 2 tahun yang lepas. hari itu cukup indah dan nyaman. Kawan yang beriya-iya mahu melihat aku membeli gitar. PUAS hanya tuhan yang tahu.

ia agak bodoh bagi kami yang berasal dari kampung pabila mengangap bahawa memetik gitar adalah satu yang melanggar adat melayu, ye melayu hanya dihiburkan dengan berzanji dan berdikir barat. itu cerita dulu, sekarang dunia anak muda mahukan sesuatu yang cukup mampu menarik minat mereka, bukan hanya dari kaca mata kebaikan malah mengajak merekabagaiamana menghayati sebuah pembudayaan baru bangsa dalam bentuk yang ringkas dan berkesan,tidak perlu menghimpun segala bagai alat musik, hanya dengan sebijik gitar. Siapa tahu bahawa dunia ini kian berubah, siapa yang berkata bahawa seorang yang tahu akan musik akan lupa pada pelajaran dan hidup. Aku yang dahulunya hanya tahu menyebut gitar kini selangkah lebih jauh dari teman-teman yang dahulunya memandang jijik pada gitar. Persepsi kita itu yang membuatkan kita ini siapa, jangan katakan tidak pada sesuatu yang kita masih belum cuba. Disaat kita terasa mahukan itu, just go, and trust your heart. it will never lie to you. because at the moment we think bout something, we actly ahead of others '

sambung buat thesis :)