Sunday, March 27, 2011

Masa Kecil 2

Ahad ( 27Mac2011 7.32 Pm)

Cubalah kita mengerti akan sebuah kehidupan yang kita miliki ini, dengan sepenuh jiwa dan maruah. Mengerti manakan tidaknya sisuara yang selalu berbisik ditelinga akan kematian dan pengakhiran hidup. Biar jiwa celaan menghimpit nadi, untuk terus berdenyut, dan mengenang akan sebuah kesilapan itu. Masa kecil sering aku bermimpi akan sebuah sayap, eh bukan, masa kecil aku sudah maju, aku bukan mimpikan sayap untuk terbang tapi aku mimpikan roket yang digantung di belakang. tekan suis roket berpencar cahaya api membuat aku terbang jelajah dunia,org kata itu mimpi, tapi bagi aku itu realiti tidak sedar aku. dalam mimpi banyak aku peroleh, kebahagiaan bila melihat dunia jauh dari hijau nya daun dan dikelilingi awan biru.Aku memang tidak pernah berpesawat semasa kecil, malah aku tidak kenal pesawat Boeing. yang aku ada hanyalah mimpi. Aku sering mimpi itu.

Sejahtera kecil itu bukan kepalang, bangun pagi berciuman dengan bantal, elok tidur disisi ibu dan tenang didakapan abang-abang. Kami sekeluarga hidup serba daif, ayah seorang penjaja ikan ibu pula seorang suri rumah kadang-kadang terpaksa mencari kerja tambahan untuk menampung kehidupan. Kesusahan kecil itu mengajar aku akan erti sebuah perubahan yang besar, namun tidak mengajar aku untuk memilih peluang, untuk berani mengambil peluang. masa kecil yang sering takut dibuli oleh abang-abang yang jauh lebih kejam dari jiwa aku, seakan-akan kini mengajar aku bahwa dunia kejam akan manusia baik. Dunia itu cipta nye untuk manusia licik, manusia yang kuat dan bebas. sedang aku masih terikat dengan masa kecil.

Masa kecil aku sering dipenuhi dengan teman-teman kawan-kawan yang setia pada hati. Jujur pada setiap perlakuan mereka. itu kawan aku semasa kecil, kolam dan tanah menjadi teman setia aku takkala teman-teman yang lain sibuk dengan tugas mereka melayan ibu masing-masing. Aku pula sibuk dengan menconteng tanah-tanah usang di bawah rumah menjadi patung, aku anggap itu seni. Aku abang aku abang-abang aku sering lepak-lepak di bawah rumah kami menyiapkan satu dunia yang jauh dari realiti, iaitu dunia kami. ye itu sangat kotor, jijik dan mungkin juga ngeri tapi berbanding dengan remaja lain kami agak terkedepan. kami mencipta sebuah taman yang dipenuhi oleh-oleh haiwan manusia yang hidup dalam harmoni dan indah akan keamanan. kami mencipta ilmu itu dari minda kanak-kanak kami.Ibu selalu marah. 

Hidup kami seharian dipenuhi oleh IMAGINASI. Kecil minda kami ini kami luaskan menjadi dunia baru. Aku sejak kecil minat akan permainan, aku pun tidak tahu mengapa. Mungkin kerana aku suka akan ketenangan yang dibawa oleh mereka. Bila ke bandar, jiwa aku tidak akan terlepas dari ke kedai mainan. dimasa itu umur aku 12 tahun, ibu dapati aku hilang. Sedang aku pula sedang lepak2 di kedai mainan, itu sifat aku dari dulu sampai sekarang, aku suka akan benda-benda yang kiut dan comel. semua orang suka akan itu,dan aku rasa aku sudah cukup sesempurna manusia lain. masa kecil aku bukan senang, ibu selalu marah aku kerana selalu sangat meminta membeli mainan sedang kami tiada duit, inisiatif nya aku mencari mainan terpakai yang dibuang dan dijadikan milik aku. aku puas bila jumpa satu.


sambung...