Wednesday, December 29, 2010

Festkum 2010

alhamdulillah festkum 2010 baru sahaja berlalu. bertempat di Dewan Budaya USM, festkum 2010 adalah merupakan pengalaman yang tidak akan dilupakan. perjalanan yang mengambil masa selama hampir 7 jam kalau tak silap amat memenatkan tambahan pula geng2 kami terpaksa menggunakan bas kecil dan sebuah van dan bertambah malang ag aku terpaksa naik van, fuhh. kami menetap di Asrama Aman Damai selama 5 hari, asrama yang cukup selesa cukup dengan kemudahan air dan pengudaraan yang baik. cuma sedikit terkilan kerana Astro di blok kami tak boleh digunakan, so terpakse la kami berpisah dengan dunia luar selama 5 hari.
ok, latihan kami memang yang terbaik. kami berlatih hampir setiap hari di USM. ditambah pula dengan latihan hampir sebulan di terengganu, kami merasakan bahawa kamilah yang terbaik. ada juga geng2 lain yang cakap bahawa geng2 kami berlatih dengan cukup baik dan latihan kami cukup bagus. siapa tak bangga kan bila pihak lawan cakap mcm tu. haha.

alkisahnya pihak pengurusan telah merubah jadual perlawanan tanpa pengetahuan kami, perlawanan yang sepatutnya dibuat pada 18 hari bulan terpaksa diawalkan kerana sebab-sebab yang tidak bleh dielakkan. namun kesalahan itu diletakkan kepada pihak kami kerana tidak memeriksa emel. diorg memaklumkan bahawa pihak mereka telah emelkan jadual baru hampir setengah bulan.plak dah?? yang jadi mangsa adalah kami. jd terpaksa lah kami merubah jadual yang telah kami susunkan sepanjang kami di penang.Terdapat beberapa universiti yang telah menarik diri sebelum perlawanan yang berlangsung, dan yang bagusnya, mereka adalah pihak lawan kami, wahhh sejenak kami merasakan bahawa kami akan menang tanpa bertanding.namun tekaan kami meleset sama sekali. kami di pertembungkan pula dengan kumpulan yang lain, iaitu Usim.

Menjelang hari perlawanan, kami mempersiapkan jentera kami dengan latihan yang cukup mantap, Tabur pembukaan, Tarian Hulubalang, Yen kee dan karut, kami merasakan latihan kami sekadar sebuah persembahan. sedikit kesilapan kecil yang akan dilakukan akan dimaafkan, namun bagi aku lebih baik kalah dengan kepuasan berbanding menang dengan kekecewaan.dan terbukti aku dh merasakan kepuasan itu. hahaha.

malam persembahan, pentas dipersiapkan dengan cukup cantik sekali, hiasan dewan yang disinari alunan warna merah bergemerlapan di setiap penjuru pentas. adunan budaya kelantan yang dipersiapkan dengan kain tradisi kelantan dan juga gendang rebana cukup membuatkan kami terasa bagai di tanah serendah sekebun bunga. teruja seketika kami. latihan selama sejam sebelum persembahan terasa bagai tak cukup memandangkan kami antara kumpulan yang terawal sampai ke gelanggang perlawanan. malam persembahan, pukul 8 malam perlawanan pada malam ini dimulakan oleh perlawanan antara umk dan upsi. dua-kumpulan ini merupakan antara dua kumpulan yang terkuat dalam bidang dikir barat. kami adalah kumpulan yang terakhir yang akan membuat perhitungan pada malam ini. usim bakal kami lipatkan.

pukul 11 malam, tibalah giliran kami. semua berdebar-debar takut dibaham oleh penonton dan pengadil. tapi yang lebih menakutkan pabila menyaksikan persembahan yang cukup bagus daripada universiti lain. ketak lutut kami dibuatnya. terasa nak ke toilet pun ada. sekarang giliran kami tiba, 20 minit yang akan berlangsung ini akan menentukan siapa juara dan siapa sang lara. sepanjang perlwanan itu, pihak lawan dilihat terlalu mengejek kami dengan adegan yang tidak molek, gaya mereka yang seakan-akan melampau cukup membuatkan hati membara. naumn tuhan maha adil, persembahan mereka hancur di saat akhir, gendang entah kemana, jogro entah kemana dan awak-awak tepuk bagai jatuh nya tahi lembu hangat, dalam hati kami berkata, balasan tuhan itu pasti muncul..kami tergelak dalam hati. gelak kepuasan.

pemenang tempat pertama pertandingan dikir barat festkum jatuh kepada Uitm, kedua pula Upsidan ketiga disandang oleh Upm. keseluruhan pertadingan adalah berlangsung secara adil dan saksama. teknik pengadilan juga cukup baik jika dibandingkan sebelum ini. Pertadingan pada kali ini diadili oleh Penasihat Dikit barat Negeri kelantan dan 2 orang rakan nya. nama tak ingat. walaupun kami tidak mendapat sebarang numbur, naumn kami berjaya menggondol tempat kedua pakaian terbaik. ckup lah untuk kami bawa pulang nanti.sekurang-kurangnya tidaklah pulang dengan tangan kosong. persembahan dari pihak UM dilihat terlalu jauh dari tajuk, perwatakan yang dibawakan oleh tukang karut pula seakan-akan meniru gaya seseorang, dengan gaya suara, memek muka dan lenggok tari, bagaikan halim yazid sedang membuat persembahan.

keseluruhan pertandingan pada tahun ini adalah yang terbaik. dan pemenang yang mendapat hadiah pada malam itu adalah selayak layaknya. cuma terdapat beberapa adegan yang tidak diingini juga tetap berlaku, seperti adegan mengejek pihak lawan. seharusnya perkara itu dielakkan memandangkan ini adalah perlawanan yang sihat.Jaga lah hati pihak lawan. sekian sahaja.