Tuesday, January 4, 2011

irama hati

aku ingin pergi jauh dari sini. dari tempat yang aku duduki sekarang. jauh dari manusia yang kenal aku. dari tempat yang sesubuh aku terbangun, dan sesenja nya aku tertidur. aku tidak ingin lagi hidup ditempat ini, di kerusi yang sama, menonton adegan manusia yang sama seharian, melihat jalanan-jalanan manusia yang hampir sama. sekelian nya aku terus tertipu dengan lenggok cara mereka, kecantikan mereka, hinggakan aku makin hanyut.

aku mahu pergi lebih dari kemampuan aku, mengapai bintang-bintang kejora, mencari sesuatu rasa yang akan aku rasa damai itu. aku tahu sehingga ini, kelayakan aku tidak seindah cahaya nya, namun keinginan ku sekuat tarikan suaranya. sehingga pagi aku terlena, dengan keasyikan membuai jiwa melambai-lambai dari kejauhan. sekian rasa ini membuat jiwa bagai teralun dek halusnya gelombang asmara.

aku mahu hidup bagai sejuta tahun lagi biar jasad di susuk bumi. senada rasa ini sealun mengarah ke situ. aku mahu pergi jauh dari rasa ini dan mendalami sesuatu yang baharu, baharu dari yang sekian lama. aku mahu mencari sejuta kelebihan ku, mengawal sejuta kelemahannya. aku tidak mahu siang aku secepat senja yang berlabuh, hidup bagai tiada jasad, hati bagai tiada jiwa, minda bagai tiada akal. aku ingin menjelajah ke segenap hati ku, di celah-celah keping kesuma, mencari kewujudannya.

aku ingin menjadi yang menarik. bagaikan rumi yang terleka dek kecantikan juliet. kelepasan itu takkala detik detik terus berputar, sehening bening-bening sawah membasah dada bumi. sesaat itulah aku rela hanyut dibuai nya.bumi, aku dengar suara itu, dari hati bagai menggelora api-api keangkuhan dan semangat.