manusia diberikan peluang sekali sahaja untuk hidup didunia ini. tidak kira samaada anda lahir sebagai shahrukh khan, siti nurhaliza ataupun anda hanya seorang pengemis di pasar-pasar minggu. hidup anda hanyalah sekali. anda bermula sebagai seorang anak kecil yang merangkak-merangkak meminta susu dari ibunya. si budak kecil yang masih tidak mengerti akan sebuah kejayaan. kepopularan.di masa itu yang anda mengerti hanya lah susu.
kemudian anda akan memulakan hidup dengan lebih berani sebagai seorang remaja, yang hidup anda akan dipenuhi dengan perasaan cinta, mengharap belas kasih dari seseorang. masa ini anda senang jatuh hati pada seseorang. anda akan merasa betapa hebatnya kuasa cinta Rumi itu. dan ketika itu dunia ini seumpama milik anda.
kemudian anda menjengah alam dewasa, alam yang penuh dengan cabaran dan keinginan yang membuak-buak dalam jiwa anda. ketika itu yang ada hanya lah anda dan diri anda. tiada sesiapa yang akan membantu anda lagi tidak seperti ketika anda masih kecil dahulu. jatuh bangun adalah anda sendiri.ketika itu, duit adalah segalanya.kejayaan adalah segala nya bagi anda, jika anda mahu menjadi peniaga, anda mahu menjadi jutawan.jika anda seorang pelakon anda jua mahukan anugerah bertimbun. jika anda seorang imam, anda mahukan setiap orang menghormati anda. kini anda sudah hampir separuh perjalanan kehidupan. KEHIDUPAN. kehidupan yang sememangnya tiada istilah hidup selamanya.
30 tahun anda hidup didunia, anda mendapat gelaran jutawan, anda mendapat banyak anugerah sebagai pelakon terhebat alaf baru. imam yang penuh kehormatan dan dipandang tinggi oleh masyarakat. jika semua yang anda mahukan anda telah dapat, semua itu tidak bermakna lagi pabila anda menjengah usia 40 tahun. apa yang anda perlukan dimasa ini hanyalah kenangan-kenangan yang akan menjadi peneman kehidupan anda seterusnya. dimasa itu anda sudah jauh tertinggal dari perlumbaan dunia. cuma yang masih kekal hanyalah kenangan. apakah yang anda buat selama anda hidup didunia selama 60 tahun, jika anda telah berumur 20 tahun, apakah yang anda isikan selama masa itu. jika menipu manusia, maka kenangan itu yang akan menghantui minda anda. namun jika pengorbanan yang anda ukirkan dibumi ini, nescaya kenangan itu akan terus hidup.
itulah kehidupan didunia ini. usia yang sesingkat ini, apa yang akan gunakan semaksimum yang termampu. dengan usia yang sesingkat ini, masa yang selaju ini, apakah anda akan memastikan bahawa usia muda anda, usia dewasa anda akan terisi dengan sesuatu yang boleh anda bawa ke hari tua.ataupun anda mungkin hanyalah menurut peredaran zaman, bagaikan lalang tanpa bercita-cita ingin menjadi sebatang pohon. akarnya terus memijak ke bumi. meninggalkan nama pada umat manusia. hidup dan mati itu ketentuan ilahi, namun apakah kita dapat memastikan bahawa kematian yang bakal menjengah kita itu adalah saat dimana kita benar-benar bersedia akan mati. selepas kita mati, apakah nama kita masih segar diingatan umat manusia? nama baik ataupun nama buruk?
*al fatihah kepada sahabat taulan saya semasa di KMPk dlu. semoga rohnya dicucuri rahmat. amin.