Sunday, December 12, 2010

got first chance. yippee

satu daripada kejayaan aku untuk semesta ini adalah akhirnya aku berjaya menyertai Kumpulan Dikir Barat Atma Kirana,kiranya hampir 2 tahun aku meneropong dari jauh perkembangan dikir barat. semua nie berkat rasa tidak takut akan cabaran yang aku ingin tempuhi. hampir 3 tahun aku sia-sia kan usia aku di universiti dengan macam-macam benda yang tidak berfaedah walaupun tidak semua.namun kalau aku bermula dengan lebih awal,mesti aku akan lebih berguna. hahaha.

so next week aku dan geng2 atma kirana akan bertolak ke Penang untuk menyertai Festival Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia ( Festkum ). Dengar khabarnya kami akan bertemu dengan kumpulan dari UMK. tapi tidak tahu la bagaimana perkembangan nya nanti. Pertandingan itu akan diadakan di USM Penang. Ini adalaha pertama kali aku menyertai Peratndingan Dikir Barat, sebelum ini hanya lah sekadar persembahan biasa-biasa sahaja. Rasa gemuruh juga bila mana kita bertanding dan lawan kita itu bukan calang-calang. Antaranya kumpulan Titih Warisan dan Universiti-universiti yang lain.

Peluang pertama yang aku ada telah muncul, aku mahu buat yang terbaik dan terus mencapai sukses. hahaha
Malam nie kami ada Preview dikir barat di hadapan 'Vice Canselor UMT' before bertolak ke penang. Hopefully semua berjalan dengan lancar. ameen....