sejauh perjalanan ini telah aku lalui, menempuh segalanya bersama, kini mengapa diri ini terasa terasing sekali. Perjalanan itu yang aku lalui, cukup membuat kan aku terasa tewas pada nafsu, memaksa diri aku memamah setiap keping-keping maruah yang masih tertinggal. Menghakis rasa cinta ini.
Kepada dia aku memohon sejuta kemaafan, kerana kasih aku padanya tiada banding lagi. Aku sedar setiap detik dalam perjalanan aku itu, membuat aku semakin hanyut dalam cinta manusia. Telah aku cuba menjadi yang terbaik, aku telah cuba menjadi seorang MANUSIA, namun aku masih tewas Ya Tuhan. Kebuasan nafsu ini melonggarkan keimanan, membuakkan perasaan benci pada diri.
Di setiap perjalanan ini, aku masih mengingati setiap kata-kata aku, mungkin aku tidak seharusnya menjanjikan kehidupan itu, mungkin aku tidak harus memberikan harapan itu. yang akhirnya membawa aku ke lembah penyesalan, wahai Tuhan jika aku bersalah padanya, aku lebih berdosa pada Mu. Aku tahu Kau telah jauh menolak aku dari sisi Mu. Cinta manusia yang aku zahirkan ini tidak seagung cintaMu padaku, kerinduan yang dahulu aku alunkan kini menjadi puing-puing. Ingin saja aku menolak cinta itu, namun Tuhan aku tertewas.
Ya Tuhan, terima lah aku.