Thursday, March 11, 2010

silap siapa?

Mereka menyangka bahawa sombong itu adalah suatu sifat terkeji, terburuk bagi manusia. Manusia yang sombong sering dikaitkan dengan perangai yang tidak senonoh dan ini pastinya memberikan impak yang cukup besar kepada mereka. Namun kali ini aku ingin menyangkal kenytaan ini sama sekali dan mengingat kan bahawa setiap perkara yang berlaku didunia ini punyai sebabnya dan manusia juga punyai sebab untuk bersifat sombong.

Manusia belajar sesuatu perkara melalui pengalaman dan sejarah hidupnya. Bagi aku sejarah hidup aku tidak terlalu membosankan dan tidak juga terlalu teruk, cumanya perbezaan hidup antara setiap manusia adalah berbeza, ada yang dilahirkan dalam kehidupan yang penuh kekayaan dan ada juga ang ditakdirkan lahir dalam keluarga yang hidup dalam kemiskinan Sejarah dan kisah hidup inilah yang menjadikan manusia itu seseorang apabila mereka membesar kelak, samaada seorang kaya atau miskin. Orang kaya sering dikaitkan dengan sifat sombong mereka, manakala si miskin pula dikaitkan dengan sifat rendah diri dan  terpuji. Ini adalah lumrah alam dan kejadian.


Mereka yang sombong itu adalah manusia yang paling banyak berusaha dan berfikir tentang kehidupan mereka, ini kerana keinginan mereka itu untuk terus berjaya membuat diri mereka menjadi terasing dan terpisah dari kehidupan masyarakat. Ditambah pula dengan sikap-sikap masyarakat kita sekarang yang mementingkan diri sendiri dan tidak bertegur sapa memburuk kan lagi situasi ini. Manusia yang sombong itu punyai haluan hidup mereka, hidup mereka tidak mudah tergoyah dengan cubaan pihak luar untuk melekakan mereka, sifat kuat mereka itulah yang menjadi pendorong untuk manusia menjadi bertambah sombong dan pendiam. 


Mereka yang menjadi sombong itu juga punyai sejarah hidup mereka sendiri, sejarah hidup itulah yang menjadi pendorong pada mereka untuk terus bersifat sombong dan angkuh. Mungkin pada masa dahulu, mereka ini adalah golongan yang miskin papa kedana, hasil berkat usaha mereka sendiri telah membuat mereka berjaya menjadi kaya pada hari ini. Jika dahulu mereka dikeji kerana kemiskinan, kehidupan mereka ini dilanyak oleh sang kaya, kini berbaloilah bagi giliran mereka pula untuk bertindak sedemikian. Sejarah hidup mereka yang penuh dengan ujian untuk menjadi kaya cukup memeritkan dan menjadi pengajaran yang berguna pada mereka. Maka dalam hal ini, kita tidak boleh menyalahkan mereka semata-mata, masyarakat juga harus dipersalahkan. Pengalaman dikeji semasa miskin itulah yang lebih banyak membuatkan manusia yang kaya menjadi sombong dan angkuh.

Manusia yang miskin adalah mereka yang malas berusaha dan cuma mengharapkan tuah akan memihak pada mereka. Mereka yang miskin aka yang malas berusaha memang sewajibnya dipandang hina dan dikeji, kerana manusia harus sedar bahawa setiap kejayaan yang diperolah adalah hasil titik peluh sendiri, manusia tidak boleh sekadar mengharapkan bantuan semata-mata. Kerja harus dicari dan bukannya kerja yang menacar kita.Orang yang kaya adalah mereka yang telah berjaya mencapai matlamat dalam hidup mereka, mereka ini adalah golongan yang terus berusaha biarpun seribu halangan yang datang. Maka tidak hairanlah mereka ini disanjung dan dipuji kerana usaha dan penat lelah mereka bukan kerana kekayaan mereka. Jadi dimana silapnya manusia untuk menyanjung golongan kaya dan mengeji golongan miskin?