Tuesday, March 30, 2010

terang bulan


terang bulan

c      am        f        G
bulan bintang berkelipan di angkasa
c    am       F     G
terang malam oh kerna cahyanya
C    am        f        g
andai bulan hilang jauh pandangan
c    f    g
pudarlah terang malam insan


c      am        f        g
kasih cahayamu menerangi oh alam dunia
c    am       F     G
terang cintamu menyuluh rasa di jiwa
C    am    f    g
andai hilang, cintamu oh kerananya
c       f        g
kelamlah seluruh perjalananku


c      am        f        G
bulan sampaikan rinduku oh kepadanya
c    am       F     G
bisik hati ini selalu ingin bersama
C    am        f        g
andai hati bisa ku pergi oh kepadanya
c         f        g
pasti terang sinar cintaku




dedicated to my love one....sorry for averything that i hv done, i miss u alot....

Sunday, March 21, 2010

manusia ini


aku adalah manusia yang memang lemah dalam soal cinta, 
aku adalah manusia yang akan mencorakkan warna hidup aku
aku adalah manusia yang sering mensia-siakan peluang yang diberikanNya.
aku adalah manusia yang sedar siapa aku sekarang dan apa yang akan aku jadi,
aku adalah manusia yang ingin melihat bahawa nanti, manusia ini akan melebihi kamu. 
aku adalah manusia yang hanya mampu tersenyum bilamana manusia bermasam muka
aku adalah manusia yang mencuba untuk menjauh dari rasa cinta, kerana aku sedar ia bisa menghancurkan aku.
aku adalah manusia yang sedar akan pentingnya masa depan yang cerah, biarpun terpaksa menempuh onak dan duri yang berliku-liku
aku adalah manusia yang masih mencari sebuah pengertian dalam kehidupan yang panjang 
aku adalah manusia yang sering mencuba menjadi yang terbaik dalam cinta, namun kali ini aku lemah.
aku adalah manusia yang hanya mampu terserah pada takdir bilamana malaikat menjemput aku
aku adalah manusia yang cuba untuk lari sejauh yang mungkin dari kehidupan ini
aku adalah manusia yang sering beranggapan diri aku tidaklah sehebat kamu-kamu disana.
aku adalah manusia yang suatu ketika dahulu takut untuk menghadap cermin hanya kerana aku kurang keyakinan diri.
aku adalah manusia yang ingin melihat keamanan berputik di mata pemerintah
aku adalah manusia yang sering tersesat jauh bilamana cinta Mu tiada lagi dihati.
aku adalah manusia yang membenci sifat kedekut dari seorang sahabat
aku adalah manusia yang masih mencari dimana diriMu oh Kekasih.  
aku adalah manusia yang tuah nya datang sekali dalam seumur hidup

aku adalah manusia yang ingin merubah diri dan insan ini untuk aku

aku adalah manusia yang masih mencari makna dirinya.
aku adalah manusia yang berasa.......

alangkah baiknya jika dikau mengerti manusia ini.

Saturday, March 20, 2010

khas untuk kawanku

dalam dunia percintaan manusia itu sering kali terhanyut dalam perasaan, yang bila mana mereka merasa cukup bahagia dan tenteram bersama kekasih hati, mamang cukup indah saat itu bilaman kau dan aku bertemua dan kita bermesra seperti dua insan yang saling sayang-menyanyang, maka dunia pun memerhatikan kita, melihat tingkah dan cara kita berdua, kerana cinta pada saat itu cukup indah bagi kita.

Namun kawan, bisa saja aku ingatkan, cinta itu tidak selamanya indah, kuasa-kuasa luar akan cuba meretah rasa cinta itu dan membiarkan tulang temulang berbogel tanpa daging, rasa kasih yang dahulu wahai kawan, yang kau ukirkan itu akan menjadi segumpal dendam yang akan menhasut jiwa dikau menjadi sang laksana arjuna.
Duhai kawan, jika ini saat kamu jatuh cinta, maka beringatlah, tidak selamanya pantai akan tenang, ribut akan jua melanda. Duhai kawan andainya, dikau hari ini hati bersorak gembira, nescaya esok lusa deritamu akn menjemput jua, maka kawan, hiasilah rasa cintamu dengan penuh rasa setia, bertindaklah dengan penuh bijaksana, tiada manusia yang dapat menandingi kesempurnaan sifatNya. Terimalah rasa cinta itu dengan hati yang terbuka. Jangan dikau berbangga dengan rasa cinta yang dikau miliki, kerana manusia kian lupa, bahawa rasa takabbur akn memakan diri. Raikan cinta mu wahai kawan dengan penuh kesabaran, kerana onak dan ranjaunya lebih menjanjikan sengsara. Jangan sesekali dikau kawan, menurut nafsumu, kerana penyesalan yang dikau akan ukirkan tidak mampu tertanding lagi.

Beringatlah wahai kawan, andai dikau punyai kekasih, jagainya dengan sebaiknya.

Beach Clean UP



Pagi tadi berlangsungnya program beach clean up iaitu sebuah program yang telah dianjurkan oleh persatuan pengakap laut kelanasiswa umt, hasil berkat usaha yang tidak berbelah bagi ditambah pula dengan pengorbanan ahli-ahli pengakap umt untuk melihat kembali kebangkitan pergerakan pengakap di UMT, program ini berjaya juga terlaksan. Syabas diucapkan kepada AJK yang telah terlibat dalam menjayakan program pada kali ini. Ribuan terima kasih juga kepada ahli pengakap yang sudi hadir memeriahkan lagi program beach clean up.

Program beach clean up adalah merupakan sebuah program komuniti dimana para pelajar diajar untuk mengutip sampah-sampah yang berterabur di pantai tok jembal, demi menjaga kelestarian alam sekeliling. Seperti yang kita semua maklum, bumi ini adalah sebuah anugerah yang dikurniakan oleh Tuhan kepada manusia, maka terserah kepada manusia lah untuk menjaga dan memastikan bumi sentiasa dalam keadaan bersih dan aman. Kehidupan yang bermakna adalah bilamana kita hidup untuk kesejahteraan orang lain, biarpun kita terus membakar seperti lilin, namun cahayanya memberi kemudahan pada orang lain.

Hasil perbualan bersama dengan ahli lama persatuan sebentar tadi, beliau mengesorkan agar prgram seumpama ini akan diteruskan pada masa hadapan dan berharap agar menjadi program wajib bagi persatuan kita, aku dengan penuh terbuka menyambut cadangannya dengan berlapang dada dan mengharapkan sokongan dan bimbingan dari anda semua.




Wednesday, March 17, 2010

setiap hari, sekuntum cinta baru akn berputik, setiap hari juga manusia menghadapi perpisahan yang amat perit. Namun bagi aku, cinta itu cukup membuatkan aku lemah dan hati terasa cukup pilu, mungkin kerana rasa cemburu itu cukup kuat menguasai diri. Ingin aku biarkan rasa ini pergi jauh ke udara, membiarkan rasa cinta berputik, namun aku hampa.

Kini saat2 nya kian berakhir, biarlah aku ukirkan bait-bait keping hati aku disini, untuk aku sedarkan diri aku tentang bahaya rasa cinta, keindahannya membuat aku hanyut, kesakitannya membuat aku berdenyut.

Tuesday, March 16, 2010

Perjalanan itu

sejauh perjalanan ini telah aku lalui, menempuh segalanya bersama, kini mengapa diri ini terasa terasing sekali. Perjalanan itu yang aku lalui, cukup membuat kan aku terasa tewas pada nafsu, memaksa diri aku memamah setiap keping-keping maruah yang masih tertinggal. Menghakis rasa cinta ini.

Kepada dia aku memohon sejuta kemaafan, kerana kasih aku padanya tiada banding lagi.  Aku sedar setiap detik dalam perjalanan aku itu, membuat aku semakin hanyut dalam cinta manusia. Telah aku cuba menjadi yang terbaik, aku telah cuba menjadi seorang MANUSIA, namun aku masih tewas Ya Tuhan. Kebuasan nafsu ini melonggarkan keimanan, membuakkan perasaan benci pada diri.

Di setiap perjalanan ini, aku masih mengingati setiap kata-kata aku,  mungkin aku tidak seharusnya menjanjikan kehidupan itu, mungkin aku tidak harus memberikan harapan itu. yang akhirnya membawa aku ke lembah penyesalan, wahai Tuhan jika aku bersalah padanya, aku lebih berdosa pada Mu. Aku tahu Kau telah jauh menolak aku dari sisi Mu. Cinta manusia yang aku zahirkan ini tidak seagung cintaMu padaku, kerinduan yang dahulu aku alunkan kini menjadi puing-puing. Ingin saja aku menolak cinta itu, namun Tuhan aku tertewas.

Ya Tuhan, terima lah aku.


Thursday, March 11, 2010

silap siapa?

Mereka menyangka bahawa sombong itu adalah suatu sifat terkeji, terburuk bagi manusia. Manusia yang sombong sering dikaitkan dengan perangai yang tidak senonoh dan ini pastinya memberikan impak yang cukup besar kepada mereka. Namun kali ini aku ingin menyangkal kenytaan ini sama sekali dan mengingat kan bahawa setiap perkara yang berlaku didunia ini punyai sebabnya dan manusia juga punyai sebab untuk bersifat sombong.

Manusia belajar sesuatu perkara melalui pengalaman dan sejarah hidupnya. Bagi aku sejarah hidup aku tidak terlalu membosankan dan tidak juga terlalu teruk, cumanya perbezaan hidup antara setiap manusia adalah berbeza, ada yang dilahirkan dalam kehidupan yang penuh kekayaan dan ada juga ang ditakdirkan lahir dalam keluarga yang hidup dalam kemiskinan Sejarah dan kisah hidup inilah yang menjadikan manusia itu seseorang apabila mereka membesar kelak, samaada seorang kaya atau miskin. Orang kaya sering dikaitkan dengan sifat sombong mereka, manakala si miskin pula dikaitkan dengan sifat rendah diri dan  terpuji. Ini adalah lumrah alam dan kejadian.


Mereka yang sombong itu adalah manusia yang paling banyak berusaha dan berfikir tentang kehidupan mereka, ini kerana keinginan mereka itu untuk terus berjaya membuat diri mereka menjadi terasing dan terpisah dari kehidupan masyarakat. Ditambah pula dengan sikap-sikap masyarakat kita sekarang yang mementingkan diri sendiri dan tidak bertegur sapa memburuk kan lagi situasi ini. Manusia yang sombong itu punyai haluan hidup mereka, hidup mereka tidak mudah tergoyah dengan cubaan pihak luar untuk melekakan mereka, sifat kuat mereka itulah yang menjadi pendorong untuk manusia menjadi bertambah sombong dan pendiam. 


Mereka yang menjadi sombong itu juga punyai sejarah hidup mereka sendiri, sejarah hidup itulah yang menjadi pendorong pada mereka untuk terus bersifat sombong dan angkuh. Mungkin pada masa dahulu, mereka ini adalah golongan yang miskin papa kedana, hasil berkat usaha mereka sendiri telah membuat mereka berjaya menjadi kaya pada hari ini. Jika dahulu mereka dikeji kerana kemiskinan, kehidupan mereka ini dilanyak oleh sang kaya, kini berbaloilah bagi giliran mereka pula untuk bertindak sedemikian. Sejarah hidup mereka yang penuh dengan ujian untuk menjadi kaya cukup memeritkan dan menjadi pengajaran yang berguna pada mereka. Maka dalam hal ini, kita tidak boleh menyalahkan mereka semata-mata, masyarakat juga harus dipersalahkan. Pengalaman dikeji semasa miskin itulah yang lebih banyak membuatkan manusia yang kaya menjadi sombong dan angkuh.

Manusia yang miskin adalah mereka yang malas berusaha dan cuma mengharapkan tuah akan memihak pada mereka. Mereka yang miskin aka yang malas berusaha memang sewajibnya dipandang hina dan dikeji, kerana manusia harus sedar bahawa setiap kejayaan yang diperolah adalah hasil titik peluh sendiri, manusia tidak boleh sekadar mengharapkan bantuan semata-mata. Kerja harus dicari dan bukannya kerja yang menacar kita.Orang yang kaya adalah mereka yang telah berjaya mencapai matlamat dalam hidup mereka, mereka ini adalah golongan yang terus berusaha biarpun seribu halangan yang datang. Maka tidak hairanlah mereka ini disanjung dan dipuji kerana usaha dan penat lelah mereka bukan kerana kekayaan mereka. Jadi dimana silapnya manusia untuk menyanjung golongan kaya dan mengeji golongan miskin?

Wednesday, March 10, 2010

mencari konklusi diri

orang cakap peluang hanya datang ekali dalam seumur hidup, dan peluang itu akan membawa kita lebih jauh ke hadapan menjamin masa depan yang lebih gemilang.Aku telah terlepas salah satu peluang itu, harapan yang telah ku tanam dari dulu lagi rupa-rupanya berkecai di saat akhir perjalanan, aku punyai kelayakan itu, punyai peluang itu, namun aku sia-siakannya, membiarkan diri aku masih ditakuk lama. Aku mahukan perubahan itu, kerana aku memang sedar, hidup aku hanya sekali, peluang yang datang hanya sekali, dan aku juga sedar kerana kelalian itulah aku masih disini, sedangkan mereka terus mengorak langkah ke hadapan meninggalkan aku.

Kini aku telah terlepas peluang itu, peluang yang aku nantikan selama ini, hanya untuk aku melihat diri sebenar aku. Peluang itu yang tidak aku gapai, seolah-olah menjerut aku dalam lembah penyesalan. Bodoh aku kerana melepaskan peluang itu. Cuai aku kerana membiarkan peluang itu berlalu begitu sahaja dan direbut oelh mereke-mereka yang jauh lebih kehadapan dari aku. Dulu aku dan mereka setaraf, namun kini mereka jauh diatas berbanding aku.

Aku tidak pasti apakah sinar aku akan lebih cerah pada masa nanti, adakah peluang seumpama itu akn sekali lagi menjenguk diri aku. Aku cuma berharap agar peluang yang ada ini tidak akan aku sia-siakan, aku menyesal kerana melepas kan peluang itu, itu hanya peluang aku untuk naik diarena ini. Aku akan terus melangkah diarena ini, dengan penuh yakin dan gigh, kerana aku pasti akan arah perjalanan aku. Akan aku akan isikan perjalanan aku ini dengan penuh bermakna dan terpuji.  Aku berharap agar aku tidak longlai dan cuai di perjalanan ini kerana duri dan hanlangan yang mendatang tidak tersambut oleh aku.....

Telah aku isikan hati ini dengan sepenuh azam, takkan aku biarkan peluang yang datang pergi begitu sahaja.

Tuesday, March 9, 2010

Tikam belakang dan Rampas Merampas

Ini adalah kali pertama untuk aku mendengar ada pihak yang telah secara langsung iri hati kepada mereka yang lain. Ketidakpuasan ini telah mengundang kepada situasi yang lebih teruk dan memungkinkan berlakunya perkara dahsyat yang diluar jangkaan minda kita.


Proses cantas mencantas didalam sesebuah organisasi adalah perkara biasa, ketidakpuasan hati yang berlaku adalah lumrah dalam melaksanakan sesebuah tugas. Ini berlaku adalah kerana sesetengah pihak menganggap bahawa merekalah yang paling banyak melaksanakan tugas dan kerana merekalah sesebuah program itu boleh berjaya dengan jayanya. Ya, betul kerena kamulah program itu berjalan dengan lancar tapi cuba kamu fikirkan adakah hanya kerana kamu seorang sahaja. Bagaimana dengan kawan-kawan yang lain. Andaikata projek itu diserahkan pada kamu seorang, adakah kamu berjaya melaksanakannya dengan penuh jaya.


Sesebuah organisasi memerlukan satu badan gerak kerja yang cukup mantap dan sempurna, tidak boleh terlalu lebih dan juga berkurangan, jika tidak tugasan tidak dapat dilaksanakan dengan tepat dan mungkin juga berlaku ketirisan tugas. Jika ini berlaku, maka kita dapat lihatlah bagaimana perpecahan dalam sesebuah organisasi berlaku, walhal dengan hanya bersebab yang tidak munasabah.


Dalam melaksanakan tugas, kita sebagai salah seorang daripada organisasi haruslah nekad untuk melakukan yang terbaik, melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab bukanlah gila kuasa ataupun gila pangkat, itu adalah tugas dan tanggungjawab kita, berdosa kiranya kita melalaikan tugas yang telah dipertanggungjawabkan. Jadi tidak timbul isu gila kuasa ataupun gila pangkat dalam melaksanakan tugas. Aku percaya dengan semangat kekitaan yang masih ada dalam diri dan semangat yang masih menebal, kita semua boleh bersatu kembali dan menjadi sebuah badan yang gagah satu hari nanti. Usahlah kita sempitkan pemikiran kita dengan perkara-pekara yang remeh temeh yang akhirnya akan menjadi duri dalam daging sehinggakan menjadi barah.


Setiap orang adalah unik dengan setiap perlakuan mereka, kerna keunikan itulah kita dipandang tinggi dan disanjung oeh mereka, lantaran itu kita harus buktikan bahawa kita layak mendapat sanjungan itu. Segala persenggetaan yang telah berlaku kita lupuskan dan amalkan sikap memaafkan antara satu sama lain, dunia ini kecil, hidup pun tidak lama. Marilah kita bersama-sama membentuk satu organisasi yang mantap dan bersatu. Nescaya dengan hanya kesatuan itulah kita boleh maju kehadapan.


“Tiap orang MuKmin telah diwajibkan oleh Allah mendapat tujuh hak daripada orang mukmin yang lain:

  1. iaitu memandangnya dengan penuh penghargaan,
  2. menyimpan perasaan mesra dalam hati terhadapnya,
  3. menghulurkan simpati dengan harta sendiri,
  4. mengharamkan perbuatan mengumpat terhadapnya,
  5. menziarahinya ketika sakit,
  6. mengiringi jenazahnya (apabila meninggal dunia) dan
  7. tidak menyebut tentangnya kecuali yang baik sahaja setelah ketiadaannya.”
(Riwayat Ibnu Babawaih)

Sunday, March 7, 2010

Mencari Makna diri

Semalam adalah sejarah bagi aku, sejarah yang semakin lama kian menjadi parut yang cukup berbisa, sedang hati aku sedaya upaya tidak mahu merasainya, namun buat kali itu aku tertewas. Aku tidak tahu mengapa akan derita itu sering menghantui jiwa, mengheret segenap kalbu kabus aku. 

Semalam hati ini berkecamuk, memikir akan masa depan manusia aku, sesaat demi sesaat masa ini meninggalkan aku, membuat hati aku bertambah parah, membuah jiwa yang  terjerut dalam lembah yang penuh kebuasan batil.

Seseorang mengingatkan aku tentang rasa frasa sinonism cuai, mengingatkan aku akan dekatnya mati. Melambai-lambai aku terlihat disana. Disana aku melihat sebuah kebebasan, kebahagiaan yang pasti akan aku lalui, aku mahu merasai kebahagiaan itu, biarpun tanpa dia. Biarpun aku sedang dan akan merasai deritanya rindu. 

Aku adalah diri aku, tidak ramai yang mengerti betapa aku mahu sesempurna mungkin. Aku tidak mahu melukakan hati dia dan mereka, yang akhirnya akan mengheret diri aku dalam lembah kebencian yang cukup nyata. Kerana dia aku merasa cukup sempurna, dia mengajar aku tentang betapa indahnya rasa kasih, mengajar betapa tulusnya jiwa keihklasan. Tulusnya tiada banding, ihklasnya tiada penghujung. 

Disana aku lihat sekeping harapan baru, yang akan aku pintalkan menjadi sebuah puisi dan kata-kata madah. Aku tidak suka membaca, apatah lagi buku-buku itu. Aku hanya mahu kesana. Aku akan terus menulis mengikut pintaan hati ini.

Saturday, March 6, 2010

ku ingin ke bulan...

Memang benar, mengecapi sebuah kejayaan bukanlah suatu yang senang. Bahkan akan menunutut kita untuk menggadaikan semua keringat dan hasil kita hanya semata-mata sebuah kejayaan yang pasti. Setiap daripada jiwa kita mempunyai satu semangat untuk berjaya dalam hidup, menjadi seorang pemimpin yang ternama, menjadi seorang jutawan termuda, menjadi seorang penyanyi yang berjaya, namun kekadang ada sahaja penghalang yang menjadi penghadang bagi kejayaan itu.Walaupun kita cuba lari dari penghalang itu, namun semakin lama ia semakin juga mendekati kita.

Aku adalah juga manusia seperti kamu semua, manusia yang ingin melihat bahawa satu hari nanti manusia ini akan berjaya setaraf dengan mereka-mereka yang disana. Dalam hati aku terdapat satu suara yang dengan pastinya berkata bahawa pada satu hari nanti kamu akan menjadi seseorang yang penting pada negara kamu, bangsa kamu dan agama kamu. Kerana dengan rasa inilah aku pasti akan kemampuan diri aku untuk terus selangkah kehadapan, biarpun halangannya berliku-liku dan penuh dengan onak dan cabaran. Kepastian itu aku belum takluki, aku tidak tahu apakah corak kepastian itu, mungkin anak-anak muda inilah akan mecorak rupa bangsa yang sebenar.Ingin sekali aku pergi jauh dari tanah ini, membawa diri biarpun kebulan sekalipun. Agar aku bisa merasa sendiri betapa peritnya kehidupan disana. Keselesaaan ini seringkali menjerat aku, dan aku memang senantiasa berusaha memeritkan aku, supaya aku boleh melihat kehidupan yang sebenar.

Sedang mereka-mereka itu telah berjaya mengorak langkah kesana, aku masih lagi disini takut untuk memulakan langkah itu, kekadang langkah aku tersadung dek kelemahan motivasi jiwa yang lemah longlai semangatnya. benar aku telah cuba semuanya, mencari lubang-lubang kejayaan itu, telah aku mulakan langkah ini, mencuba satu cara yang berbeda dari dahulu, telah aku impikan kejayaan itu, namun cubaan itu aku gagalkan, semuanya gara-gara kelemahan ini.

Perasaan cemburu itu memang menebal dalam diri aku, aku cemburu melihat mereka-mereka semua kesana, cemburu aku melihat mereka-mereka itu tersenyum disana. Mengapa tidak aku sahaja yang menjadi mereka, padahal nya pilihan itu sendiri ditangan aku. Inilah yang melemahkan aku.


Aku mahukan sesuatu yang mampu memuaskan hati aku, bukan wanita, bukan harta, tapi sekeping kejayaan atas usaha aku sendiri. Aku mahu keluar dari kepompong ini, mencari sinar baru kehidupan, aku tidak mahu terlibat dengan perkara itu, yang akhirnya menjerat diri aku sendiri. Aku telah terjerat dengan perkara itu sekali, tidak akan aku terjerat untuk kali keduanya. Kepompong aku adalah kelemahan aku sendiri, kelemahan aku adalah sifat aku sendiri yang mudah mengaku kalah sebelum berperang. Kata-kata yang sering menjadi senjata pihak lawan cukup melemahkan jiwa dan motivasi aku. Aku benar-benar keliru akan apakah aku ini sebenarnya, apakah pandangan orang-orang itu pada aku. Ya, mereka semua orang-orang, kerana mereka berkata-kata dengan sunyi, seperti patung pada aku.


Seperti dahulu, aku akan terus mencari rupa aku yang sebenar, rupa manusia aku yang sebenar. Selangkah demi selangkah itu akan aku teruskan perjalanan, biarpun perlu bertatih.
Kerana aku tahu siapa aku dan aku akan pastikan arah perjalanan aku kerana pilihannya di tangan aku sendiri.

Monday, March 1, 2010

Malam Adiwangsa 2

Hari ini aku coretkan sedikit tentang malam adiwangsa 2, prog yang telah berlangsung pada 27 februari yang lepas. Malam Adiwangsa adalah malam untuk pelajar-pelajar sarjana muda teknologi alam sekitar untuk meraikan pelajar tahun akhir yang bakal bergaduat pada bulan 4 yang akan tiba tidak lama lagi.

Alhamdulillah, segala perancangan yang telah kami susun semenjak dari bulan Januari lagi membuahkan hasil yang cukup bermakna bagi kami terutamanya bagi aku selaku pengarah program. Walaupun berlaku sedikit kecacatan pada majlis tersebut, namun itu tidak melemahkan kami untuk jatuh rebah dan merasa kurang. Mungkin sedikit kelemahan itu bisa kami cantumkan kembali menjadi pengajaran yang bergunan untuk diaplikasikan pada masa hadapan.

Jutaan terima kasih buat semua pihak2 yang secara tidak langsung membantu sedikit sebanyak Program Malam Adiwansa 2, terutamanya dari Kak Na mewakili dat0' Farid yang sudi memberikan sumbangan yang cukup bermakna bagi kami. Terima kasih jua buat En. Zuhaifi dari Fakulti Sains dan Teknologi yang membantu meringankan beban kami.

Tahniah dan syabas diucapkan buat semua Ahli Jawatankuasa yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan Malam Adiwangsa 2, tanpa anda semua siapalah aku nie. 

Malam Adiwangsa, ~malam ukiran seribu kenangan~