Thursday, July 26, 2012
Thursday, July 12, 2012
twenty four love
aku sebenarnya sedang mencari perkataan yang setepatnya untuk mentakrifkan diri aku, tentang apa yang sebenarnya aku rasa, adakah satu penyesalan ataupun sekadar sebuah lagi pengorbanan. yang pasti apa yang mereka rasa, yang aku tahu, ia satu kesilapan. sekadar untuk melepaskan batuk ditangga, aku rasa lebih baik aku meneruskan hidup tanpa sebarang harapan.
kekadang apabila hidup dirundum seribu penyesalan yang mana ia sentiasa menghimpit kita, akan terasa untuk mengikut jalan yang jauh tersasar yang bila mana nanti jalan itu akan membawa kita jauh dari arah yang sebenar. Kemudian kita sedar yang hidup ini sangat singkat untuk sebuah kesesatan. Cita-cita mungkin sesuatu yang amat indah untuk dicipta, dan lebih indah sekiranya ia terus menjadi mimpi yang nyata.
seseorang memberi aku harapan untuk terus hidup biarpun awan yang cerah tidak lagi datang, harapkan bagaimana sesuatu yang hancur boleh terus bangkit dan bilamana aku sedar kebangkitan aku itu sangat perlahan.selama ini aku tidak pernah menghargai apa yang telah aku ada, bukan aku tidak mahu, tapi aku tidak sedar apa yang aku ada.kawan-kawan.keluarga dan pengikut.mereka yang mengikut kita secara diam-diam dan menjadi peminat kita buat sekian lama dan sentiasa menjadikan kita idola. semua itu mungkin mimpi bagi aku selama ini.
sekarang sudah sampai aku menceritakan hal sebenar, seperti melihat malam yang terang. aku berharap.
Untuk seorang kawan yang sentiasa memberi semangat dan kesabaran untuk aku. dengan setiap jalan yang telah ditempuh, 7 tahun yang lepas. semua itu sesungguhnya kelemahan aku. dan aku tidak mengerti apa itu perhubungan.dan kekadang bila aku sedar kepentingannnya, aku terus lalai. aku rasa apa yang lebih penting bagi aku adalah PERSAHABATAN, kerana ia akan sentiasa mekar biarpun apa tanggapan dunia pada manusia. kerana CINTA itu sifatnya pudar dan akan terus pudar. Untuk kawan yang sentiasa memberi yang terbaik pada aku, terima kasih. untuk dia yang mengikuti aku, terima kasih.
Thanx guys for this 'ayat-ayat cinta'. aku xdapat bagi apa2 kat kamu semua tapi sekadar boleh bagi A buat semua. and, teddy tue sangat sweet laaa. thanx again :))
kekadang apabila hidup dirundum seribu penyesalan yang mana ia sentiasa menghimpit kita, akan terasa untuk mengikut jalan yang jauh tersasar yang bila mana nanti jalan itu akan membawa kita jauh dari arah yang sebenar. Kemudian kita sedar yang hidup ini sangat singkat untuk sebuah kesesatan. Cita-cita mungkin sesuatu yang amat indah untuk dicipta, dan lebih indah sekiranya ia terus menjadi mimpi yang nyata.
seseorang memberi aku harapan untuk terus hidup biarpun awan yang cerah tidak lagi datang, harapkan bagaimana sesuatu yang hancur boleh terus bangkit dan bilamana aku sedar kebangkitan aku itu sangat perlahan.selama ini aku tidak pernah menghargai apa yang telah aku ada, bukan aku tidak mahu, tapi aku tidak sedar apa yang aku ada.kawan-kawan.keluarga dan pengikut.mereka yang mengikut kita secara diam-diam dan menjadi peminat kita buat sekian lama dan sentiasa menjadikan kita idola. semua itu mungkin mimpi bagi aku selama ini.
sekarang sudah sampai aku menceritakan hal sebenar, seperti melihat malam yang terang. aku berharap.
Untuk seorang kawan yang sentiasa memberi semangat dan kesabaran untuk aku. dengan setiap jalan yang telah ditempuh, 7 tahun yang lepas. semua itu sesungguhnya kelemahan aku. dan aku tidak mengerti apa itu perhubungan.dan kekadang bila aku sedar kepentingannnya, aku terus lalai. aku rasa apa yang lebih penting bagi aku adalah PERSAHABATAN, kerana ia akan sentiasa mekar biarpun apa tanggapan dunia pada manusia. kerana CINTA itu sifatnya pudar dan akan terus pudar. Untuk kawan yang sentiasa memberi yang terbaik pada aku, terima kasih. untuk dia yang mengikuti aku, terima kasih.
Thanx guys for this 'ayat-ayat cinta'. aku xdapat bagi apa2 kat kamu semua tapi sekadar boleh bagi A buat semua. and, teddy tue sangat sweet laaa. thanx again :))
Saturday, June 9, 2012
dari Tok Jembal ke Tasik Kenyir
Alhamdulillah.dh hampir tiga bulan aku berada disini, dan selama itu juga aku mengintai-ngintai peluang yang ada yang mungkin aku boleh capai sementara aku masih disini, namun sejuta masalah yang melanda membuat aku tidak semangat untuk teruskan lagi, jadi aku memilih untuk terus berdiam dan menanti keajaiban. yang aku rasa mungkin tidak patut aku buat. hari-hari disini bagaikan memberi aku sesuatu yang baharu dan terhidang dengan segala macam khazanah. biar aku titipkan sedikit sebanyak apa yang telah aku lakukan disini.
Mac
bulan pertama aku disini. aku telah hiasi bulan pertama aku disini dengan mengikuti rombongan ke negeri sembilan untuk mempromosikan kolej kepada orang ramai. ini adalah untuk mempersiapkan kolej dengan penerimaan pelajar baru menjelang jun nanti. bukan senang dan bukan sesuatu yang mudah untuk menarik orang ramai untuk berminat dengan apa yang kita rasakan sebagai sesuatu yang amat jarang sekali didengar. kalau dibandingkan dengan kolej lain, kolej ini masih lagi terkebelakang, maklumlah ia baru sahaja ditubuhkan. aku bertolak pada pagi dan tiba pada lewat malamnya. kami hampir tersesat sampai ke johor. Ketika disana aku ditugaskan untuk mempromosi disebuah sekolah didaerah seremban, sekolah itu tak perlu lah aku sebutkan kerana cerita yang bakal aku sajikan ini mungkin akan menimbulkan isu. Aku ditugaskan dengan seorang pelajar perempuan.berbalik pada cerita mengenai sekolah tersebut, sekolah tersebut adalah merupakan salah sebuah sekolah yang aku fikirkan sebagai elit dan bagus dan semestinya mempunyai staf-staf yang berkaliber, tapi telahan aku silap, sekolah yang elit belum tentu mempunyai staf yang berfikiran baik. al kisahnya ketika tiba disekolah tersebut, pihak penolong kanan tidak menerima kedatangan kami dan kami telah dihalau. Aku agak terkilan. Walaupun berlaku sedikit masalah, atau mungkin juga kesilapan komunikasi, pihak yang menerima tetamu haruslah menghormati tetamu yang hadir, walaupun mereka itu musuh. itu adab yang kita perlu jaga. bukan dengan menghalau tetamu yang datang secara baik dengan niat yang baik. mungkin itu budaya yang diasuh oleh ibu bapa si penolong kanan tersebut, itu aku tidak tahu. kalau beginilah sifat orang melayu, tidak hairanlah mengapa melayu menjadi hamba dibumi sendiri.Apa yang aku dapat belajar dari masyarakat luar amat memberi impak pada tanggapan aku. kerana itu bagi aku, kelantan adalah yang terbaik, jika anda datang ke kelantan, anda akan disambut sebagai tetamu tidak kiralah kamu itu islam atau tidak, melayu atau bukan, kerana di kelantan, kita mengamalkan sikap semua manusia adalah sama.
April
bulan kedua aku disini, aku telah hidangkan dengan makanan yang cukup lazat untuk aku bawa ke hadapan. bukan senang untuk menyesuaikan diri dengan keadaan dikawasan yang masih jauh dengan pemodenan. setiap hari aku rasa ada saja peluang yang perlu aku intai agar hari-hari yang bakal aku tempuh tidaklah sesunyi dan sesia-sia hari sebelum. bulan ini aku telah memuatkan nya dengan membawa pelajar-pelajar aku melawat kawasan hakisan yang teruk di Pantai Tok Jembal. keadaan di pantai ini dahulunya sangat popular dengan hakisan yang sangat teruk dan memberikan kesan kepada penduduk sekeliling terutamanya yang bekerja sebagai nelayan. aku mula didedahkan dengan hakisan di pantai ini selepas aku mengikuti pengajian peringkat ijazah di universiti malaysia terengganu. masa itu keadaan pantai disini sangat cantik dan indah, penuh dengan pengunjung yang datang dari segenap rata malaysia, terutamanya pelajar-pelajar. Ketika itu projek pelebaran lapangan terbang sultan mahmud baru hendak bermula. projek yang aku rasa sebagai salah satu projek ekspres oleh pihak yang melihat keuntungan sehinggakan keindahan semula jadi alam terjejas. Melihat kepada keadaan pantai sekarang, jauh berbeza.jika dahulu kecantikan kedua-dua pntai kiri dan kanan boleh disamakan, namun kini kedua-duanya sudah jauh. pantai tok jembal dilihat sebagai rosak teruk berbanding dengan abangnya, pantai teluk ketapang. sebabnya kerana pembahagian kasih oleh LTASM (lapangan terbang sultan mahmud). kawasan pantai tok jembal dilihat lebih teruk terjejas terutamanya sekali apabila tiba musim tengkujuh.
Mei
Aku hiasi dengan membawa pelajar-pelajar aku melihat kawasan di sekitar Tasik Kenyir terengganu. sebenarnya aku telah lama berhajat ingin menjejakkan kaki kesini, tapi impian itu aku terpaksa tangguh kerana kekangan kewangan dan masa. tasik kenyir adalah merupakan sebuah tasik buatan manusia yang terbesar di asia tenggara. ia meliputi beberapa buah gunung di hulu terengganu dan kehadiran air yang sangat banyak adalah disebabkan oleh puluhan air terjun yang wujud disepanjang titiwangsa. tasik kenyir adalah merupakan kawasan yang kaya dengan khazanah alam flora. ia menjadi tapak perlancongan yang sangat hebat di terengganu. Ia terkenal di seluruh asia tenggara.Mula-mula menjejakkan kaki ke tasik kenyir, aku terpegun dengan kecantikan semula jadinya, yang aku rasa masih kurang diberi pendedahan kepada masyarakat luar. tasik kenyir menyimpan sejuta khazanah yang jauh tersimpan di dasar-dasar tasik yang dahulunya merupakan kawasan penempatan orang asli. Pengusaha bot di tasik kenyir mempunyai kaitan dengan presiden kolej tempat aku bekerja skrg.
Jun
aku baru sahaja melangkah ke bulan jun dan aku tidak dapat elak untuk merapatkan diri dengan kolej. bermula bulan jun aku telah menjadi wakil untuk kejohanan futsal antara staf kolej bachok dan kuala berang. alhamdulillah kami johan. selepas ini aku juga terlibat sama dalam sukan mahasiswa ataupun Masiswa 2012 yang akan berlangsung di Kolej Tati.
Setakat itu sahaja buat masa ini. terima kasih.
Wednesday, June 6, 2012
seriusly aku rasa down dua tiga hari nie, aku baru bagus dri demam dan aku dh buat something yang aku tak suka. even skrg pon aku masih dlm dilema dgn rasa tue,mungkin rasa bersalah yang aku sendiri rasa dan aku tak pandai jaga. orang cakap aku harus pandai manage tekanan yang ada dan uruskan dengan cara yang betol. everday i try to please people with my attitude on job, cara aku bercakap, aku telah cuba untuk hormat mereka yang lebih tua dari aku, menyayangi mereka yang lebih muda dari aku sedang aku masih lagi tewas. aku bukan manusia yang sesempurna yang sesetengah dari kamu fikir. i got something to loose instead.i hope so.
sekarang sudah menjelang bulan jun, dan aku masih lagi terkapai kapai dengan arah tujuan aku. aku tak tahu apa aku akan jadi dan masih lagi terus hanyut dengan impian yang masih belum tentu tahap realitinya. bagi kamu yang membaca ini, mungkin menganggap bahawa itu benda biasa. tapi bagi aku, ia merupakan tanda-tanda kelemahan aku sendiri. memang tuhan dh tentukan apa yang terbaik buat kita, tapi pilihan ditangan kita, dan kita masih tidak tahu pilihan yang mana terbaik untuk kita pilih. keliru dan masih dengan kekeliruan tu.
berada disini bukan impian aku. bukan juga apa yang aku harapkan namun apa yang aku rasa perlu aku teruskan akan aku teruskan biar pon berjuta halangan. sesungguhnya semua manusia juga mmepunyai masalah yang hampir sama setiap hari msalah kerja masalah keluarga dan juga masalah kewangan bagaimana kita menguruskan mesalah itulah yang cabaran yang sebenar untuk hidup. Aku bukan takut untuk meneruskan hidup, tapi aku cuma takut untuk jatuh ke lembah yang tidak aku suka.
Monday, April 2, 2012
kejayaan : dimanakah aku?
diari 12:19 pm
aku terfikir apa yang membezakan kita diantara orang yang berjaya dan orang yang gagal. sebenarnya kejayaan bagi seseorang itu bergantung pada nilai dalam dirinya sendiri. apa yang menguatkan nilai itulah yang menentukan tahap kejayaan seseorang. Selagi maha manapun nilai dalam diri seseorang itu, selagi itupun kejayaan akan ditemui olehnya. Keduanya, adalah usaha oleh seseorang itu. usaha memainkan peranan yang cukup besar dalam kehidupan. sekuat mana nilai yang dia perolehi dari kehidupan, ia tidak membuahkan apa-apa selagi dia tidak berusaha untuk mendapatkan kejayaan. ramai orang yang menganggap bahawa rezeki manusia itu telah ditentukan oleh yang Maha Kuasa, namun apakah kita mampu mendapat sebiji buah jika tidak berusaha untuk memanjat pokok. Mungkin akan ada buah yang jatuh, tapi ia tidak sebagus yang dipetik.
jika kehidupan setiap dari kita berbeza, dan nilai setiap biji buku itu juga turut berbeza apakah nilai yang seharusnya dikejar oleh seseorang agar harga bagi sebuah bukunya melepasi harga pasaran semasa. yang jelas sekali adalah dengan meletakkan nilai bagi sesebuah buku itu lebih berharga dari yang lain-lain. jika sebuah buku itu menerangkan tentang cara-cara membuat sehelai langsir, cubalah terbitkan buku yang membincangkan tentang cara-cara membuat sebiji mesin membuat langsir, nescaya ia lagi berharga dari buku yang lain-lain. itulah nilainya sebuah usaha, iaitu dengan mencuba sesuatu yang berbeza dari yang lain-lain, barulah segala usaha itu akan dipandang oleh masyarakat. kerana secara fitrahnya manusia mahukan sesuatu yang berbeza dan lain dari yang sebelumnya.
kebanyakan dari kita akan tetap berusaha untuk menjadi yang berbeda dari yang sebelumnya, maka akan terjadilah persaingan. sama ada ia persaingan sihat ataupun tidak, ia masih tetap persaingan. maka bagaimana untuk terus releven dalam sesebuah persaingan dan supaya kita tidak tertewas. jauh dari setiap benak hati setiap dari kita mahukan kejayaan, tidak kira dari segi apa pun yang kita lakukan. tapi bagaimana? iaitu dengan memerhati sekeliling dan mengikuti jejak mereka yang telah berjaya. contohi mereka dan segala jalan yang terbaik, ikut mereka. cari mereka dan jadikan mereka itu sebagai panduan. jika kita tidak mampu menjadi seperti mereka, sekurang kurangnya kita telah menjadi pengikut mereka.
mengapa ramai yang gagal dalam hidup mereka. kerana mereka itu sendiri yang mentakrifkan diri mereka itu gagal. Ada jugak diantara kita yang tidak sanggup menghadapi sesebuah kejayaan, kerana mereka tidak mahu meletakkan sebarang risiko dalam hidup mereka dan akhirnya mereka akan tetap berada dikelompok yang sama sepanjang hayat mereka. Persoalan seperti apa akan terjadi sekiranya aku berjaya? apakah masyarakat akan membenci aku, adakah segala keburukan aku akan dibentang pada dunia, bagaimana jika aku akan menambah kan musuh berbanding sahabat..ketaraan itulah yang membedakan antara yang berjaya dan gagal. untuk berjaya, rebutlah peluang yang terbentang dihadapan anda. jangan kerana takut akan seribu andaian yang masih belum pasti. anda menjadi takut untuk menerima risiko.keduanya adalah kejayaan itu adalah berkaitan hanya tentang masa. orang yang selalu berjaya, adalah kerana masa yang mereka gunakan sangat efektif dan berguna. Kejayaan itu pasti akan menemui mereka yang selalu berusaha ke arah sesuatu, cuma yang membedakan kita hanya dari segi masa.
jika anda tidak mahu berusaha, istihar kan diri anda telah mati.
Sunday, March 25, 2012
harga buku kehidupan.
Tadi aku tengok buku EIA. first of all agak terkesima sementara kerana aku belum pernah dapat kesempatan untuk bekerja dengan sebuah organisasi yang agak keislaman sangat tinggi. well aku tetap bersyukur.itu rezeki aku.aku terima. kekadang hidup ini kita perlu menerima seadanya ape yang telah di berikan kepada kita dengan sebaik yang mungkin. walau benda itu kurang memuaskan. aku ada kawan dekat sini, ramai, kawan-kawan yang sesama susah untuk berjalan kaki setiap hari kekelas, i mean kuliah = =' . wahh aku masih tak boleh beza kuliah and kelas.adoi.first day aku sudah dikejutkan dengan jalanan yang panjang untuk berada disini. kedua nye aku terkejut kerana kolej nie rupa-rupanya mengikut peraturan negara oman. cuti pada hari khamis dan jumaat. sekali lagi aku terkejut. tak pe.apesalahnya kan. yang paling menjadi masalah pada aku, aku baru sedar yang kat kuala berang nie xde CIMB bank.jadinya terpaksa lah aku pergi ke bandar KT if got problem with my card.ohh.sangat susah maa. oke this is my first job, i mean JOB yang relate with my study la kann. sebab kalau yang first job tue, msti la keje kt 7E dulu..haha.
masa sedang enak-enak mata membaca buku EIA, then aku terpandang sesuatu yang sangat biasa kita lihat. number muka surat. start with satu and then berakhir dengan sebarang nombor. tak kira lah berapa pun. Jadi ada ape dengan jumlah muka surat. jadi jawapan nya senang. bagaimana sekiranya, sebuah buku itu diumpamakan seperti kehidupan kita. setiap number muka surat yang tercatat disetiap helaian itu menandakan umur kita. buku itu semestinya ada yang bercetak dan dan ada yang masih kosong. yang bercetak itu adalah masa sekarang dan kosong itu adalah masa depan.
bagi aku, 24 itu bukan hanya sekadar nombor, tapi ia adalah sejumlah muka surat yang dihimpun sehingga muka yang ke 24. bayangkan berapakah jumlah muka surat yang berguna berbanding dengan jumlah muka surat yang telah rosak. berapakah isi-isi yang dari buku aku ini akan menjadi berguna kepada orang lain. aku cuba membayangkan apakah yang telah aku lakukan sepanjang 24 tahun kehidupan ini. dan apakah aku akan mampu menulis lagi di muka surat yang akan datang. Harga untuk sebuah buku itu ditentukan bukan oleh bagaimana tebal nya, dan bagaimana pula saiznya. tapi ia ditentukan oleh seberapa banyakkah isinya yang penting kepada seseorang. Ia terletak ditangan kita bagaimana kita meletakkan harga untuk sesebuah buku tersebut.
Sunday, December 18, 2011
kalau ada sayap
kalau aku ada sayap, benda pertama yang aku akan buat ialah terbang menjelajah ke bulan dan menyaksikan betapa indahnya bumi dari kaca mata angkasa. keindahan bukan diukur dari enaknya manusia mengejar kebendaan, tapi betapa lazatnya manusia menikmati kehidupan.aku tidak lagi mahu membayangkan bahawa bumi itu bulat dan membujur, dan membayangkan bahawa bumi itu mungkinya petak dan segi tiga.
Kalau aku ada bintang dilangit, akan aku seru bintang itu untuk muncul pada setiap malam malam yang sepi, saat aku merindui seseorang yang jauh. mungkin untuk sekadar memuaskan nafsu atau sekadar menarik nafas selesa. bintang bukan cahaya, ia satu anugerah yang tercipta untuk manusia hargai. kemudian di setiap inci bintang itu, akan ku hiaskan namamu, betapa agungnya cinta manusia pada pencinta, walau kekadang terus hanyut dalam laut deras.
kalau aku ada sedikit sahaja lagi semangat, akan aku hiaskan sebaik mungkin semangat itu agar menjadi sesuatu yang mungkin membisakan aku untuk membina diri dan menjagkau masa dan keazaman. kalau mungkin setiap masa dan semangat yang masih ada itu aku tibakan dengan gah dan berani, sudah pasti nescaya segala perancangan yang tersedia dihadapan mata akan membuahkan hasil. walaupun mungkin beberapa biji buah yang ku tilik memjadi makanan ulat, ia mungkin hanya sementara.
kalau lah aku bisa tuliskan lagi seribu ayat bahawa aku mahu kembali cintakan Nya.nescaya hati tidak akan keruan menanggung beban yang teramat besar....
Kalau aku ada bintang dilangit, akan aku seru bintang itu untuk muncul pada setiap malam malam yang sepi, saat aku merindui seseorang yang jauh. mungkin untuk sekadar memuaskan nafsu atau sekadar menarik nafas selesa. bintang bukan cahaya, ia satu anugerah yang tercipta untuk manusia hargai. kemudian di setiap inci bintang itu, akan ku hiaskan namamu, betapa agungnya cinta manusia pada pencinta, walau kekadang terus hanyut dalam laut deras.
kalau aku ada sedikit sahaja lagi semangat, akan aku hiaskan sebaik mungkin semangat itu agar menjadi sesuatu yang mungkin membisakan aku untuk membina diri dan menjagkau masa dan keazaman. kalau mungkin setiap masa dan semangat yang masih ada itu aku tibakan dengan gah dan berani, sudah pasti nescaya segala perancangan yang tersedia dihadapan mata akan membuahkan hasil. walaupun mungkin beberapa biji buah yang ku tilik memjadi makanan ulat, ia mungkin hanya sementara.
kalau lah aku bisa tuliskan lagi seribu ayat bahawa aku mahu kembali cintakan Nya.nescaya hati tidak akan keruan menanggung beban yang teramat besar....
Subscribe to:
Posts (Atom)

















