kehidupan
tak menjanjikan apa-apa.kesempurnaan jauh lg.kebahagiaan mungkin
tidak.yang pasti manusia akan tetap dan terus berharap untuk
keduanya.kebahagiaan itu diciptakan oleh Tuhan melalui manusia.dan aku
tidak berhak.semoga Tuhan ampunkan kita.
kesukaran yang paling jelas untuk aku terus hidup adalah untuk menerima kenyataan bahawa aku eprnah melakukan kesilapan yang terburuk dalam sejarah hidup manusia yang bertamadun.mungkin ada yang berkata bahawa tiada manusia yang sempurna dalam dunia, tapi apakah kita cukup sedar bahawa untuk hidup, kesempurnaan itulah yang dikejar oleh manusia.
kita terlalu enak dengan dosa, kekadang kita tersenyum riang saat dosa itu kita terbuat, sedar atau tidak kesalahan yang kita ciptakan itu mengundang kejian oleh pencipta. ada mereka yang sanggup hidup dalam kemusnahan yang nyata dan berterusan.tapi kealapan kita itu terus membuat kita hanyut dan terlupa pada hakikat yang sebenar bahawa kita semua, makluk yang bernama manusia akan terus juga mati seperti makluk yang lain. aku sedar akan hakikat ini dan aku menyesali.
kehidupan harusnya melalui berbagai peringkat, pasang surut dan turun naik kehiduapan itu dilandaskan oleh kehiduapan manusia yang lepas.jika baik masa silam kita, baik lah juga masa depan kita. dan aku takut untuk menerima kenyataan bahawa masa silam aku tidak sebaik dan sebagus mereka yang lain, kita yang sering kali hanyut dalam sesuatu sungai nafsu yang sangat buas dan laju akan terus menerima nasib malang dari sebuah kesilapan.
aku bukan manusia yang tidak beragama.agama ku Islam dan aku yakin dengan keampunan Tuhan aku. tapi aku masih lagi takut untuk menerima kenyataan bahawa dosa itu akan melekat dengan aku, seumur hidup.Aku sebagai seorang yang dijadikan sebagai makluk, aku tahu bahawa Tuhan aku tahu apa yang sedang aku alami dan rasai, dan dia akan memberikan jalan yang terbaik untuk aku. Cuma aku ini sahaja tidak yakin dengan diri sendiri.
Manusia sangat tinggi memasang cita-cita, kekadang cita-cita itu sangat jauh ke awan.dan Tuhan pasti menyediakan yang terbaik untuk kita.Kebahagiaan, aku akan cuba untuk membahagiakan semua yang berada di sekeliling aku, dengan izin tuhan, dan aku berharap tidak ada yang akan membenci aku, biarpun dalam diam. sekurang kurangnya aku berharap ada yang menangis dengan pemergian aku satu masa nanti.
Sebagai manusia biasa, aku mahu dan mengimpikan untuk menyumbang kan tenaga aku untuk negara dan agama. tapi mungkin kerana kelemahan aku, masih lagi aku jauh dari itu.Semoga tuhan akan mengampunkan kita, tidak menyesatkan kita dengan kealpaan dunia..wassalam.