Saturday, June 9, 2012

dari Tok Jembal ke Tasik Kenyir

Alhamdulillah.dh hampir tiga bulan aku berada disini, dan selama itu juga aku mengintai-ngintai peluang yang ada yang mungkin aku boleh capai sementara aku masih disini, namun sejuta masalah yang melanda membuat aku tidak semangat untuk teruskan lagi, jadi aku memilih untuk terus berdiam dan menanti keajaiban. yang aku rasa mungkin tidak patut aku buat. hari-hari disini bagaikan memberi aku sesuatu yang baharu dan terhidang dengan segala macam khazanah. biar aku titipkan sedikit sebanyak apa yang telah aku lakukan disini.

Mac

bulan pertama aku disini. aku telah hiasi bulan pertama aku disini dengan mengikuti rombongan ke negeri sembilan untuk mempromosikan kolej kepada orang ramai. ini adalah untuk mempersiapkan kolej dengan penerimaan pelajar baru menjelang jun nanti. bukan senang dan bukan sesuatu yang mudah untuk menarik orang ramai untuk berminat dengan apa yang kita rasakan sebagai sesuatu yang amat jarang sekali didengar. kalau dibandingkan dengan kolej lain, kolej ini masih lagi terkebelakang, maklumlah ia baru sahaja ditubuhkan. aku bertolak pada pagi dan tiba pada lewat malamnya. kami hampir tersesat sampai ke johor. Ketika disana aku ditugaskan untuk mempromosi disebuah sekolah didaerah seremban, sekolah itu tak perlu lah aku sebutkan kerana cerita yang bakal aku sajikan ini mungkin akan menimbulkan isu. Aku ditugaskan dengan seorang pelajar perempuan.berbalik pada cerita mengenai sekolah tersebut, sekolah tersebut adalah merupakan salah sebuah sekolah yang aku fikirkan sebagai elit dan bagus dan semestinya mempunyai staf-staf yang berkaliber, tapi telahan aku silap, sekolah yang elit belum tentu mempunyai staf yang berfikiran baik. al kisahnya ketika tiba disekolah tersebut, pihak penolong kanan tidak menerima kedatangan kami dan kami telah dihalau. Aku agak terkilan. Walaupun berlaku sedikit masalah, atau mungkin juga kesilapan komunikasi, pihak yang menerima tetamu haruslah menghormati tetamu yang hadir, walaupun mereka itu musuh. itu adab yang kita perlu jaga. bukan dengan menghalau tetamu yang datang secara baik dengan niat yang baik. mungkin itu budaya yang diasuh oleh ibu bapa si penolong kanan tersebut, itu aku tidak tahu. kalau beginilah sifat orang melayu, tidak hairanlah mengapa melayu menjadi hamba dibumi sendiri.Apa yang aku dapat belajar dari masyarakat luar amat memberi impak pada tanggapan aku. kerana itu bagi aku, kelantan adalah yang terbaik, jika anda datang ke kelantan, anda akan disambut sebagai tetamu tidak kiralah kamu itu islam atau tidak, melayu atau bukan, kerana di kelantan, kita mengamalkan sikap semua manusia adalah sama.

April

bulan kedua aku disini, aku telah hidangkan dengan makanan yang cukup lazat untuk aku bawa ke hadapan. bukan senang untuk menyesuaikan diri dengan keadaan dikawasan yang masih jauh dengan pemodenan. setiap hari aku rasa ada saja peluang yang perlu aku intai agar hari-hari yang bakal aku tempuh tidaklah sesunyi dan sesia-sia hari sebelum. bulan ini aku telah memuatkan nya dengan membawa pelajar-pelajar aku melawat kawasan hakisan yang teruk di Pantai Tok Jembal. keadaan di pantai ini dahulunya sangat popular dengan hakisan yang sangat teruk dan memberikan kesan kepada penduduk sekeliling terutamanya yang bekerja sebagai nelayan. aku mula didedahkan dengan hakisan di pantai ini selepas aku mengikuti pengajian peringkat ijazah di  universiti malaysia terengganu. masa itu keadaan pantai disini sangat cantik dan indah, penuh dengan pengunjung yang datang dari segenap rata malaysia, terutamanya pelajar-pelajar. Ketika itu projek pelebaran lapangan terbang sultan mahmud baru hendak bermula. projek yang aku rasa sebagai salah satu projek ekspres oleh pihak yang melihat keuntungan sehinggakan keindahan semula jadi alam terjejas. Melihat kepada keadaan pantai sekarang, jauh berbeza.jika dahulu kecantikan kedua-dua pntai kiri dan kanan boleh disamakan, namun kini kedua-duanya sudah jauh. pantai tok jembal dilihat sebagai rosak teruk berbanding dengan abangnya, pantai teluk ketapang. sebabnya kerana pembahagian kasih oleh LTASM (lapangan terbang sultan mahmud). kawasan pantai tok jembal dilihat lebih teruk terjejas terutamanya sekali apabila tiba musim tengkujuh.

Mei

Aku hiasi dengan membawa pelajar-pelajar aku melihat kawasan di sekitar Tasik Kenyir terengganu. sebenarnya aku telah lama berhajat ingin menjejakkan kaki kesini, tapi impian itu aku terpaksa tangguh kerana kekangan kewangan dan masa. tasik kenyir adalah merupakan sebuah tasik buatan manusia yang terbesar di asia tenggara. ia meliputi beberapa buah gunung di hulu terengganu dan kehadiran air yang sangat banyak adalah disebabkan oleh puluhan air terjun yang wujud disepanjang titiwangsa. tasik kenyir adalah merupakan kawasan yang kaya dengan khazanah alam flora. ia menjadi tapak perlancongan yang sangat hebat di terengganu. Ia terkenal di seluruh asia tenggara.Mula-mula menjejakkan kaki ke tasik kenyir, aku terpegun dengan kecantikan semula jadinya, yang aku rasa masih kurang diberi pendedahan kepada masyarakat luar. tasik kenyir menyimpan sejuta khazanah yang jauh tersimpan di dasar-dasar tasik yang dahulunya merupakan kawasan penempatan orang asli. Pengusaha bot di tasik kenyir mempunyai kaitan dengan presiden kolej tempat aku bekerja skrg.

Jun

aku baru sahaja melangkah ke bulan jun dan aku tidak dapat elak untuk merapatkan diri dengan kolej. bermula bulan jun aku telah menjadi wakil untuk kejohanan futsal antara staf kolej bachok dan kuala berang. alhamdulillah kami johan. selepas ini aku juga terlibat sama dalam sukan mahasiswa ataupun Masiswa 2012 yang akan berlangsung di Kolej Tati.

Setakat itu sahaja buat masa ini. terima kasih.