Wednesday, December 29, 2010
alhamdulillah festkum 2010 baru sahaja berlalu. bertempat di Dewan Budaya USM, festkum 2010 adalah merupakan pengalaman yang tidak akan dilupakan. perjalanan yang mengambil masa selama hampir 7 jam kalau tak silap amat memenatkan tambahan pula geng2 kami terpaksa menggunakan bas kecil dan sebuah van dan bertambah malang ag aku terpaksa naik van, fuhh. kami menetap di Asrama Aman Damai selama 5 hari, asrama yang cukup selesa cukup dengan kemudahan air dan pengudaraan yang baik. cuma sedikit terkilan kerana Astro di blok kami tak boleh digunakan, so terpakse la kami berpisah dengan dunia luar selama 5 hari.
ok, latihan kami memang yang terbaik. kami berlatih hampir setiap hari di USM. ditambah pula dengan latihan hampir sebulan di terengganu, kami merasakan bahawa kamilah yang terbaik. ada juga geng2 lain yang cakap bahawa geng2 kami berlatih dengan cukup baik dan latihan kami cukup bagus. siapa tak bangga kan bila pihak lawan cakap mcm tu. haha.
alkisahnya pihak pengurusan telah merubah jadual perlawanan tanpa pengetahuan kami, perlawanan yang sepatutnya dibuat pada 18 hari bulan terpaksa diawalkan kerana sebab-sebab yang tidak bleh dielakkan. namun kesalahan itu diletakkan kepada pihak kami kerana tidak memeriksa emel. diorg memaklumkan bahawa pihak mereka telah emelkan jadual baru hampir setengah bulan.plak dah?? yang jadi mangsa adalah kami. jd terpaksa lah kami merubah jadual yang telah kami susunkan sepanjang kami di penang.Terdapat beberapa universiti yang telah menarik diri sebelum perlawanan yang berlangsung, dan yang bagusnya, mereka adalah pihak lawan kami, wahhh sejenak kami merasakan bahawa kami akan menang tanpa bertanding.namun tekaan kami meleset sama sekali. kami di pertembungkan pula dengan kumpulan yang lain, iaitu Usim.
Menjelang hari perlawanan, kami mempersiapkan jentera kami dengan latihan yang cukup mantap, Tabur pembukaan, Tarian Hulubalang, Yen kee dan karut, kami merasakan latihan kami sekadar sebuah persembahan. sedikit kesilapan kecil yang akan dilakukan akan dimaafkan, namun bagi aku lebih baik kalah dengan kepuasan berbanding menang dengan kekecewaan.dan terbukti aku dh merasakan kepuasan itu. hahaha.
malam persembahan, pentas dipersiapkan dengan cukup cantik sekali, hiasan dewan yang disinari alunan warna merah bergemerlapan di setiap penjuru pentas. adunan budaya kelantan yang dipersiapkan dengan kain tradisi kelantan dan juga gendang rebana cukup membuatkan kami terasa bagai di tanah serendah sekebun bunga. teruja seketika kami. latihan selama sejam sebelum persembahan terasa bagai tak cukup memandangkan kami antara kumpulan yang terawal sampai ke gelanggang perlawanan. malam persembahan, pukul 8 malam perlawanan pada malam ini dimulakan oleh perlawanan antara umk dan upsi. dua-kumpulan ini merupakan antara dua kumpulan yang terkuat dalam bidang dikir barat. kami adalah kumpulan yang terakhir yang akan membuat perhitungan pada malam ini. usim bakal kami lipatkan.
pukul 11 malam, tibalah giliran kami. semua berdebar-debar takut dibaham oleh penonton dan pengadil. tapi yang lebih menakutkan pabila menyaksikan persembahan yang cukup bagus daripada universiti lain. ketak lutut kami dibuatnya. terasa nak ke toilet pun ada. sekarang giliran kami tiba, 20 minit yang akan berlangsung ini akan menentukan siapa juara dan siapa sang lara. sepanjang perlwanan itu, pihak lawan dilihat terlalu mengejek kami dengan adegan yang tidak molek, gaya mereka yang seakan-akan melampau cukup membuatkan hati membara. naumn tuhan maha adil, persembahan mereka hancur di saat akhir, gendang entah kemana, jogro entah kemana dan awak-awak tepuk bagai jatuh nya tahi lembu hangat, dalam hati kami berkata, balasan tuhan itu pasti muncul..kami tergelak dalam hati. gelak kepuasan.
pemenang tempat pertama pertandingan dikir barat festkum jatuh kepada Uitm, kedua pula Upsidan ketiga disandang oleh Upm. keseluruhan pertadingan adalah berlangsung secara adil dan saksama. teknik pengadilan juga cukup baik jika dibandingkan sebelum ini. Pertadingan pada kali ini diadili oleh Penasihat Dikit barat Negeri kelantan dan 2 orang rakan nya. nama tak ingat. walaupun kami tidak mendapat sebarang numbur, naumn kami berjaya menggondol tempat kedua pakaian terbaik. ckup lah untuk kami bawa pulang nanti.sekurang-kurangnya tidaklah pulang dengan tangan kosong. persembahan dari pihak UM dilihat terlalu jauh dari tajuk, perwatakan yang dibawakan oleh tukang karut pula seakan-akan meniru gaya seseorang, dengan gaya suara, memek muka dan lenggok tari, bagaikan halim yazid sedang membuat persembahan.
keseluruhan pertandingan pada tahun ini adalah yang terbaik. dan pemenang yang mendapat hadiah pada malam itu adalah selayak layaknya. cuma terdapat beberapa adegan yang tidak diingini juga tetap berlaku, seperti adegan mengejek pihak lawan. seharusnya perkara itu dielakkan memandangkan ini adalah perlawanan yang sihat.Jaga lah hati pihak lawan. sekian sahaja.
Sunday, December 12, 2010
got first chance. yippee
satu daripada kejayaan aku untuk semesta ini adalah akhirnya aku berjaya menyertai Kumpulan Dikir Barat Atma Kirana,kiranya hampir 2 tahun aku meneropong dari jauh perkembangan dikir barat. semua nie berkat rasa tidak takut akan cabaran yang aku ingin tempuhi. hampir 3 tahun aku sia-sia kan usia aku di universiti dengan macam-macam benda yang tidak berfaedah walaupun tidak semua.namun kalau aku bermula dengan lebih awal,mesti aku akan lebih berguna. hahaha.
so next week aku dan geng2 atma kirana akan bertolak ke Penang untuk menyertai Festival Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia ( Festkum ). Dengar khabarnya kami akan bertemu dengan kumpulan dari UMK. tapi tidak tahu la bagaimana perkembangan nya nanti. Pertandingan itu akan diadakan di USM Penang. Ini adalaha pertama kali aku menyertai Peratndingan Dikir Barat, sebelum ini hanya lah sekadar persembahan biasa-biasa sahaja. Rasa gemuruh juga bila mana kita bertanding dan lawan kita itu bukan calang-calang. Antaranya kumpulan Titih Warisan dan Universiti-universiti yang lain.
Peluang pertama yang aku ada telah muncul, aku mahu buat yang terbaik dan terus mencapai sukses. hahaha
Malam nie kami ada Preview dikir barat di hadapan 'Vice Canselor UMT' before bertolak ke penang. Hopefully semua berjalan dengan lancar. ameen....

Wednesday, December 1, 2010
berapa umur anda sekarang?
manusia diberikan peluang sekali sahaja untuk hidup didunia ini. tidak kira samaada anda lahir sebagai shahrukh khan, siti nurhaliza ataupun anda hanya seorang pengemis di pasar-pasar minggu. hidup anda hanyalah sekali. anda bermula sebagai seorang anak kecil yang merangkak-merangkak meminta susu dari ibunya. si budak kecil yang masih tidak mengerti akan sebuah kejayaan. kepopularan.di masa itu yang anda mengerti hanya lah susu.
kemudian anda akan memulakan hidup dengan lebih berani sebagai seorang remaja, yang hidup anda akan dipenuhi dengan perasaan cinta, mengharap belas kasih dari seseorang. masa ini anda senang jatuh hati pada seseorang. anda akan merasa betapa hebatnya kuasa cinta Rumi itu. dan ketika itu dunia ini seumpama milik anda.
kemudian anda menjengah alam dewasa, alam yang penuh dengan cabaran dan keinginan yang membuak-buak dalam jiwa anda. ketika itu yang ada hanya lah anda dan diri anda. tiada sesiapa yang akan membantu anda lagi tidak seperti ketika anda masih kecil dahulu. jatuh bangun adalah anda sendiri.ketika itu, duit adalah segalanya.kejayaan adalah segala nya bagi anda, jika anda mahu menjadi peniaga, anda mahu menjadi jutawan.jika anda seorang pelakon anda jua mahukan anugerah bertimbun. jika anda seorang imam, anda mahukan setiap orang menghormati anda. kini anda sudah hampir separuh perjalanan kehidupan. KEHIDUPAN. kehidupan yang sememangnya tiada istilah hidup selamanya.
30 tahun anda hidup didunia, anda mendapat gelaran jutawan, anda mendapat banyak anugerah sebagai pelakon terhebat alaf baru. imam yang penuh kehormatan dan dipandang tinggi oleh masyarakat. jika semua yang anda mahukan anda telah dapat, semua itu tidak bermakna lagi pabila anda menjengah usia 40 tahun. apa yang anda perlukan dimasa ini hanyalah kenangan-kenangan yang akan menjadi peneman kehidupan anda seterusnya. dimasa itu anda sudah jauh tertinggal dari perlumbaan dunia. cuma yang masih kekal hanyalah kenangan. apakah yang anda buat selama anda hidup didunia selama 60 tahun, jika anda telah berumur 20 tahun, apakah yang anda isikan selama masa itu. jika menipu manusia, maka kenangan itu yang akan menghantui minda anda. namun jika pengorbanan yang anda ukirkan dibumi ini, nescaya kenangan itu akan terus hidup.
itulah kehidupan didunia ini. usia yang sesingkat ini, apa yang akan gunakan semaksimum yang termampu. dengan usia yang sesingkat ini, masa yang selaju ini, apakah anda akan memastikan bahawa usia muda anda, usia dewasa anda akan terisi dengan sesuatu yang boleh anda bawa ke hari tua.ataupun anda mungkin hanyalah menurut peredaran zaman, bagaikan lalang tanpa bercita-cita ingin menjadi sebatang pohon. akarnya terus memijak ke bumi. meninggalkan nama pada umat manusia. hidup dan mati itu ketentuan ilahi, namun apakah kita dapat memastikan bahawa kematian yang bakal menjengah kita itu adalah saat dimana kita benar-benar bersedia akan mati. selepas kita mati, apakah nama kita masih segar diingatan umat manusia? nama baik ataupun nama buruk?
*al fatihah kepada sahabat taulan saya semasa di KMPk dlu. semoga rohnya dicucuri rahmat. amin.

Wednesday, November 24, 2010
now i wonder...
kekadang kita perlu BERUBAH untuk BERJAYA
namun seringkali TETAP PENDIRIAN akan terus membawa kita ke PUNCAK
kekadang HIDUP perlu menjadi BAIK
namun ORANG BAIK tidak selalu nya dapat HIDUP
kekadang sedikit PERCAKAPAN akan merosakkan MASA DEPAN
namun MASA DEPAN akan menentukan cara PERCAKAPAN seseorang
kekadang WANITA memerlukan LELAKI
namun LELAKI lebih memerlukan MARUAH untuk terus hidup
KESUNGGUHAN menentukan KEDUDUKAN kita pada masa depan
namun KEDUDUKAN pada masa ini akan mempengaruhi KESUNGGUHAN
memulakan LANGKAH pertama bukanlah sesuatu yang MUDAH
namun sesuatu yang MUDAH itu selalu nya ditentukan oleh LANGKAH PERTAMA
selalunya yang KESEPULUH itu dimulakan oleh yang PERTAMA
namun yang PERTAMA itu bukanlah PERMULAAN untuk segalanya
BERDUA lebih baik dari SATU
namun SATU adalah sebaik-baik kejadian.
Saturday, November 20, 2010
kuala lumpur :)
alamak, dh lame kn aku x update blog nie. abis bersawang blog aku nie.sorry la kwn2. sekarang musim kesibukan dan kemalasan dah melanda diri aku ini. mungkin sekarang nie mase yang agak free even lepas nie ade 2 paper ag before semester break. so, now on i dh finish 1 paper on 13 of november and i got 2 more paper to go. walaupun kan sedikit kepayahan untuk study, namun terpakse jgk dicekalkan hati ini, ditambah pulak dengan msalah negara yang dua 3 menjak nie bagai nk rak datang menjenguk aku. fuhh sabar je la kan.
so untuk pengetahuan semua ya, sekarang baru saje lepas musim raya aidil adha kan, mungkin masih xterlewat kot untuk wish selamat hari raya buat semua. tahun nie kemeriahan hari raya aidiladha x semeriah tahun2 lepas sebabnya parent aku pergi ke mekah this year. so terpakse lah kami beraya bersama2 adik-adik dan abang-abang. by the way thanx to u owl guys yang wish hari raya kat aku nie, sayang korg semua. cewahhhh.
back to the topic of our discussion, kenapakah aku memilih tajuk kuala lumpur. ya ramai yang mungkin tertnya-tanya, dan x kurang juga yang masih terkesima dengan tajuk tu..hahaha.
okeyh, actly a few weeks ago aku ade buat kan satu poem or lantak korang la nk pggil ape pom. i call it as CINTA BUAT KUALA LUMPUR. i wrote this poem mase tgh2 terfikir hala tuju after i finish my degree n mase tu terdetik la mau buat poem for KL. i like KL so much and sampai sekarang aku still merindu KL. dulu penah la pergi kl ngn rombongn, n yang paling latest mase tahun lepas ketika join konvensyen. KL so great la kan. satu hari aku nk p sane..hurmmmmmmm.
ok guys, thats all. need to go.got date with someone ( jgn jeles minah keras kepala. haha). by the way, wish me luck for my final...daaa
cinta buat kuala lumpur
saban detik aku memanggilmu
saban detik rindu memerangkapku
setiap detik teringat ku padamu
membiar jiwa dalam hampa
ooo kuala lumpur
bumi indah bagai syurga
zatnya zuhud bagai musafir
indahmu tiada banding
ooo damaiku
biarkan waktu menyiat senja
warna mu xpudar dijernih air
tegak tiangmu tidak goyah
kau lah permata
ibukota kenangan
sejahtera namamu
kuala lumpur
sila komen :)
Thursday, October 28, 2010
post ini menjengkelkan. harap maaf :)
i donno why im always remember of her
i donno why when i listen to love song, i remember of her
i donno why when i love her, the thing were never be as perfect as i want
i donno why when i trying to be good, i lost
i donno why when my eye see her, im wanna kiss and hug her.
i donno why when i wanna find somebody else, i turn to her again and again.
i donno why my love for her is so strong even i cannot forget her
i donno why i should be so sturborn like this way even i hate to be true.
i donno why when we break up, i still remember her.............
DAMN me...........................

Tuesday, October 26, 2010
vindicated
mungkin buat masa sekarang, hanya lagu ini yang tahu ape yang aku rasa :)
Subscribe to:
Posts (Atom)