Sunday, March 25, 2012

harga buku kehidupan.

Tadi aku tengok buku EIA. first of all agak terkesima sementara kerana aku belum pernah dapat kesempatan untuk bekerja dengan sebuah organisasi yang agak keislaman sangat tinggi. well aku tetap bersyukur.itu rezeki aku.aku terima. kekadang hidup ini kita perlu menerima seadanya ape yang telah di berikan kepada kita dengan sebaik yang mungkin. walau benda itu kurang memuaskan. aku ada kawan dekat sini, ramai, kawan-kawan yang sesama susah untuk berjalan kaki setiap hari kekelas, i mean kuliah = =' . wahh aku masih tak boleh beza kuliah and kelas.adoi.first day aku sudah dikejutkan dengan jalanan yang panjang untuk berada disini. kedua nye aku terkejut kerana kolej nie rupa-rupanya mengikut peraturan negara oman. cuti pada hari khamis dan jumaat. sekali lagi aku terkejut. tak pe.apesalahnya kan. yang paling menjadi masalah pada aku, aku baru sedar yang kat kuala berang nie xde CIMB bank.jadinya terpaksa lah aku pergi ke bandar KT if got problem with my card.ohh.sangat susah maa. oke this is my first job, i mean JOB yang relate with my study la kann. sebab kalau yang first job tue, msti la keje kt 7E dulu..haha.

masa sedang enak-enak mata membaca buku EIA, then aku terpandang sesuatu yang sangat biasa kita lihat. number muka surat. start with satu and then berakhir dengan sebarang nombor. tak kira lah berapa pun. Jadi ada ape dengan jumlah muka surat. jadi jawapan nya senang. bagaimana sekiranya, sebuah buku itu diumpamakan seperti kehidupan kita. setiap number muka surat yang tercatat disetiap helaian itu menandakan umur kita. buku itu semestinya ada yang bercetak dan dan ada yang masih kosong. yang bercetak itu adalah masa sekarang dan kosong itu adalah masa depan.

bagi aku, 24 itu bukan hanya sekadar nombor, tapi ia adalah sejumlah muka surat yang dihimpun sehingga muka yang ke 24. bayangkan berapakah jumlah muka surat yang berguna berbanding dengan jumlah muka surat yang telah rosak. berapakah isi-isi yang dari buku aku ini akan menjadi berguna kepada orang lain. aku cuba membayangkan apakah yang telah aku lakukan sepanjang 24 tahun kehidupan ini. dan apakah aku akan mampu menulis lagi di muka surat yang akan datang. Harga untuk sebuah buku itu ditentukan bukan oleh bagaimana tebal nya, dan bagaimana pula saiznya. tapi ia ditentukan oleh seberapa banyakkah isinya yang penting kepada seseorang. Ia terletak ditangan kita bagaimana kita meletakkan harga untuk sesebuah buku tersebut. 

Sunday, December 18, 2011

kalau ada sayap

kalau aku ada sayap, benda pertama yang aku akan buat ialah terbang menjelajah ke bulan dan menyaksikan betapa indahnya bumi dari kaca mata angkasa. keindahan bukan diukur dari enaknya manusia mengejar kebendaan, tapi betapa lazatnya manusia menikmati kehidupan.aku tidak lagi mahu membayangkan bahawa bumi itu bulat dan membujur, dan membayangkan bahawa bumi itu mungkinya petak dan segi tiga.

Kalau aku ada bintang dilangit, akan aku seru bintang itu untuk muncul pada setiap malam malam yang sepi, saat aku merindui seseorang yang jauh. mungkin untuk sekadar memuaskan nafsu atau sekadar menarik nafas selesa. bintang bukan cahaya, ia satu anugerah yang tercipta untuk manusia hargai. kemudian di setiap inci bintang itu, akan ku hiaskan namamu, betapa agungnya cinta manusia pada pencinta, walau kekadang terus hanyut dalam laut deras.

kalau aku ada sedikit sahaja lagi semangat, akan aku hiaskan sebaik mungkin semangat itu agar menjadi sesuatu yang mungkin membisakan aku untuk membina diri dan menjagkau masa dan keazaman. kalau mungkin setiap masa dan semangat yang masih ada itu aku tibakan dengan gah dan berani, sudah pasti nescaya segala perancangan yang tersedia dihadapan mata akan membuahkan hasil. walaupun mungkin beberapa biji buah yang ku tilik memjadi makanan ulat, ia mungkin hanya sementara.

kalau lah aku bisa tuliskan lagi seribu ayat bahawa aku mahu kembali cintakan Nya.nescaya hati tidak akan keruan menanggung beban yang teramat besar....

Aku dan angan.

kehidupan itu pentingnya adalah dengan cara bagaimana beliau menikmati kehidupan itu.pepatah mengatakan bahawa, untuk menikmati sekeping aiskrim, saat yang paling seronok adalah semasa membuka nya, rasa yang paling enak adalah semasa ia masih beku. Begitu juga seumpama kehidupan ini, bagaimana kehidupan kita berlaku tidak penting, tapi yang lebih penting adalah bagaimana cara kita menikmati sesebuah kehidupan. ada mereka yang seronok untuk menghadapi kehidupan dengan sesuatu yang sia-sia sehinggakan masa yang ada dan tertinggal hanya sedikit. ada juga manusia yang kehidupan nya dipenuhi dengan angan-angan yang tinggi sehingga tidak tercapai dek tangan. Namun kerana angan-angan itulah dia masih hidup.

Manusia sentiasa berfikir untuk melakukan yang terbaik dalam kehidupan.mengharapkan sesuatu yang lebih bagus akan muncul dalam perjalanan. mengharapkan langit akan lebih cerah pada hari muka. Kekadang kita akan menjadi lupa bahawa, dunia itu akan selalunya ada naik dan turun. Sedang kita berada di atas, sekejap sahaja kita mungkin dibawah. Dan untuk naik semula adalah sesuatu yang sangt susah. Pengorbanan itu adalah balasan yang terbaik.Namun untuk melakukan pengorbanan itu, bukan sesuatu yang mudah.mengharapkan sedikit balasan yang masih belum tentu.

Aku selalu ditemani oleh mimpi-mimpi yang cukup indah dalam hidup. ditemani oleh suasana yang sedikit sebanyak mengajar aku tentang erti hidup. Aku telah menanam sedikit azam untuk terus bertemu dengan masa depan, agar aku dapat menjanjikan kehidupan aku dengan masa. Aku terfikir, mungkinkah angan-angan ini akan membunuh diri aku sendiri. menghabiskan sisa-sisa masa yang masih tertinggal.atau ia mungkin hanya bekas kosong yang tidak mungkin terisi.Yang pasti, aiskrim itu akan tetap mencair sehingga satu masa, ia habis.

Friday, December 16, 2011

Update

semakin hari aku rasakan bahawa matlamat hidup aku semakin jauh dan semakin bercampur. semakin lama, apa yang aku mahukan kian pudar dan kabur, biarpun sedikit sebanyak jalan itu telah aku tempuh, tapi matlamat nye masih jauh. atau aku cuma keliru samada apa yang aku kejar ini sangat berbaloi untuk hidup aku, dan tidak mengundang bahaya. Setiap detik yang aku tempuh, semakin banyak kesalahan yang aku cipta, semakin banyak kekecewaan bakal terserlah, dan aku masih tetap keliru untuk memilih. Antara dua jalan yang ditempuh, mana satu yang baik, mana satu yang jahat masih belum dapat kita pastikan, kekadang kita terlalu menyusun jalan yang terbaik sehingga kita tidak yakin untuk mencuba semua jalan, dek kealpaan. kecuaian yang mungkin setitik nila mungkin akan memberi kesan yang sangat besar dalam hidup. kesilapan yang kita buat dalam masa semalaman boleh meruntuhkan hidup kita selama lamanya.

aku cuba untuk kembali pada jalan yang benar, dan betul. namun ada hati yang masih tetap terluka dengan aku. mungkin kerana perubahan itu sukar untuk diterima manusia. kita memang selalu kisah sangat pada manusia lain sehingga kita lupa pada kepentingan diri kita sendiri, manusia yang telah rosak, akan merosakkan yang lain, itu yang sentiasa berlaku. Kehidupan yang harus dimulakan dengan kejujuran akan hancur jika terus diselubung penipuan.

Ada pengorbanan yang manusia tidak memandang ia walau sedikit pun, dan ada lagi yang menganggap ia sebagai kesilapan yang lain tanpa melihat kesilapan sendiri. harus sedikit sebanyak penyesalan akan tiba pada diri andai kesilapan itu pada diri kita. Kekadang sedikit kata maaf boleh menghapus segala dosa, dan meninggalkan kesan yang lebih teruk. manusia itu hakikatnya mengejar sesuatu dalam kehidupan, apa yang kita kejar, hanya kita tahu, kemaafan, cita-cita, semoga apa yang kita kejar itu menjadi milik kita.

Friday, December 9, 2011

xmo menaip.

satu kepuasan dalam dalam hidup adalah bila kita dapat memnuhkan apa yang dihajati oleh orang lain. tak semua yang kita lakukan akan membuahkan hasil yang setimpal dengan segala usaha yang telah kita buat, kekadang sedikit kesilapan yang kita lakukan akan terus memusnahkan harapan kita untuk terus berjaya.aku sekarang diambang itu, cuma aku tidak pasti bila kemusnahan aku akan tiba. selangkah demi selangkah yang masih aku susun tak tentu hala tujunya, masih bagai telur dihujung tanduk. mana keris dan mana sepanduk sebagai perlindungan.

Saturday, October 29, 2011

Tertinggal sesuatu

ada satu tempat didunia ini dimana kebanyakan manusia tidak akan pernah sampai, kecuali hanya manusia yang bebas dari noda dan debu dunia, dan manusia yang fikir bahawa dunia itu hanya sementara. tempat itu adalah hati. Kekadang kita hanya berfikir untuk memuaskan hati kita sendiri tanpa mendalami apa sebenarnya kehendak kita, dan keperluan kita, mana satu yang lebih penting. Dan sehingga saat kita memuaskan semua kehendak itu, kita akhirnya sedar bahawa kita telah tertinggal sesuatu yang cukup berharga. Sesuatu yang kita rasakan dahulu merupakan bende remeh temeh.

Dalam kehidupan ini, benda apakah yang paling kita sesali, yang pada mulanya hanyalah benda yang dianggap kecil, dan akhirnya apabila ia berlalu, ia menjadi semakin besar dan penyesalan itu mula timbul? ia adalah masa. Masa itu bagaikan sesuatu yang tidak mungkin mampu dibeli manusia, cukup hanya dengan mengira detik dan waktu kita hidup, bagaimana kita menghiasi hidup kita. Bagaimana separuh kehidupan itu diisi. Dan bagaimana pula kita semakin dekat akan tanah. Adakah kita pernah memandang pada bawah, adakah kita takut untuk memandang pada yang atas, atau keyakinan kita pada yang atas semakin hilang.Dengan izin.

Setiap kehidupan itu adalah sebuah permata yang jika digilap, akan memberikan harga yang lebih tinggi. Kehidupan yang dihiasi dengan pengorbanan adalah umpama permata yang digilap,semakin banyak pengorbanan kita lakukan, semakin jelas perjalanan kita. Kerana yang diatas tidak pernah lupa pada kita. Cuma kita kekadang melupakan Nya.

Saturday, October 22, 2011

Sifat Memerli yang membunuh bangsa (seni dan filem)

aku menulis ini atas dasar aku sedar akan baik buruknya apa yang aku luahkan.sekadar ingin berkongsi sesuatu yang aku ada. 

Banyak bangsa yang lahir didunia ini wujud dan masih kekal kerana keberanian mereka melakukan perubahan dan minda mereka yang sentiasa bebas untuk berfikir tanpa sebarang ancaman atau kongkongan sinis dari manusia. Kekadang kehidupan kita tidak akan pernah terlepas dari segala macam perli dan pandangan sinis manusia lain. Manusia yang mahu melakukan perubahan akan terus dianggap sesuatu yang mengancam bangsa, tanpa sedar perubahan itu perlu dalam hidup. Manusia yang meminati sesuatu dengan secara melebih akan diperli oleh bangsa kita, dan pelbagai tohmahan akan dilemparkan, kerana kita masih berada di pemikiran jumud kita. Bangsa kita kekadang tidak berlaku adil pada mereka yang ingin sebuah perubahan, lantas kita memencilkan pemikiran kita sehingga kita masih menjadi bangsa yang terkebelakang didunia.

Mereka yang ingin menjengah kedunia yang berbeda, seperti sesetengah orang, akan terus dianggap kurang ajar dan melawan budaya lama. Maka banyaklah pandangan sinis diberikan padanya, sehingga segala usahanya ke arah perubahan terpaksa menempuh cemuhan dari masyarakat. Kita ini, kita semua ini masih berada dalam posisi dimana kita menganggap bangsa kita masih lemah dan ditakdirkan untuk ditindas. Kerana itulah kita masih disini dan terus disini. Menjadi jujur, berapa kerat rakyat dunia yang tahu tentang Malaysia berbanding Singapura dan Indonesia. Kerana itu, kita masih ditindas. Kerana kita tidak dikenali.

Menjadi sebaris dengan Khatulistiwa

Usaha jika tidak dicabar, tidak akan membuahkan hasil yang terbaik. Kerana cabaran itulah yang mengangkat sesebuah bangsa. Anak muda yang bebas adalah bukan anak muda yang mudah terikut dengan segala macam pemikiran sinis sesetengah bangsa kita, yang pada dasarnya membenci untuk melihat manusia sebangsa mereka berdiri utuh di persada antarabangsa. Perlian itu yang kekadang sangat tajam sehingga membunuh semangat untuk bergerak hanya akan meruntuhkan kemahuan bangsa kita untuk maju. Tidak perlu kita pergi jauh, sudah cukup kita lihat kedudukan kita di persada Asia, dimana kedudukan kita berbanding negara lain, dimana hala kita sedang negara lain telah tahu menyeimbang kan antara kemajuan seni dan ekonomi. 

Cabaran adalah perlu untuk kemajuan sesebuah bangsa. Rakyat kita, yang kebanyakannya hidup senang dengan segala macam bantuan dari pihak atas, membuat kan bangsa kita tidak mampu berdikari, dan lemah dari segi pemikiran. mungkin kerana itu pemikiran kita masih lagi ditampuk lama. Kerajaan sudah sedar akan perkara ini, lantas kerana itu segala macam bantuan dikemas kini semula, agar bangsa kita berdiri sendiri tanpa perlu tongkat dari kerajaan.

Seni yang disekat

Kesenian itu pemikiran rakyat, bukan pemikiran sesetengah pihak. Kerana itu kesenian itu perlu BEBAS dan tidak dicekup oleh pemikiran lama. Kita berada pada persada yang sudah menjangkau usia lama, tapi kita masih dimana. Dulu kitalah yang menjadi peneraju, hasil usaha yang dibuahkan oleh sesetengah pihak yang sedar akan perlunya seni dibebaskan. Namun sekali lagi sifat sinis dan perlian manusia akan membunuh seni itu sendiri. Dunia seni negara kita, masih terus  digelumbangkan dengan segala macam masalah dan pemikiran yang masih menganggap bahawa seni itu harus dijaga. Jika benar kita dijaga, maka dimana kita?

Menjadi yang terbaik dari yang terbaik memerlukan negara kita, bidang seni negara kita melakukan rombakan yang besar, atas dasar undang-undang yang menyekat kebebasan anak seni dan dari pemikiran bahawa seni itu hanya untuk berhibur.Kesenian memrlukan sebuah komitmen yang dirasakan perlu dinaik semula.

Tidak mahu berkorban untuk perubahan

Kesenangan kita sekarang membunuh imaginasi dan cita-cita, jika tidak di fokuskan pada satu point.Kerana kesenangan kita sekarang, kita sentiasa menganggap bahawa perubahan tidak perlu untuk kehidupan, cukup sekadar apa yang ada dan hidup hanya untuk mati. Itu tidak seharusnya berlaku jika hidup kita ini kita hiaskan dengan sejumlah imaginasi dan pada waktu yang sama kita mengejar ke arah imaginasi tersebut. Jika ada pihak yang mahu terus berimaginasi, sekali lagi bangsa kita akan mencemuh mereka dan memberikan tamparan yang cukup hebat buat semangat. Kerana itu aku rasa, apa yang ada pada bangsa kita sekarang ini sedang perlahan-lahan membunuh kemajuan kita.

Aku bukan pemikir tegar dan juga bukan penceramah. Aku hanya menulis melalui apa yang aku rasa.sekian.