Thursday, July 29, 2010

bagaimana kalau ada mesin kitar semula...

bagaimana kalau manusia mencipta sebuah mesin yang mamapu mengambil alih tugas manusia dalam menyenanagkan proses penjagaan alam sekitar?

Projek ini aku baru dapatkan semalam apabila berbicara dengan supervisor FYP. Takkala sedang seronok berbual, supervisor ada mengutarakan beberapa tajuk yang amat menarik dan mengagumkan minda dan perasaan aku ini. 
Pertama ialah untuk menjadikan tong sampah yang dapat menghasilkan satu sistem pengkomposan dimana sampah-sampah yang boleh dikompos akan dimasukkan didalam tong dan secara automatik sistem pengkomposan akan berlaku. Namun sistem ini bukanlah amat baik juga kerana, ia memakan masa dan waktu yang agak lama untuk sistem tersebut berjaya. so..kami reject tajuk ini.

Keduanya adalah projek untuk menghasilkan sebuah tong sampah kitar semula yang berfungsi dengan cara pengasingan oleh mesin. Dimana sistem didalam tong sampah ini akan membuat pengasingan dengan sendiri tanpa perlu diasingkan dahulu oelh tangan-tangan manusia. Sistem ini mungkin memakan masa yang lama untuk disiapkan dan juga telah diguna pakai oleh negara luar. kami juga menolak tajuk ini.

Ketika sedang-sedang berbicara tentang tajuk FYP, terpacul dari mula kami tentang penghasilan sebuah mesin kitar semula dimana mesin ini berfungsi lebih kurang sama dengan sistem yang digunakan oleh ATM BANK IN dkt dengan CIMB tu, terfikir juga kami bagaimana kiranya kami mampu menghasilkan sebuah alat yang mampu memudahkan sistem pengurusan dalam penjagaan alam seperti kitar semula. Mesin ini berfungsi sama juga seperti msein ATM dimana penggunaannya orang awam hanya perlu meletakkan tin ke dalam mesin dan mesin itu akan mengesan bahan tersebut. Kemudiannya tin2 tersebut kan dikutip oleh syarikat kitar semula. Untuk setiap tin yang diletakkan, upah 20 sen diberikan. Bukankah ini cukup berbaloi bagi kesejahteraan dunia.

Perancangan kami mudah sahaja, ideanya sudah ada. Teknologinya juga telah ada, cuma kami perlu implementasikan mesin tersebut kepada pihak awam. Sasaran kami adalah kawasan universiti malaysia terengganu, universiti sains malaysia dan juga di semua universiti di malaysia. Hasil dari idea kami ini, kami hendak mengolah nya menjadi suatu sumber pekerjaan tetap. Menghasilkan mesin-mesin ini bukanlah rumit namun mungkin sedikit sebanyak punyai halangan lainnya. Kami pelajar tahun 4 Sarjana Muda Teknologi Alam Sekitar akan cuba untuk menjayakan FYP ini.

Bagi sesiapa yang punyai idea ataupun sebarang cadangan untuk menmbah baik Projek Hijau kami ini, anda boleh terus email kepada scout_umt@yahoo.com.  (sokongan kewangan amat diperlukan)

Wednesday, July 14, 2010

23 tahun kosong...

setiap detik yang berlau seharusnya aku kenangkan kembali, saat-saat yang berlalu selama kampir 23 tahun mungkin hanya akan cukup melemahkan aku. sesaat itu mungkin hanya terus melumpuhkan aku.
Pembanyangan yang fikirkan didalam minda ahanya akan terus membelenggu aku di kancah yang penuh dengan penyesalan dan kekesalan. Namun terus hati ini ak ukirkan sekeping pengharapan bahawa satu hari nanti sebuah mimpi akan dapat jua ditepati.

kosong, mungkin sebuah lagi perkataan yang mampu mengambbarkan betapa lemahnya dan kurangnya kejayaan dalam diri, mungkin jua matlamat aku masih kabur, mencari-cari sesuatu yang akhirnya dapat jua aku kecapi. Sedang diri ini dibuai mimpi yang cukup panjang, kawan-kawan yang lain terus-terusan meninggalkan aku di persada sendiri, melabuhkan bahtera di pulau yang cukup penuh dengan kejayaan dan kepuasan hati. memamng nadi ini, jantung ini mahukan jalan yang sama bagai mereka, biar hati aku ini puas.

23 tahun mungkin cukup panjang bagi mereka-mereka yang memikirkan akan kejayaan, namun bagi aku 23 tahun itu merupakan sebuah tanda bahawa aku melalui satu lagi tahap pengharapan baharu, setiap denyut nadi yang bergema di jantung dan jiwa mahukan kejayaan itu yang akhirnya mmpu aku ukirkan sebagai sebuah kenangan yang terindah. 

Sejujurnya, aku masih mencari nilai diri, baik buruk diri yang menjadi cerminan pada manusia yang lain. Nan hati ini terus berbisik nyaring, pecah telinga dan jantung aku menahan keinginan dan azam tersebut. Satu hari nanti wajah 23 tahun ini akan menjadi sesuatu, seseorang. Bagia memecah dinding kemampuan diri, mungkin rasa ini akan terus membelenggu aku, sehingga tibanya saat itu.

selamat hari lahir.
10/7/1988 - 10/7/2010

Tuesday, June 29, 2010

songs of amily's

amilys gonna find her way
amilys gotta heart break to stay
everything seems not deal the answer
the battle of her life
the day who tell her
no ones could be true
and you could be the answer
the light of heavens clues
the chosing of your life
depend on your side
find a way to look it
the false you could hide
the day who leave her
how hards life would be
and you could be the answer
the eye that could see

Wednesday, June 9, 2010

belia dan hala tuju negara

Assalamualaikum, salam sejahtera. minggu lepas saya ada menyertai sebuah program kepimpinan belia yang telah diadakan di Sutera Inn kota bharu, diwujudkan atas dasar untuk mencari pemimpin-pemimpin belia masa depan yang akan memimpin negara. program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini dipenuhi dengan aktiviti yang cukup bermanafaat dan berkesan, seluruh kepimpinan belia dikumpulkan dalam satu program yang gilang gemilang, syabas dan tahniah diucapkan kepada para penggerak program ini. kesimpulannya program ini berjaya juga mencapai matlamatnya.

Isu dadah dan gejala sosial>> peranan saya

semasa program itu berlangsung, saya ada mengutarakan satu soalan kepada para ahli panel forum. soalan saya cukup mudah iaitu apakah peranan MBK ( Majlis Belia Kelantan) dalam menangani masalah dadah dikalangan para belia kelantan yang jika kita tengok pada hari ini adalah cukup membinbangkan. Jawapan yang cukup mudah diberikan, namun ianya sedikit sahaja  memuaskan hati saya. Peranan MBK adalah hanya tertumpu kepada roadshow dan pendedahan tentang tahap bahaya dadah kepada umum. Mungkin jawapan ini hanyalah sekadar jawapan melepaskan batuk ditangga dan mungkin jua tiada benarnya. Saya tidak tahu.
jika kita te;iti dengan sebaik mungkin, adakah masalah dadah ini diatsi dengan cara yang cukup terbaik. adakah dengan sekadar menjalankan program roadshow dan pendedahan bahaya dadah, dapat menghalang anak-anak muda dari terjebak dengan masalah dadah, ingat, dadah itu sekali manusia itu terjebak, tidak mungkin akan berpatah balik menjadi manusia berguna, ya mungkin ada tapi tidaklah mudah.

Belia dan hala tuju masa hadapan

Belia adalah merupakan satu golongan kaum penggerak hala tuju baru, dimana para belialah yang akan menjadi tunjang kepada kelangsungan kemajuan negara, cuba kita bayangkan dalam masa 10 tahun lagi, malaysia akan menjadi sebuah negara maju, apakah belia pada masa ini mampu untuk menjadi pemimpin negara yang cukup bededikasi dan berkaliber. Mungkinkah matlamat ataupun wawasan negara untuk mencapai kemajuan akan terjejas. Saya adalah seorang belia, umur saya akan mencapai 30 an menjelang 2020, saya adalah antara belia yang ingin melihat bahawa satu hari nanti bangsa malaysia ini akan mambangun seiring dengan pembangunan insaniah. Usah kita yakin dengan apa yang kita jalankan pada hari ini akan menentukan bahawa kita benar-benar bersedia untuk menjadi sebuah negara maju.

Soalan kepada Kerajaan

Di kampung saya, masalah dadah ini adalah satu masalah yang serius, saban hari semakin ramai yang telah terjebak dengan najis dadah, ramai anak-anak muda menjadi hamba dadah dan semakin banyak masalah sosial lain yang turut berlaku. Persoalanya mengapakah masalah ini semakin hari menjadi semakin teruk, apakah segala yang dilakukan oleh pihak kerajaan selama ini adalah membuang masa dan membazir, atau adakah program yang dijalankan tidak berkesan. Adakah pihak kerajaan sedar akan perkara ini. Dengan kehadiran bemacam-macam lagi produk hasilan dadah, saya percaya semakin ramai lagi anak muda yang akan terjebak dengan najis dadah sekiranya pihak kerajaan tidak menjalankan langkah yang sewajarnya. Bagimana dengan pembangunan belia sekiranya isu dadah ini pun tidak mampu ditangani oleh kerajaan.

Kemerosotan Persatuan belia

Belia yang terlibat dengan masalah dadah adalah kebanyakanya terdiri daripada belia yang mempunyai bakat yang tersendiri, mereka ini jika dijaga dengan rapi dan baik, mungkin satu hari nanti akan menjadi kebangggaan kepada negara. Tidak dinafikan bahawa kejatuhan moral belia pada hari ini sedikit sebanyak berpunca daripada kemerosotan persatuan belia. banyak persatuan belia yang semakin hari kini menuju kearah kepupusan, aktiviti yang dilaksanakan pun tidak menepati citarasa belia masa kini. Menjadi pihak kerajaan untuk menjadikan umur bekia itu berguna dan tidak disia-siakan dengan aktiviti dadah dan tidak bermanfaat.

Kesimpulan

Belia adalah harapan negara, kepimpinan belia pada hari ini akan mencorakkan negara pada masa hadapan. Sebagai seorang belia, yang mana pemimpin belia, saya mahu melihat bahawa negara kita ini akan membangun seiring dengan pembangunan insaniah, mungkin dengan pendedahan tentang bahaya najis dadah boleh menyedarkan belia, namun itu tidak mampu menyekat kemaraan najis dadah dikalangan belia. Jika saya katakan kerajaan telah gagal untuk menangani isu dadah, mungkin cukup tidak adil, sekiranya kerajaan komited menangani isu dadah, cuba langkah yang lebih pragmatik dan berkesan, tiada guna jalankan roadshow, namun najis dadah tetap berleluasa.

Wednesday, June 2, 2010

Ya Allah, maafkan aku.......................

Anak kecil itu menangis melihat sekujur badan terbentang dihadapanya, suara-suara sayu yang hadir seminit nan lalu kini semakin menurun bunyinya. kedengaran hanyalah suara-suara tangis si anak kecil yang meratapi tubuh ibu-ibu mereka, penangisan yang belum tentu kesudahannya belangsung hingga suara-suara tadi menge'mute'.
lenengan air mata tidak akan lagi menjadi pengubat jiwa, yang ada hanya lah sekelumit dendam dan penyesalan kepada tuhan. sedang bilaman si askar rakus terus membedil shabat yang lain, dia sia anak kecil pasrah ditembusi peluru Israel laknatullah. Maka gugurlah seorang mujahid muda yang satu hari nanti akan menuntut janji dari saudara-saudaranya.

Tuhan, maafkan dosa anak-anak kecil itu Ya Tuhan. jangan dihukum mereka lagi Ya Tuhan, biarkan mereka hidup seperti kami yang lain.

Tuhan, maafkan dosa kami Ya Tuhan. Kami tidak mampu menjaga saudara-saudara kami disana. Kami tiada daya Ya Tuhan. Ampuni kami.....................

Tuesday, June 1, 2010

Florence dan kemanusiaan

Siapa  sangka sekeping hati yang ikhlas bisa menjadi sesuatu bermakna buat kehidupan dunia................
Florence ataupun nama sebenarnya adalah Florence Nightingale merupakan seorang warga Itali yang dilahirkan pada tanggal 12 May 1820. Dia adalah seorang manusia yang melihat dimana kepentingan sifat kemanusiaan didalam kemajuan hidup manusia. Beliau adalah merupakan seorang Jururawat yang begitu tinggi nilai peri nya. 12 May saban tahun, kita menyambut hari Jururawat bersempena dengan tarikh kelahiran Florence.



Kita sekarang..

meneliti sifat kemanusian, semakin ramai yang akan lupa apakah itu sebenarnya kemanusiaan, cuba kita teliti dan teladani sifat dan cara kehidupan sekarang yang terus mengejar dan memungkin kan segala macam bencana dan malapetaka yang bisa bila-bila masa akan diturunklan oleh tuhan. Melihat dari konteks seorang bapa, alangkah menarik jika kita membicarakan soal peri manusia, namun sedar sedar tidak anak kita jua yang melakukannya.
Saban hari semakin banyak segala macam isu semasa yang membangkit rasa pilu, ngilu, sayu. Anak-anak yang dahulu merupakan sesuatu anugerah kini menjadi satu malapetaka, maka tidak hairan lah anak-anak yang tidak berdosa dibuang dimerata-rata tempat, lihat saja di sekeliling kita, berapa ramai anak muda yang terjabat dengan maksiat dunia, berapa ramai anak-anak muda, perempuan-perempuan belasan tahun menjadi penyumbang kepada anak luar nikah....

Persoalannya...

Isunya adakah kita sedar akan perkara ini, mahukan kita bertindak kepada mereka-mereka yang secara jelas melakukan kesalahan dan kesilapan yang nyata, mampukah kita mengubah jiwa anak-anak muda yang saban hari diselimut budaya luar yang cukup meruncing, mahukah kita mengubah diri kita sebelum mengubah pandangan mereka...apakah kita mampu melihat anak-anak kecil dibunuh sementelah diratah oleh ibu-ibu biadap diluar sana....

yang pastinya, anak-anak kecil akan terus menjadi mangsa, mereka akan terus diseksa sebelum mengecap bahagia yang sejati......................

melihat ke sekeliling menyaksikan bahawa dunia ini cukup luas dari segi pandangan mata manusia. mancari-cari makna erti hidup yang sebenar mengejar sebuah kepuasan yang cukup bermakna bagi aku. disegenap jiwa dan raga aku mahukan pengertian itu, dalam meniti niti hari yang semakin mematangkan usia, mengajar aku tentang sebuah pergaulan yang sebenar.

manusia sering tertipu dengan segala macam ancaman, sekelumit keperitan yang akan menyusul akan terus menjadi balutan kekesalan yang lepas. Disetiap jiwa ini akan terus terangkul dengan penyesalan itu, yang akan membantutkan pemikiran. Sedendam dendam penyesalan, tidak akan mencairkan lagi kemahuan ini.

melihat ke alam satu lagi membuat diri menyesal dengan segala macam dosa yang aku lakukan, bagaimana mahu aku buktikan tentang penyesalan ini yang tidak mungkin akan aku cegah menjadi  selenang air di kali. Mungkin dengan kata-kata ini akan terus membina penyesalan itu.

bersambung.........