Isu dadah dan gejala sosial>> peranan saya
semasa program itu berlangsung, saya ada mengutarakan satu soalan kepada para ahli panel forum. soalan saya cukup mudah iaitu apakah peranan MBK ( Majlis Belia Kelantan) dalam menangani masalah dadah dikalangan para belia kelantan yang jika kita tengok pada hari ini adalah cukup membinbangkan. Jawapan yang cukup mudah diberikan, namun ianya sedikit sahaja memuaskan hati saya. Peranan MBK adalah hanya tertumpu kepada roadshow dan pendedahan tentang tahap bahaya dadah kepada umum. Mungkin jawapan ini hanyalah sekadar jawapan melepaskan batuk ditangga dan mungkin jua tiada benarnya. Saya tidak tahu.
jika kita te;iti dengan sebaik mungkin, adakah masalah dadah ini diatsi dengan cara yang cukup terbaik. adakah dengan sekadar menjalankan program roadshow dan pendedahan bahaya dadah, dapat menghalang anak-anak muda dari terjebak dengan masalah dadah, ingat, dadah itu sekali manusia itu terjebak, tidak mungkin akan berpatah balik menjadi manusia berguna, ya mungkin ada tapi tidaklah mudah.
Belia dan hala tuju masa hadapan
Belia adalah merupakan satu golongan kaum penggerak hala tuju baru, dimana para belialah yang akan menjadi tunjang kepada kelangsungan kemajuan negara, cuba kita bayangkan dalam masa 10 tahun lagi, malaysia akan menjadi sebuah negara maju, apakah belia pada masa ini mampu untuk menjadi pemimpin negara yang cukup bededikasi dan berkaliber. Mungkinkah matlamat ataupun wawasan negara untuk mencapai kemajuan akan terjejas. Saya adalah seorang belia, umur saya akan mencapai 30 an menjelang 2020, saya adalah antara belia yang ingin melihat bahawa satu hari nanti bangsa malaysia ini akan mambangun seiring dengan pembangunan insaniah. Usah kita yakin dengan apa yang kita jalankan pada hari ini akan menentukan bahawa kita benar-benar bersedia untuk menjadi sebuah negara maju.
Soalan kepada Kerajaan
Di kampung saya, masalah dadah ini adalah satu masalah yang serius, saban hari semakin ramai yang telah terjebak dengan najis dadah, ramai anak-anak muda menjadi hamba dadah dan semakin banyak masalah sosial lain yang turut berlaku. Persoalanya mengapakah masalah ini semakin hari menjadi semakin teruk, apakah segala yang dilakukan oleh pihak kerajaan selama ini adalah membuang masa dan membazir, atau adakah program yang dijalankan tidak berkesan. Adakah pihak kerajaan sedar akan perkara ini. Dengan kehadiran bemacam-macam lagi produk hasilan dadah, saya percaya semakin ramai lagi anak muda yang akan terjebak dengan najis dadah sekiranya pihak kerajaan tidak menjalankan langkah yang sewajarnya. Bagimana dengan pembangunan belia sekiranya isu dadah ini pun tidak mampu ditangani oleh kerajaan.
Kemerosotan Persatuan belia
Belia yang terlibat dengan masalah dadah adalah kebanyakanya terdiri daripada belia yang mempunyai bakat yang tersendiri, mereka ini jika dijaga dengan rapi dan baik, mungkin satu hari nanti akan menjadi kebangggaan kepada negara. Tidak dinafikan bahawa kejatuhan moral belia pada hari ini sedikit sebanyak berpunca daripada kemerosotan persatuan belia. banyak persatuan belia yang semakin hari kini menuju kearah kepupusan, aktiviti yang dilaksanakan pun tidak menepati citarasa belia masa kini. Menjadi pihak kerajaan untuk menjadikan umur bekia itu berguna dan tidak disia-siakan dengan aktiviti dadah dan tidak bermanfaat.
Kesimpulan
