Saturday, March 20, 2010
dalam dunia percintaan manusia itu sering kali terhanyut dalam perasaan, yang bila mana mereka merasa cukup bahagia dan tenteram bersama kekasih hati, mamang cukup indah saat itu bilaman kau dan aku bertemua dan kita bermesra seperti dua insan yang saling sayang-menyanyang, maka dunia pun memerhatikan kita, melihat tingkah dan cara kita berdua, kerana cinta pada saat itu cukup indah bagi kita.
Namun kawan, bisa saja aku ingatkan, cinta itu tidak selamanya indah, kuasa-kuasa luar akan cuba meretah rasa cinta itu dan membiarkan tulang temulang berbogel tanpa daging, rasa kasih yang dahulu wahai kawan, yang kau ukirkan itu akan menjadi segumpal dendam yang akan menhasut jiwa dikau menjadi sang laksana arjuna.
Duhai kawan, jika ini saat kamu jatuh cinta, maka beringatlah, tidak selamanya pantai akan tenang, ribut akan jua melanda. Duhai kawan andainya, dikau hari ini hati bersorak gembira, nescaya esok lusa deritamu akn menjemput jua, maka kawan, hiasilah rasa cintamu dengan penuh rasa setia, bertindaklah dengan penuh bijaksana, tiada manusia yang dapat menandingi kesempurnaan sifatNya. Terimalah rasa cinta itu dengan hati yang terbuka. Jangan dikau berbangga dengan rasa cinta yang dikau miliki, kerana manusia kian lupa, bahawa rasa takabbur akn memakan diri. Raikan cinta mu wahai kawan dengan penuh kesabaran, kerana onak dan ranjaunya lebih menjanjikan sengsara. Jangan sesekali dikau kawan, menurut nafsumu, kerana penyesalan yang dikau akan ukirkan tidak mampu tertanding lagi.
Beringatlah wahai kawan, andai dikau punyai kekasih, jagainya dengan sebaiknya.
Beach Clean UP
Pagi tadi berlangsungnya program beach clean up iaitu sebuah program yang telah dianjurkan oleh persatuan pengakap laut kelanasiswa umt, hasil berkat usaha yang tidak berbelah bagi ditambah pula dengan pengorbanan ahli-ahli pengakap umt untuk melihat kembali kebangkitan pergerakan pengakap di UMT, program ini berjaya juga terlaksan. Syabas diucapkan kepada AJK yang telah terlibat dalam menjayakan program pada kali ini. Ribuan terima kasih juga kepada ahli pengakap yang sudi hadir memeriahkan lagi program beach clean up.
Program beach clean up adalah merupakan sebuah program komuniti dimana para pelajar diajar untuk mengutip sampah-sampah yang berterabur di pantai tok jembal, demi menjaga kelestarian alam sekeliling. Seperti yang kita semua maklum, bumi ini adalah sebuah anugerah yang dikurniakan oleh Tuhan kepada manusia, maka terserah kepada manusia lah untuk menjaga dan memastikan bumi sentiasa dalam keadaan bersih dan aman. Kehidupan yang bermakna adalah bilamana kita hidup untuk kesejahteraan orang lain, biarpun kita terus membakar seperti lilin, namun cahayanya memberi kemudahan pada orang lain.
Hasil perbualan bersama dengan ahli lama persatuan sebentar tadi, beliau mengesorkan agar prgram seumpama ini akan diteruskan pada masa hadapan dan berharap agar menjadi program wajib bagi persatuan kita, aku dengan penuh terbuka menyambut cadangannya dengan berlapang dada dan mengharapkan sokongan dan bimbingan dari anda semua.
Wednesday, March 17, 2010
setiap hari, sekuntum cinta baru akn berputik, setiap hari juga manusia menghadapi perpisahan yang amat perit. Namun bagi aku, cinta itu cukup membuatkan aku lemah dan hati terasa cukup pilu, mungkin kerana rasa cemburu itu cukup kuat menguasai diri. Ingin aku biarkan rasa ini pergi jauh ke udara, membiarkan rasa cinta berputik, namun aku hampa.
Kini saat2 nya kian berakhir, biarlah aku ukirkan bait-bait keping hati aku disini, untuk aku sedarkan diri aku tentang bahaya rasa cinta, keindahannya membuat aku hanyut, kesakitannya membuat aku berdenyut.
Tuesday, March 16, 2010
Perjalanan itu
sejauh perjalanan ini telah aku lalui, menempuh segalanya bersama, kini mengapa diri ini terasa terasing sekali. Perjalanan itu yang aku lalui, cukup membuat kan aku terasa tewas pada nafsu, memaksa diri aku memamah setiap keping-keping maruah yang masih tertinggal. Menghakis rasa cinta ini.
Kepada dia aku memohon sejuta kemaafan, kerana kasih aku padanya tiada banding lagi. Aku sedar setiap detik dalam perjalanan aku itu, membuat aku semakin hanyut dalam cinta manusia. Telah aku cuba menjadi yang terbaik, aku telah cuba menjadi seorang MANUSIA, namun aku masih tewas Ya Tuhan. Kebuasan nafsu ini melonggarkan keimanan, membuakkan perasaan benci pada diri.
Di setiap perjalanan ini, aku masih mengingati setiap kata-kata aku, mungkin aku tidak seharusnya menjanjikan kehidupan itu, mungkin aku tidak harus memberikan harapan itu. yang akhirnya membawa aku ke lembah penyesalan, wahai Tuhan jika aku bersalah padanya, aku lebih berdosa pada Mu. Aku tahu Kau telah jauh menolak aku dari sisi Mu. Cinta manusia yang aku zahirkan ini tidak seagung cintaMu padaku, kerinduan yang dahulu aku alunkan kini menjadi puing-puing. Ingin saja aku menolak cinta itu, namun Tuhan aku tertewas.
Ya Tuhan, terima lah aku.
Thursday, March 11, 2010
silap siapa?
Mereka menyangka bahawa sombong itu adalah suatu sifat terkeji, terburuk bagi manusia. Manusia yang sombong sering dikaitkan dengan perangai yang tidak senonoh dan ini pastinya memberikan impak yang cukup besar kepada mereka. Namun kali ini aku ingin menyangkal kenytaan ini sama sekali dan mengingat kan bahawa setiap perkara yang berlaku didunia ini punyai sebabnya dan manusia juga punyai sebab untuk bersifat sombong.
Manusia belajar sesuatu perkara melalui pengalaman dan sejarah hidupnya. Bagi aku sejarah hidup aku tidak terlalu membosankan dan tidak juga terlalu teruk, cumanya perbezaan hidup antara setiap manusia adalah berbeza, ada yang dilahirkan dalam kehidupan yang penuh kekayaan dan ada juga ang ditakdirkan lahir dalam keluarga yang hidup dalam kemiskinan Sejarah dan kisah hidup inilah yang menjadikan manusia itu seseorang apabila mereka membesar kelak, samaada seorang kaya atau miskin. Orang kaya sering dikaitkan dengan sifat sombong mereka, manakala si miskin pula dikaitkan dengan sifat rendah diri dan terpuji. Ini adalah lumrah alam dan kejadian.
Mereka yang sombong itu adalah manusia yang paling banyak berusaha dan berfikir tentang kehidupan mereka, ini kerana keinginan mereka itu untuk terus berjaya membuat diri mereka menjadi terasing dan terpisah dari kehidupan masyarakat. Ditambah pula dengan sikap-sikap masyarakat kita sekarang yang mementingkan diri sendiri dan tidak bertegur sapa memburuk kan lagi situasi ini. Manusia yang sombong itu punyai haluan hidup mereka, hidup mereka tidak mudah tergoyah dengan cubaan pihak luar untuk melekakan mereka, sifat kuat mereka itulah yang menjadi pendorong untuk manusia menjadi bertambah sombong dan pendiam.
Mereka yang menjadi sombong itu juga punyai sejarah hidup mereka sendiri, sejarah hidup itulah yang menjadi pendorong pada mereka untuk terus bersifat sombong dan angkuh. Mungkin pada masa dahulu, mereka ini adalah golongan yang miskin papa kedana, hasil berkat usaha mereka sendiri telah membuat mereka berjaya menjadi kaya pada hari ini. Jika dahulu mereka dikeji kerana kemiskinan, kehidupan mereka ini dilanyak oleh sang kaya, kini berbaloilah bagi giliran mereka pula untuk bertindak sedemikian. Sejarah hidup mereka yang penuh dengan ujian untuk menjadi kaya cukup memeritkan dan menjadi pengajaran yang berguna pada mereka. Maka dalam hal ini, kita tidak boleh menyalahkan mereka semata-mata, masyarakat juga harus dipersalahkan. Pengalaman dikeji semasa miskin itulah yang lebih banyak membuatkan manusia yang kaya menjadi sombong dan angkuh.
Manusia yang miskin adalah mereka yang malas berusaha dan cuma mengharapkan tuah akan memihak pada mereka. Mereka yang miskin aka yang malas berusaha memang sewajibnya dipandang hina dan dikeji, kerana manusia harus sedar bahawa setiap kejayaan yang diperolah adalah hasil titik peluh sendiri, manusia tidak boleh sekadar mengharapkan bantuan semata-mata. Kerja harus dicari dan bukannya kerja yang menacar kita.Orang yang kaya adalah mereka yang telah berjaya mencapai matlamat dalam hidup mereka, mereka ini adalah golongan yang terus berusaha biarpun seribu halangan yang datang. Maka tidak hairanlah mereka ini disanjung dan dipuji kerana usaha dan penat lelah mereka bukan kerana kekayaan mereka. Jadi dimana silapnya manusia untuk menyanjung golongan kaya dan mengeji golongan miskin?

Wednesday, March 10, 2010
mencari konklusi diri
orang cakap peluang hanya datang ekali dalam seumur hidup, dan peluang itu akan membawa kita lebih jauh ke hadapan menjamin masa depan yang lebih gemilang.Aku telah terlepas salah satu peluang itu, harapan yang telah ku tanam dari dulu lagi rupa-rupanya berkecai di saat akhir perjalanan, aku punyai kelayakan itu, punyai peluang itu, namun aku sia-siakannya, membiarkan diri aku masih ditakuk lama. Aku mahukan perubahan itu, kerana aku memang sedar, hidup aku hanya sekali, peluang yang datang hanya sekali, dan aku juga sedar kerana kelalian itulah aku masih disini, sedangkan mereka terus mengorak langkah ke hadapan meninggalkan aku.
Kini aku telah terlepas peluang itu, peluang yang aku nantikan selama ini, hanya untuk aku melihat diri sebenar aku. Peluang itu yang tidak aku gapai, seolah-olah menjerut aku dalam lembah penyesalan. Bodoh aku kerana melepaskan peluang itu. Cuai aku kerana membiarkan peluang itu berlalu begitu sahaja dan direbut oelh mereke-mereka yang jauh lebih kehadapan dari aku. Dulu aku dan mereka setaraf, namun kini mereka jauh diatas berbanding aku.
Aku tidak pasti apakah sinar aku akan lebih cerah pada masa nanti, adakah peluang seumpama itu akn sekali lagi menjenguk diri aku. Aku cuma berharap agar peluang yang ada ini tidak akan aku sia-siakan, aku menyesal kerana melepas kan peluang itu, itu hanya peluang aku untuk naik diarena ini. Aku akan terus melangkah diarena ini, dengan penuh yakin dan gigh, kerana aku pasti akan arah perjalanan aku. Akan aku akan isikan perjalanan aku ini dengan penuh bermakna dan terpuji. Aku berharap agar aku tidak longlai dan cuai di perjalanan ini kerana duri dan hanlangan yang mendatang tidak tersambut oleh aku.....
Telah aku isikan hati ini dengan sepenuh azam, takkan aku biarkan peluang yang datang pergi begitu sahaja.
Tuesday, March 9, 2010
Tikam belakang dan Rampas Merampas
Ini adalah kali pertama untuk aku mendengar ada pihak yang telah secara langsung iri hati kepada mereka yang lain. Ketidakpuasan ini telah mengundang kepada situasi yang lebih teruk dan memungkinkan berlakunya perkara dahsyat yang diluar jangkaan minda kita.
Proses cantas mencantas didalam sesebuah organisasi adalah perkara biasa, ketidakpuasan hati yang berlaku adalah lumrah dalam melaksanakan sesebuah tugas. Ini berlaku adalah kerana sesetengah pihak menganggap bahawa merekalah yang paling banyak melaksanakan tugas dan kerana merekalah sesebuah program itu boleh berjaya dengan jayanya. Ya, betul kerena kamulah program itu berjalan dengan lancar tapi cuba kamu fikirkan adakah hanya kerana kamu seorang sahaja. Bagaimana dengan kawan-kawan yang lain. Andaikata projek itu diserahkan pada kamu seorang, adakah kamu berjaya melaksanakannya dengan penuh jaya.
Sesebuah organisasi memerlukan satu badan gerak kerja yang cukup mantap dan sempurna, tidak boleh terlalu lebih dan juga berkurangan, jika tidak tugasan tidak dapat dilaksanakan dengan tepat dan mungkin juga berlaku ketirisan tugas. Jika ini berlaku, maka kita dapat lihatlah bagaimana perpecahan dalam sesebuah organisasi berlaku, walhal dengan hanya bersebab yang tidak munasabah.
Dalam melaksanakan tugas, kita sebagai salah seorang daripada organisasi haruslah nekad untuk melakukan yang terbaik, melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab bukanlah gila kuasa ataupun gila pangkat, itu adalah tugas dan tanggungjawab kita, berdosa kiranya kita melalaikan tugas yang telah dipertanggungjawabkan. Jadi tidak timbul isu gila kuasa ataupun gila pangkat dalam melaksanakan tugas. Aku percaya dengan semangat kekitaan yang masih ada dalam diri dan semangat yang masih menebal, kita semua boleh bersatu kembali dan menjadi sebuah badan yang gagah satu hari nanti. Usahlah kita sempitkan pemikiran kita dengan perkara-pekara yang remeh temeh yang akhirnya akan menjadi duri dalam daging sehinggakan menjadi barah.
Setiap orang adalah unik dengan setiap perlakuan mereka, kerna keunikan itulah kita dipandang tinggi dan disanjung oeh mereka, lantaran itu kita harus buktikan bahawa kita layak mendapat sanjungan itu. Segala persenggetaan yang telah berlaku kita lupuskan dan amalkan sikap memaafkan antara satu sama lain, dunia ini kecil, hidup pun tidak lama. Marilah kita bersama-sama membentuk satu organisasi yang mantap dan bersatu. Nescaya dengan hanya kesatuan itulah kita boleh maju kehadapan.
“Tiap orang MuKmin telah diwajibkan oleh Allah mendapat tujuh hak daripada orang mukmin yang lain:

- iaitu memandangnya dengan penuh penghargaan,
- menyimpan perasaan mesra dalam hati terhadapnya,
- menghulurkan simpati dengan harta sendiri,
- mengharamkan perbuatan mengumpat terhadapnya,
- menziarahinya ketika sakit,
- mengiringi jenazahnya (apabila meninggal dunia) dan
- tidak menyebut tentangnya kecuali yang baik sahaja setelah ketiadaannya.”
Subscribe to:
Posts (Atom)