
Monday, February 1, 2010
Tuesday, January 26, 2010
12
Aku telah cuba menjadi sahabat yang paling terbaik, menjadi kawan yg terbaik dan kekasih yang terbaik, sehinggakan aku terhanyut.
Aku telah cuba merendahkan diri aku, merendahkan pandangan aku, serendah-rendahnya. Telah aku cuba memuaskan hati setiap orang, menjaga hati mereka-mereka, namun aku masih gagal.
Aku cuba meyemai persahabatan itu, supaya menjadi sepohon kenangan, namun permulaannya membuat aku hampa. Telah aku jauh mencuba bangkit ke langit, namun aku terjatuh lagi.
Aku telah mencuba mengelak dari arus dunia, bukan aku melawannya, dan aku kayuh dengan berhati-hati, sehingga aku menjadi penyair yang sunyi. Namun Kata-kata aku membuat mereka kecewa dengan aku, ingin aku menjadi penyair yang sunyi selamanya, biar aku hanya dengan diri aku. Hati aku.
Mereka menyairkan tentang kebesaran percakapan aku,
Mereka menyairkan betapa poyonya aku,
semakin lama, aku semakin bingung tentang kehidupan, berbeza jauh dari dunia aku.
pernah ada rasa cinta
antara kita kini tinggal kenangan
ingin kulupakan
semua tentang dirimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh bintangku
[chorus]
jauh kau pergi meninggalkan diriku
disini aku merindukan dirimu
kini ku coba mencari penggantimu
namun tak lagi kan seperti dirimu oh kekasih
Sunday, January 24, 2010
11
Projek Lapangan Terbang hanya menguntungkan sesetengah pihak
Pembesaran Lapangan Terbang Sultan Mahmud merupakan sebuah projek kerajaan pusat dibawah pentadbiran kerajaan Terengganu. Sebuah projek yang menelan belanja hampir jutaan ringgit itu telah dimulakan pada awal tahun 2007 dan siap pada akhir 2008, ia adalah antara projek mega kerajaan pusat untuk mengotakan janji-janji mereka sempena dengan pilihanraya 2008 yang lepas. Projek ini yang telah siap hampir 80 peratus kini digunakan oleh masyarakat dipantai timur untuk mengerjakan haji dan umrah ke Makkah, selain dapat pergi ke merata dunia untuk perlancongan kaum keluarga dan sahabat handai. Projek ini sehingga kini masih lagi diteruskan dan akan terus dijalankan untuk memberi keselesaan kepada masyarakat dan rakyat Terengganu.
Namun, seperti kata cendekiawan setiap perkara yang dibuat semestinya mempunyai kebaikan dan keburukannya. Begitu juga dengan projek ini, walaupun projek ini memberi kemudahan kepada rakyat terengganu, namun ia memberi kesan buruk kepada sesetengah pihak. Antaranya ialah kemusnahan ekosistem alam yang teruk selain mengganggu kehidupan nelayan dikawasan pantai sekitar lapangan terbang tersebut. Kawasan yang terjejas teruk disebabkan oleh pembesaran lapangan terbang adalah Pantai Tok Jembal, iaitu lebih kurang 20 meter sahaja dari lapangan terbang sultan mahmud. Kawasan yang dahulunya merupakan tempat nelayan mencari rezeki kini hampir lenyap dihakis oleh ombak. Kisah ini menjadi semakin parah apabila tibanya musim tengkujuh iaitu diantara bulan November hingga Januari. Nelayan yang ditemui kebanyakannya tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan yang mengmbil tindakan untuk membesarkan lapangan terbang sehingga ke tengah laut.
Projek pembesaran lapangan terbang ini melibatkan pengurusan zon pantai yang cukup penting kerana ia melibatkan kawasan yang sepatutnya dijaga oleh pihak kerajaan. Falsafah pengurusan zon pantai cukup jelas mengatakan bahawa apa jua cubaan untuk menguruskan secara berasingan, salah satu dari komponen ekosistem yang kompleks yang saling berkaitan antara satu sama lain berkemungkinan akan gagal. Daripada falsafah inilah kita dapat lihat bahawa kerajaan sebenarnya hanya melihat sesuatu projek itu pada satu aspek sahaja tanpa melihat dari aspek penjagaan alam sekitar, ini seolah-olah mengabaikan kepentingan alam sekitar. Dan kerajaan telah gagal.
Daripada pengamatan penulis, kawasan Pantai Tok Jembal adalah merupakan kawasan pantai yang harus dijaga. Ini kerana kawasan tersebut adalah merupakan kawasan penempatan nelayan dan tempat nelayan mencari nafkah, banyak yang telah terjejas oleh pembesaran lapangan terbang tersebut. Pantai Tok Jembal kini mengalami hakisan yang agak teruk sehingga memusnahkan ekosistem alam, pohon-pohon rhu yang dahulunya banyak telah rebah dipukul ombak. Semakin lama, hakisan ini menjadi semakin teruk dan pihak pengurusan syarikat seolah-olah membiarkan sahaja perkara ini terjadi. Mungkin untuk satu tempoh masa lagi sehingga kita tidak punyai apa-apa lagi untuk warisan anak cucu
.



Pembesaran Lapangan Terbang Sultan Mahmud merupakan sebuah projek kerajaan pusat dibawah pentadbiran kerajaan Terengganu. Sebuah projek yang menelan belanja hampir jutaan ringgit itu telah dimulakan pada awal tahun 2007 dan siap pada akhir 2008, ia adalah antara projek mega kerajaan pusat untuk mengotakan janji-janji mereka sempena dengan pilihanraya 2008 yang lepas. Projek ini yang telah siap hampir 80 peratus kini digunakan oleh masyarakat dipantai timur untuk mengerjakan haji dan umrah ke Makkah, selain dapat pergi ke merata dunia untuk perlancongan kaum keluarga dan sahabat handai. Projek ini sehingga kini masih lagi diteruskan dan akan terus dijalankan untuk memberi keselesaan kepada masyarakat dan rakyat Terengganu. Namun, seperti kata cendekiawan setiap perkara yang dibuat semestinya mempunyai kebaikan dan keburukannya. Begitu juga dengan projek ini, walaupun projek ini memberi kemudahan kepada rakyat terengganu, namun ia memberi kesan buruk kepada sesetengah pihak. Antaranya ialah kemusnahan ekosistem alam yang teruk selain mengganggu kehidupan nelayan dikawasan pantai sekitar lapangan terbang tersebut. Kawasan yang terjejas teruk disebabkan oleh pembesaran lapangan terbang adalah Pantai Tok Jembal, iaitu lebih kurang 20 meter sahaja dari lapangan terbang sultan mahmud. Kawasan yang dahulunya merupakan tempat nelayan mencari rezeki kini hampir lenyap dihakis oleh ombak. Kisah ini menjadi semakin parah apabila tibanya musim tengkujuh iaitu diantara bulan November hingga Januari. Nelayan yang ditemui kebanyakannya tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan yang mengmbil tindakan untuk membesarkan lapangan terbang sehingga ke tengah laut.
Projek pembesaran lapangan terbang ini melibatkan pengurusan zon pantai yang cukup penting kerana ia melibatkan kawasan yang sepatutnya dijaga oleh pihak kerajaan. Falsafah pengurusan zon pantai cukup jelas mengatakan bahawa apa jua cubaan untuk menguruskan secara berasingan, salah satu dari komponen ekosistem yang kompleks yang saling berkaitan antara satu sama lain berkemungkinan akan gagal. Daripada falsafah inilah kita dapat lihat bahawa kerajaan sebenarnya hanya melihat sesuatu projek itu pada satu aspek sahaja tanpa melihat dari aspek penjagaan alam sekitar, ini seolah-olah mengabaikan kepentingan alam sekitar. Dan kerajaan telah gagal.Daripada pengamatan penulis, kawasan Pantai Tok Jembal adalah merupakan kawasan pantai yang harus dijaga. Ini kerana kawasan tersebut adalah merupakan kawasan penempatan nelayan dan tempat nelayan mencari nafkah, banyak yang telah terjejas oleh pembesaran lapangan terbang tersebut. Pantai Tok Jembal kini mengalami hakisan yang agak teruk sehingga memusnahkan ekosistem alam, pohon-pohon rhu yang dahulunya banyak telah rebah dipukul ombak. Semakin lama, hakisan ini menjadi semakin teruk dan pihak pengurusan syarikat seolah-olah membiarkan sahaja perkara ini terjadi. Mungkin untuk satu tempoh masa lagi sehingga kita tidak punyai apa-apa lagi untuk warisan anak cucu
.



Friday, January 22, 2010
10
Antara 'Avatar' dan Kerakusan Amerika menjajah Dunia.
Avatar merupakan sebuah lagi produk buatan Amerika yang baru sahaja ditayangkan setiap buana dan pelusuk ceruk dunia. Filem yang dianggarkan mencecah belanja hampir 200 hingga 500 Million itu merupakan sebuah filem perang antara pihak yang lemah dan golongan yang berkuasa. Filem ini mengisahkan tentang seorang askar amerika yang telah ditugaskan untuk meng'halau' golongan pribumi dari tanah tempat asal mereka dengan tujuan supaya mereka dapat memusnahkan sebatang pokok yang dianggap sebagai keramat oleh penduduk disitu.
Seperti yang kita semua maklum, Amerika adalah merupakan penjajah yang paling teruk sepanjang sejarah pemodenan manusia. Sejak dari dahulu lagi, bangsa mereka ini akan merobek segala khazanah dunia, menghancurkan tamadun manusia dan memusnahkan ekosistem alam. Contoh telah banyak dimata kita sendiri, Iraq dan Palestin adalah contoh yang paling jelas. Wanita-wanita diperlakukan seumpama haiwan, anak-anak dibunuh tanpa bicara, isteri digantung tak bertali, menunggu ajal ditangan Ilahi. Sebuah projek yang mereka rasakan bahawa mereka lah polis dunia, mereka juga yang boleh menghukum dan membunuh rakyat yang tidak berdosa.
Kerakusan Amerika jelas terpancar pada Filem Avatar, sebuah filem yang merupakan cerminan pada kepimpinan Amerika yang zalim dan kejam pada golongan yang lemah. Nah itulah amerika, sebuah negara yang terbentuk oleh kehebatan nafsu dan kerosakan akhlak yang paling teruk. Kerana itulah, najis yang dulunya mereka lemparkan pada golongan lemah, terpalit pada mereka sendiri. Rupa-rupanya polis dunia itu sebenarnya perompak dunia yang paling Jahanam. Sehingga kini pun, merekalah jua yang mengaut keuntungan dari perbalahan dunia Islam, perpecahan yang mereka cetuskan adalah bertujuan semata-mata untuk menjajah minda dan ideologi kaum yang lemah. Dakyah mereka yang seolah-olah menyebarkan keamanan dunia rupanya 'seperti ada udang disebalik batu'.
Seantero dunia turut menyaksikan bagaimana sebuah kepimpinan negara bernama Amerika yang secara ghairahnya menghancurkan pokok-pokok kedamaian, tidak hairanlah jika wujudnya filem-filem seperti Avatar, War of the World dan sebagainya. Negara bernama Amerika lah yang mendidik anak-anak kecil menjadi pengganas, pengebom berani mati, mujahid dan penentang yang akhirnya mereka ini yang akan berjuang untuk melihat kehancuran bangsa penjajah. Dan apabila sampai masanya, dunia akan menyaksikan kemusnahan bangsa mereka sendiri.
Avatar merupakan sebuah lagi produk buatan Amerika yang baru sahaja ditayangkan setiap buana dan pelusuk ceruk dunia. Filem yang dianggarkan mencecah belanja hampir 200 hingga 500 Million itu merupakan sebuah filem perang antara pihak yang lemah dan golongan yang berkuasa. Filem ini mengisahkan tentang seorang askar amerika yang telah ditugaskan untuk meng'halau' golongan pribumi dari tanah tempat asal mereka dengan tujuan supaya mereka dapat memusnahkan sebatang pokok yang dianggap sebagai keramat oleh penduduk disitu.
Seperti yang kita semua maklum, Amerika adalah merupakan penjajah yang paling teruk sepanjang sejarah pemodenan manusia. Sejak dari dahulu lagi, bangsa mereka ini akan merobek segala khazanah dunia, menghancurkan tamadun manusia dan memusnahkan ekosistem alam. Contoh telah banyak dimata kita sendiri, Iraq dan Palestin adalah contoh yang paling jelas. Wanita-wanita diperlakukan seumpama haiwan, anak-anak dibunuh tanpa bicara, isteri digantung tak bertali, menunggu ajal ditangan Ilahi. Sebuah projek yang mereka rasakan bahawa mereka lah polis dunia, mereka juga yang boleh menghukum dan membunuh rakyat yang tidak berdosa.
Kerakusan Amerika jelas terpancar pada Filem Avatar, sebuah filem yang merupakan cerminan pada kepimpinan Amerika yang zalim dan kejam pada golongan yang lemah. Nah itulah amerika, sebuah negara yang terbentuk oleh kehebatan nafsu dan kerosakan akhlak yang paling teruk. Kerana itulah, najis yang dulunya mereka lemparkan pada golongan lemah, terpalit pada mereka sendiri. Rupa-rupanya polis dunia itu sebenarnya perompak dunia yang paling Jahanam. Sehingga kini pun, merekalah jua yang mengaut keuntungan dari perbalahan dunia Islam, perpecahan yang mereka cetuskan adalah bertujuan semata-mata untuk menjajah minda dan ideologi kaum yang lemah. Dakyah mereka yang seolah-olah menyebarkan keamanan dunia rupanya 'seperti ada udang disebalik batu'.
Seantero dunia turut menyaksikan bagaimana sebuah kepimpinan negara bernama Amerika yang secara ghairahnya menghancurkan pokok-pokok kedamaian, tidak hairanlah jika wujudnya filem-filem seperti Avatar, War of the World dan sebagainya. Negara bernama Amerika lah yang mendidik anak-anak kecil menjadi pengganas, pengebom berani mati, mujahid dan penentang yang akhirnya mereka ini yang akan berjuang untuk melihat kehancuran bangsa penjajah. Dan apabila sampai masanya, dunia akan menyaksikan kemusnahan bangsa mereka sendiri.
Wednesday, January 20, 2010
9
Ada seorang sahabat saya yang meminta sedikit tips untuk membina blog dan pengisian blog tersebut. Disini saya nak mengclaimkan bahawa saya bukan lah mahir sangat didalam berblog, GOOGLE adalah guru dan jurulatih saya, banyak yang saya gali untuk mencapai tahap kepuasan didalam berblog.
Antara tips-tips yang paling simple adalah:
1-Cara untuk menukar layout
cara yang paling biasa untuk menukar layout adalah dengan menggunakan layout daripada blogspot, tapi malangnya cara ini agak rumit kerana ia memerlukan kita men'edit' HTML yang agak rumit dan memenatkan.
Cara yang lebih mudah adalah dengan mencari HTML lain dari laman web yang menyediakan layout untuk blogspot. Kita boleh COPY n PASTE layout tersebut di HTML kita. Ataupun, sesetengah laman web tidak menyediakan secara terus HTML mereka, jadi kita perlu mendownloadkan HTML itu. contoh layout yang sesuai..
Disini kita boleh menukarkan COLUMN dari 2 ke 3 ataupun sebaliknya.
2- Cara untuk menambahkan aplikasi chatbox pada blogspot
Kita boleh menambah aplikasi chatbox pada blog kita dengan menggunakan CBOX.
CBOX adalah merupakan satu aplikasi dimana pelawat yang berkunjung ke laman kita akan dapat meningggalkan pesan ataupun berchating dengan kita sendiri. Banyak lagi aplikasi chattng yang lain, tapi saya lebih sukakan CBOX kerana ia simple dan kita juga boleh masukkan AVATAR kita dlm ruang cbox tersebut.Anda boleh dapatkan CBOX di http://www.cbox.ws/
Setelah selesai mencopy HTML CBOX tersebut, pastekan di layout kita.
Pastikan anda mendaftar dahulu di CBOX yer.
3- Cara nak menambah contact di layout.
Setahu saya tidak terdapat banyak sangat laman web yang menyediakan HTML untuk contact. Saya lebih suka untuk menggunakan contact LENCANA FACEBOOK sebagai CONTACT saya. Ini kerana, apabila pengunjung yang datang ke blog saya, mereka kan dapat mengetahui lebih lanjut tentang saya di FACEBOOK, caranya ialah dengan menekan lencana facebook.
Dapatkan HTML lencana FB anda di FB, PASTE kan di dalam layout dan dh siap.....
Terdapat banyak lagi aplikasi yang boleh kita dapatkan di GOOGLE. Cuma setakat ini sahaja saya boleh bantu, jika perlukan bantuan, sila lawati ke FB saya ataupun write somthing kat sebelah.....
jemey
Sunday, January 17, 2010
8
nampaknya pihak HEPA semakin berlembut dengan pelajar, hak2 pelajar untuk bebas berdemokrasi diutamakan. Ini merupakan satu perubahan yang cukup besar. Mungkin kerana perubahan kepimpinan TNC baru, yang lebih mengutamakan pelajar.
Pro M UMT??
bagaimana dengan perjuangan mereka jika jalan semakin mudah.............
semoga segala janji2 anda semua bakal MPP dikotakan....!!
chaiyo'...
Saturday, January 16, 2010
7
seperti mana sel sperma, untuk menjadikan ia seorang manusia, ia perlu berenang merentasi haluan yang amat jauh dan melalui jalan-jalan dan lorong yang amat sempit sekali,. Perjuangan nya untuk terus hidup memerlukan segumpal kekuatan dan ketabahan agar kemandiriannya akan terus terjamin. Dalam kekalutan masa, sperma itu akan menghadapi persaingan yang amat perit dan besar, namun yang kalah tetap akan menjadi kalah dan yang menang akan terus hidup.
Dalam kehidupan manusia, seseorang itu harus mempunyai semangat yang tinggi dan kekuatan yang cukup besar untuk menghadapi persaingan dunia luar yang amat luas dan berbeza dari dunia kampus, begitulah kehidupan yang kita hadapi sekarang. Aku mempunyai satu ilusi semangat yang membingungkan, dan sangat membiarkan aku dalam kerugian. Bilamana aku diberikan peluang dan harapan, namun peluang itu aku sia-siakan. Mengapa perasaan ini terus menggangu aku, adakah aku sendiri tak mampu membuat perubahan pada diri aku sendiri. Jika bukan aku, siapa lagi yang akan merubah kehidupan aku.
Ingin sekali aku buat perubahan itu, membawa diri aku selangkah kehadapan, sekurang-kurangnya mereka-mereka tidak akan lagi memandang rendah pada aku. Melihat aku dengan mata jelek mereka.Malam ini, aku putuskan sesuatu yang akan nescaya merubah jalan hidup aku.Akan aku lalui jalan itu.
Tehran or HUSM??
konpius ah...
Subscribe to:
Posts (Atom)














