Sunday, January 17, 2010
nampaknya pihak HEPA semakin berlembut dengan pelajar, hak2 pelajar untuk bebas berdemokrasi diutamakan. Ini merupakan satu perubahan yang cukup besar. Mungkin kerana perubahan kepimpinan TNC baru, yang lebih mengutamakan pelajar.
Pro M UMT??
bagaimana dengan perjuangan mereka jika jalan semakin mudah.............
semoga segala janji2 anda semua bakal MPP dikotakan....!!
chaiyo'...
Saturday, January 16, 2010
7
seperti mana sel sperma, untuk menjadikan ia seorang manusia, ia perlu berenang merentasi haluan yang amat jauh dan melalui jalan-jalan dan lorong yang amat sempit sekali,. Perjuangan nya untuk terus hidup memerlukan segumpal kekuatan dan ketabahan agar kemandiriannya akan terus terjamin. Dalam kekalutan masa, sperma itu akan menghadapi persaingan yang amat perit dan besar, namun yang kalah tetap akan menjadi kalah dan yang menang akan terus hidup.
Dalam kehidupan manusia, seseorang itu harus mempunyai semangat yang tinggi dan kekuatan yang cukup besar untuk menghadapi persaingan dunia luar yang amat luas dan berbeza dari dunia kampus, begitulah kehidupan yang kita hadapi sekarang. Aku mempunyai satu ilusi semangat yang membingungkan, dan sangat membiarkan aku dalam kerugian. Bilamana aku diberikan peluang dan harapan, namun peluang itu aku sia-siakan. Mengapa perasaan ini terus menggangu aku, adakah aku sendiri tak mampu membuat perubahan pada diri aku sendiri. Jika bukan aku, siapa lagi yang akan merubah kehidupan aku.
Ingin sekali aku buat perubahan itu, membawa diri aku selangkah kehadapan, sekurang-kurangnya mereka-mereka tidak akan lagi memandang rendah pada aku. Melihat aku dengan mata jelek mereka.Malam ini, aku putuskan sesuatu yang akan nescaya merubah jalan hidup aku.Akan aku lalui jalan itu.
Tehran or HUSM??
konpius ah...
6
SEBUAH EPILOG DI MAYANG SARI
Tuesday, January 12, 2010
5
this is my first english song, still wanna change a little bit, hope everyones like it....lol
the title
the time changing, the water flowing
as smooth partially going insane
but me stay the same
thou the sun almost finally finally gone.
am i a dreamer, in my own
flying high on blue sky beyond
search for good of wonders
ohhhh....love
a song is a process of discoveries
rise verse to verse, fading flow the answer
and the color glow, flow away
send me to paradise, thats what i say.
am i a dreamer, in my own
flying high on blue sky beyond
search for good of wonders
ohhhh....love
ho ho hoho.....
ho hoho..
ho ho hoho...
hoooooo...
p/s; i need ur comment.....huhuhu
4
kekadang kehidupan seseorang itu akan dipenuhi dengan begitu banyak cabaran, masalah yang akan datang tanpa disangka-sangka. Bertalu-talu memukul jiwa insan yang mungkin selemah aku. Ingin hati ini mengikut arus yang deras, biar akan aku hanyut ke lembah durjana kerana cinta ini. Yang akhirnya akan memulakan kata kesal bg diri aku.
Wahai kawan, jiwa ini kekadang terasa perit menahan derita cinta. Alunannya tak mampu aku hadang dengan jiwa ini. Seringkali jiwa aku lemas dalam kealpaan iman, kebuasan nafsu menggila. Betapa aku lemah.
Wahai tuhan, aku meminta kali ini, jangan Kau biarkan aku hanyut, peganglah aku Ya Allah dengan taliMu. Aku tahu dosa ini sering menggelapkan hati, menyulitkan kehidupan hamba Mu. Aku lemah Ya Allah.
Wahai Cinta, biarkan aku seketika. Siapalah aku untuk menolak anugerah pemberianNya. Aku tahu cinta manusia bahagia dan derita. Namun aku lebih mengharap cinta Nya.

Saturday, January 9, 2010
3
maka benarlah bilamana orang berkata bahawa manusia memerlukan segumpal keberanian dan kecekalan untuk memnggalas sebuah tanggungjawab. Peluang hanya datan sekali sahaja dalam hidup kita, peluang akan datang dalam bentuk yang berbeda-beda, besar, kecil, tirus dan sebagainya. Maka diatas tangan kita lah pula semua peluang itu akan terhasil menjadi sebuah kepuasan. Akan ku cuba gapai peluang ini, insyallah.....
Ya ALLAH, bantu aku. Jangan sesatkan aku. Ameen.
Ya ALLAH, bantu aku. Jangan sesatkan aku. Ameen.
Friday, January 8, 2010
2
updated news>> sebuah gereja di Taman melawati kuala lumpur telah dibom awal pg ini kesan dr isu kalimah ALLAH yg sedang dimainkan sekarang.
Mengenai isu yang sedang berlegar di ruang udara negara kita sekarang, aku rasakan bahwa isu ini adalah sebuah isu yang cukup mencabar kedudukan Islam dibumi malaysia. Isu yang bila mana kita biarkan akan membawa kesan yang jangka panjang kepada umat islam di negara ini. Sejak sekian lamanya negara kita menggunakan islam sebagai agama rasmi dan ALLAH sebagai tuhan kita. Tiba-tiba kini, muncul sebuah agama lain yang ingin mengaku bahawa ALLAH juga adalah tuhan mereka. Kalau mengikut pikir logik akal kita, semmemangnya sesiapa pun akan marah dan rasa tercabar. Tapi harus kita ingat bahawa ALLAH itu adalah Tuhan bagi semua umat manusia didunia ini, tidak kira islam atau agama lain sekalipun. Bukankah islam itu universal dan sesuai sepanjang zaman.
Mereka-mereka yang menolak penggunaan kalimah ALLAH bg agama lain mungkin berpedapat bahawa, ALLAH mereka tidak sama dengan konsep ALLAH bg umat islam, ini kerana konsep tauhid umat islam adalah tuhan itu satu iaitu ALLAH dan konsep kristian pula tuhan itu ada 3 iaitu triniti. Sebenarnya, Islam dan kristian adalah merupakan pada awalnya berasal dari kepercayaan yang sama,iaitu tuhan adalah ALLAH, namun Tuhan menyesatkan mereka kerana perasaan ego mereka sendiri.
Jadi dalam konteks ini, aku setuju dengan pendapat Ust. Asri yang mengatakan bahawa agama lain boleh menggunakan kalimah ALLAH, tetapi mestilah mengikut landasan dan tatacara yang tepat seperti yang telah digariskan.
ps: dunia akhir zaman, macam-macam fitnah yang akan terjadi pada umat islam.

Subscribe to:
Posts (Atom)