Friday, July 30, 2021

Penutup Sebuah Buku

Kita mencari penutup untuk sebuah buku, yang sangat panjang. Buku yang menceritakan satu kisah yang sudah kita tahu, sebuah kisah yang membiarkan kita dalam terpinga-pinga. Buku yang didalam nya serata dengan perjuangan, sarat dengan andaian yang pudar dan terasing. Sebuah penutup yang sukar sekali untuk ditulis.

Kita sedang mencari penutup untuk sebuah buku, supaya menjadi satu kisah berguna menjadi teladan dan contoh. Suatu masa menjadi sarat dengan pengajaran dan kebaikan yang dikumpul dengan jiwa jiwa yang tandus dan dahaga akan air. 

Kita yang mencari halaman terakhir untuk sebuah penutup untuk buku yang panjang.

Friday, May 28, 2021

sempurnakah mimpi

Gugur hujan dari langit adalah kerana kasih dan cinta Nya. Gugur dedaun dari dahan adalah kerana tulus kasih Nya. Gugur jiwa jiwa ini adalah kerana cinta Nya.

Berikanlah segala ayat ayat terindah yang ada, tidak akan mampu diluah untuk Nya. Akan segala rasa yang terbuku dalam setiap penjuru jiwa, dan segala nada nada yang merdu tidak akan dapat menzahirkan segala cinta dan kasih pada Nya. 

Mungkin kerana itu kita hamba dan bukan penguasa.

Segala warna-warna pelangi, yang terhidang, tidak akan mampu menjadi tanda cinta untuk Nya, biarpun dikumpul dan di luah dalam lukisan paling indah, tidak akan mampu melebihkan segala rasa sayang dan kasih pada Nya. Yang rasa itu akhirnya menjadi suatu telahan sombong dan riak, seolah sebuah cinta yang tak berbalas dan sebuah pengabdian yang terasing.

Dan.

Sesempurna manapun mimpi, tidak akan mampu menjadi asbab untuk sebuah realiti yang palsu. Menjadi penyeri untuk suatu hidup yang jiwa jiwa dalam kekosongan. Untuk jiwa-jiwa yang tersesat. Sederet mimpi yang terhidang, bukan untuk kita. Sederet mimpi yang terhidang, tidak sesempurna mana.




Sunday, May 23, 2021

Langit indah yang bermimpi

Langit indah yang bermimpi dunia tanpa tangisan. Dunia tanpa peperangan yang panjang. Dunia yang tiada lagi mengenal peperangan. Langit indah yang bermimpi yang merindu akan satu jiwa yang benar-benar merdeka. Dan bukan dunia yang kejam. 

Langit indah yang bermimpi, pelik, tiga ratus jiwa jiwa muda menuntut janji janji untuk mereka. Syurga yang dijanji beratus tahun lamanya. Setelah hidup menderita di neraka dunia.

Wahai anak kecil, barangkali apa adu mu pada Tuhan.



Friday, May 21, 2021

Mengenal Laila

Mungkin kita kenal terlalu seketika dalam kancah dunia yang mendebar. Di tengah tengah kota Parsi lama ditepi puing puing Al Hamra. Berlari bersama bunyi dan memandang bersama sama segaris cahaya suria, disaat semua masih aman dan dunia masih indah.

Mendung awan yang berlalu di masa itu tidak semendung awan masa ini. Memang aku menyaksikan kecantikan dan keindahan mu ditengah tengah kota Parsi, ketika segala rasa dan cinta padamu, memutik. 

Kota Al Hamra menjadi saksi bagaimana sebuah keagungan jiwa dan cinta menjadi rasa.



Sunday, May 16, 2021

Sebaris Pelangi

Tuhan sebaris pelangi yang Kau janjikan, mana.

Tuhan, segulung awan putih yang Kau janjikan, mana.

Dimana secalit cahaya yang dijanjikan dalam kalam terindah, disebut sejuta kali, mana.

Tuhan antara dua, dan antara satu, mana.

Terpuruk lagi di ceruk ceruk dinding jiwa yang gelap gelita dalam sudut-sudut yang kecil, mana.

Tuhan salahkah aku yang bertanya. Dalam segenap derita dan gelita yang dirasa, kosong mengharap jiwa ini menjiwa menjadi sesuatu. Salahkah aku Tuhan yang senantiasa ingin kembali menagih usia. Dalam sepi sepi umur yang panjang ini, yang telah habis dirundung derita. 

Salahkah aku yang bertanya. Tuhan salahkah aku yang bertanya.



Monday, May 3, 2021

Stanza sang malaikat

Hari esok yang akan mendatang tidak lagi seperti hari hari yang berlalu, dalam dakapan yang hangat dan berselindung. Di hari itu akan ada malaikat datang menyelamat jiwa jiwa yang sunyi dan kosong, dari segala harapan, hidup untuk hari itu dan bukan hari hari yang telah berlalu.

dan malaikat itu berpuisi stanza duka.

Kau manusia cuma suka berharap hingga lupa untuk BERUSAHA. Selalu menuduh sang bulan kerana kurang cerahnya hingga lupa melihat bintang yang bercahaya. Dalam kekalutan, lupa untuk menghargai. Dan dalam ketenangan, lupa untuk berjuang.

Saturday, May 1, 2021

Buluh dan pelangi

Hidup memerlukan pengorbanan dan dalam pengorbanan memerlukan keikhlasan yang terselit kecil dicelah-celah perit kehidupan. Sepertimana pelangi nan indah, muncul dikala hujan berlalu dengan tibanya mentari yang hangat. Setiap pengorbanan akan membuahkan nikmat kejayaan.

Kau melalui satu fasa kehidupan, yang fasa itu terlalu panjang, hingga kau lupa betapa indahnya berada diatas garis garis kebahagiaan. Perjuangan yang belum tamat ini memerlukan engkau kuat dan berjasa, dalam rumpun rumpun buluh, yang tegaknya karena udara. Belajarlah dari rumpun buluh yang tegaknya bersama, lurus dan tinggi nya berperingkat, kerana itulah yang menguatkan.

Jadilah berguna seperti buluh.



Saturday, April 24, 2021

Menunggu hujan

Jangan kau menunggu aku dibawah hujan takkala aku sedang basah dan mentari masih belum tentu akan tiba. Jangan kau menanti aku dibawah mentari terik, sedang basah peluh meniti dibibir kudrat. Jangan kau melihat aku, sedang terbaring kaku, menunggu suasana damai. Kau tahu aku bukan mampu membiarkan kau begitu.

Jangan kau mendengar cerita cerita omong. Tentang indahnya hidup tanpa cita cita. Disaat kau membunuh minda yang usang, dalam peluh penuh kudrat. Kau bebas. Dan kau tahu disana impian kita bersatu. Lembut dan damai.



Wednesday, April 21, 2021

mimpi yang terperangkap

Berlalu seketika dalam medan garis masa yang terlalu luas. Mata terpejam dan minda meronta. Mencari cahaya yang terang. Dalam gelap kita terperangkap dalam ruang masa. asyik kita menghirup nafas hingga lupa dimana ada. dalam perjalanan yang singkat ini.

kitakah itu yang terperangkap dalam mimpi mimpi manusia atau sebenarnya mimpi mimpi kita yang terperangkap. Dijerut dan dibungkus oleh sesuatu. Yang kita tanpa pasti menuduh.

dan kita berlari mengejar masa dalam jerutan itu. Melangkah berat mencari arah tanpa sedikit pun tahu keinginan. apatah lagi keimanan. Dan jerutan itu semakin menjerat hingga nafas kita menjadi sempit. Hidup kita menjadi perit. Namun kita terus melangkah hingga penamat.

Lubuk masa itu terlalu dalam. menjerat jiwa jiwa yang lapar akan sesuatu impian. Dan disitu makhluk makhluk ganas mengesa jiwa jiwa hanyut menjadi mangsa. Dalam tak rela, kita lemah menjadi titis titis syurga. Nah itu kah kita. 



Tuesday, April 20, 2021

Langit Pagi

Langit pagi yang terang mencari aku dihujung cerita, biar tersenyum seketika mencari anugerah. hidup dan gugup. yang terpendam jauh.

Langit pagi yang terang menanti aku dihujung pelangi. menjanjikan segulung awan putih menjadi sedikit impian yang nyata. biar pun masih mampu tersenyum dalam perit perit ungu jingga dan hijau. Masih mampu.

Demi langit pagi yang benderang yang dihujung sana terletak semua impian.



Friday, April 9, 2021

awan yang tersepi

 


mungkin dulu kita hanyut.

mungkin dulu kita fikir kita bisa terbang jauh, meninggalkan masa lalu yang kelam. menuju masa depan yang lebih indah dan cerah dengan mentari jingga di balik awan, disitu kita berlari di padang luas, gembira tersenyum riang ketawa. desir desir angin mungkin aman melihat kita di saat itu yang kita juga turut merasa, bahagia, bilamana berdua, terus berdua. mungkin dulu kita fikir kita bisa terbang.

mungkin dulu kita fikir kita bisa hanyut dalam sungai hidup, arus yang kejam dan membundar hidup, lalu kita cuba, menghadapi lumrah, dan tewas kita dalam jasa ibunda. leluhur kita sepi dalam menelaah jiwa jiwa yang ada, dan kita, kita cuai dalam melihat arus deras yang membawa, kita lemas dan tenggelam jauh ke biara, abadi kita abadi.

lihat ditepi suasana mu, siapa yang ada. bukan aku. bukan impian kita.

dan aku, ditemani impian tinggi. untuk hidup yang lebih baik.

malam ini aku akan terbang lagi. dibawa impian yang tinggi itu.

impian yang kau tinggalkan sepi.

9 April 2021

berbondong bondong mengejar ilusi

kita masih tersepit dalam dunia asing yang jauh dari realiti. Kita masih terus mengejar dunia biru yang jauh dari nyata dan hanyut dalam peluh peluh keringat bangsa yang menagih simpati dari penguasa, yang hidup dibondong bondong belikat hamba. Kita masih dihasut pemikiran lama yang bila mana acuan menjadi arca. kita masih lupa. siapa kita.

lembut segala bicara yang terungkap diangkat menjadi petir petir indah. menjadi lelangit yang tinggi, tak terjangka minda manusia. hidup dan pengharapan yang lemah dalam ruang lingkup redup, dari madah madah yang indah itu. kita masih menuntun basikal tua, itu, yang mana kita bersama membelai impian lama, dalam kumit kumit senggeta. hanyut dan terhanyut. kita masih kita.

walau hidup sejuta lagi masa, kita masih kita terus menerus mengejar ilusi, bangsa yang aman, hidup dalam lingkaran yang tulus. bangsa yang aman ini, hidup dalam ruang yang tersesar dikeping keping bunga, yang tersalut indah. dalam ruang masa berbeda.

disana kau menanti aku. dibalik awan. keran ada lagi sekelumit cinta.



Saturday, March 20, 2021

Ilusi Korupsi

Kita mungkin selalu sangat dihadap dengan harapan yang seringkali membawa sejuta impian menggunung di hadapan. Gunung-gunung yang tinggi malah bisa menjadi pulau pulau indah, mimpi yang tak terungkap. Namun akan ada masanya mimpi mimpi tidak secantik itu, malah akan menjadi debu debu berterbangan. Menjadi sampah dan terbiar. Tapi, menjadi manusia yang bermimpi dan berimpian tidak pernah salah, menjadi syarat hidup untuk berimpian dan menggapai nya.

Perjuangan.

Menundukkan sebuah impian bukan mudah, malah mungkin harus dibayar dengan sejuta umur dan kudrat. Namun untuk berimpian dan mempunyai harapan sesuatu yang indah, malah menjadi asbab untuk kita terus bangkit dari jatuh, dari lembah, untuk berjaya. Bukan menjadi sang lemah yang menggondong sejuta alasan.

Ilusi.

Duduk bangun sebuah ilusi bergantung kepada pembawaan kita. Memelihara sebuah ilusi menjadi realiti sesuatu yang janggal. Dan mempertahan sebuah ilusi dari jatuh lagi memenatkan. Jangan benarkan ilusi menjadi korup dengan suara suara. Nyaring tapi kosong. Terus berjalan dan tiba masa kau akan berlari. Hingga penamat.