apabila aku mula menceburkan diri dalam bloging aku tak pernah menjangkakan bahawa blog akan menjadi seperti DIARI atau travelog seperti blog blog yang sedia ada. Dan bukan juga seperti sebuah blog politikus yang mencaci manusia dan menuduh itu ini walhal kita sendiri pun belum sempurna. Apa yang aku tuliskan kebanyakan nya adalah pemikiran yang juga tindak balas yang ringkas yang mana aku rasa perlu dihebahkan ke dunia maya. Walau pada hakikat nya maklumat itu tidak sampai dan tersangkut.
Aku sangat mengagumi ketokohan dan hasil kerja tangan Tun Mahathir yang kebanyakannya bukan menuduh tapi mencari penyelesaian dan dalam masa yang sama memberi penerangan yang jelas tentang sesuatu isu. Untuk menulis sebuah pemikiran yang serupa dengan pejuang negara itu sangat jauh dari aku. Beliau menulis dalam konteks yang lebih besar dan benar dan aku menulis dari konteks yang lebih kecil dan ruang pemikiran yang kebih sempit. kebanyakan yang diluahkan di blog adalah kenangan silam yang mana seringkali datang dan menjemput.
Memasuki dunia blog bukan senang malah bukan sukar. Aku memulakan idea untuk berblog pada tahun 2008 apabila aku mula mula melangkah ke peringkat ijazah. Pada masa itu, tujuan aku hanya satu, supaya blog ini menjadi tatapan orang orang dan mereka yang terkemudian. Aku percaya pemikiran manusia itu dilahirkan sebagai hebat, perbezaan yang ada membuat kita unik dan dengan alasan yang diperoleh menjadikan setiap pemikiran kita berguna. Oleh itu, tanpa menyediakan satu platform dan landasan supaya idea idea itu bercambah, akan membuat pemikiran menjadi beku dan kosong. Dan lama kelamaan akan mati.
Dalam etika penulisan, tatabahasa yang bagus perlu tapi bukan wajib kerana bahasa itu dicipta oleh manusia. Dan kalau dibandingkan dengan bahasa kita dengan bahasa bangsa lain, kita masih jauh. Oleh itu, aku percaya penyampaian maklumat yang lebih ringkas amat perlu supaya pembaca tidak merasa kusut dan sesat. Ada lima blog yang sempat aku buat, yang pertama sekali adalah blog peribadi iaitu www.nak088.blogspot.com yang telah ditukar kepada blog ini. Yang kedua blog persatuan yang kemudian nya menjadi blog peribadi untuk presiden persatuan kelab pengakap laut www.odysseyrovers.blogspot.com, yang ketiga blog umionline untuk perniagaan yang mana hanya sekerat jalan, yang keempat blog untuk bidang aku www.environmentalmalaysia.blogspot.com iaitu yang paling baharu dan yang terakhir blog aku dan dia.
Untuk berblog, kunci utama yang perlu ada adalah masa. Banyak blog blog yang hebat kebanyakan nya kerana penulis mempunyai banyak masa terluang dan punyai pemikiran kritis. dan masa adalah kelemahan aku. Nasihat aku, guna masa dengan sebaiknya.
Aku dah lama tak buka blog almost 3 bulan akibat sibuk dengan pengajian dan kini aku terasa betapa azabnya bila sungai pemikiran tersekat.Aku terkejut bila aku dapat tahu blog satu lagi dapat 14k pageviews dan aku macam, what !! aku tak tahu apa dan kenapa sampai 14k pageview padahal blog itu bukan blog hebat.
Ringkasnya, aku kepilkan beberapa tips untuk mereka yang mahu mulakan idea berblog, baca dan cuba fahami benda yang aku sampaikan
1-Tulis blog tentang apa yang anda minat dan lakukan sehari hari but jangan jumudkan pemikiran anda dengan tulisan yang simple simple seperti, hari ini saya sakit perut, please dont sebab pembaca mahukan sesuatu ilmu bukan nya nak menyelami pahit pedih hidup anda.
2-Keep on writing even ada kekangan masa sebab kalau anda stop bloging thats mean pembaca menganggap anda sudah mati and mereka akan cari blog lain.Kalau boleh make sure ada hari hari tertentu yang anda akan menulis dan berjanji dengan pembaca bahawa every saturday mereka akan membaca sesuatu yang baru.
3-Menulislah dengan berhemah and dont write something yang akan membuat orang terasa secara direct. If anda rasakan itu perlu, tulis secara berhemah dan bertanggungjawab dan berlapiklah.
4-Blogging boleh manghasilkan pendapatan tapi jangan anda sempitkan pemikiran anda dengan menganggap anda menulis untuk duit.
Itu sahaja yang boleh dikongsikan buat masa ini. terima kasih.
before i end up, just nak throw back penulisan lama yang aku rasa amat berguna dan bermanafaat.
April 2012
diari 12:19 pm
aku
terfikir apa yang membezakan kita diantara orang yang berjaya dan orang
yang gagal. sebenarnya kejayaan bagi seseorang itu bergantung pada
nilai dalam dirinya sendiri. apa yang menguatkan nilai itulah yang
menentukan tahap kejayaan seseorang. Selagi maha manapun nilai dalam
diri seseorang itu, selagi itupun kejayaan akan ditemui olehnya.
Keduanya, adalah usaha oleh seseorang itu. usaha memainkan peranan yang
cukup besar dalam kehidupan. sekuat mana nilai yang dia perolehi dari
kehidupan, ia tidak membuahkan apa-apa selagi dia tidak berusaha untuk
mendapatkan kejayaan. ramai orang yang menganggap bahawa rezeki manusia
itu telah ditentukan oleh yang Maha Kuasa, namun apakah kita mampu
mendapat sebiji buah jika tidak berusaha untuk memanjat pokok. Mungkin
akan ada buah yang jatuh, tapi ia tidak sebagus yang dipetik.
jika
kehidupan setiap dari kita berbeza, dan nilai setiap biji buku itu juga
turut berbeza apakah nilai yang seharusnya dikejar oleh seseorang agar
harga bagi sebuah bukunya melepasi harga pasaran semasa. yang jelas
sekali adalah dengan meletakkan nilai bagi sesebuah buku itu lebih
berharga dari yang lain-lain. jika sebuah buku itu menerangkan tentang
cara-cara membuat sehelai langsir, cubalah terbitkan buku yang
membincangkan tentang cara-cara membuat sebiji mesin membuat langsir,
nescaya ia lagi berharga dari buku yang lain-lain. itulah nilainya
sebuah usaha, iaitu dengan mencuba sesuatu yang berbeza dari yang
lain-lain, barulah segala usaha itu akan dipandang oleh masyarakat.
kerana secara fitrahnya manusia mahukan sesuatu yang berbeza dan lain
dari yang sebelumnya.
kebanyakan
dari kita akan tetap berusaha untuk menjadi yang berbeda dari yang
sebelumnya, maka akan terjadilah persaingan. sama ada ia persaingan
sihat ataupun tidak, ia masih tetap persaingan. maka bagaimana untuk
terus releven dalam sesebuah persaingan dan supaya kita tidak tertewas.
jauh dari setiap benak hati setiap dari kita mahukan kejayaan, tidak
kira dari segi apa pun yang kita lakukan. tapi bagaimana? iaitu dengan
memerhati sekeliling dan mengikuti jejak mereka yang telah berjaya.
contohi mereka dan segala jalan yang terbaik, ikut mereka. cari mereka
dan jadikan mereka itu sebagai panduan. jika kita tidak mampu menjadi
seperti mereka, sekurang kurangnya kita telah menjadi pengikut mereka.
mengapa
ramai yang gagal dalam hidup mereka. kerana mereka itu sendiri yang
mentakrifkan diri mereka itu gagal. Ada jugak diantara kita yang tidak
sanggup menghadapi sesebuah kejayaan, kerana mereka tidak mahu
meletakkan sebarang risiko dalam hidup mereka dan akhirnya mereka akan
tetap berada dikelompok yang sama sepanjang hayat mereka. Persoalan
seperti apa akan terjadi sekiranya aku berjaya? apakah masyarakat akan
membenci aku, adakah segala keburukan aku akan dibentang pada dunia,
bagaimana jika aku akan menambah kan musuh berbanding sahabat..ketaraan
itulah yang membedakan antara yang berjaya dan gagal. untuk berjaya,
rebutlah peluang yang terbentang dihadapan anda. jangan kerana takut
akan seribu andaian yang masih belum pasti. anda menjadi takut untuk
menerima risiko.keduanya adalah kejayaan itu adalah berkaitan hanya
tentang masa. orang yang selalu berjaya, adalah kerana masa yang mereka
gunakan sangat efektif dan berguna. Kejayaan itu pasti akan menemui
mereka yang selalu berusaha ke arah sesuatu, cuma yang membedakan kita
hanya dari segi masa.
jika anda tidak mahu berusaha, istihar kan diri anda telah mati.