Ketika orang lain sedang mencari cari budaya untuk menjadi rujukan anak muda, kita sudah pun menjadi sebahagian dari budaya kita. Kita punya satu bangsa yang menjadi budaya sebagai satu cara hidup. Bukan terperangkap dalam budaya asing yang sentiasa menongkah arus kehidupan. Seperti yang diperkatakan oleh seniman agung P Ramlee, jika budaya melayu tidak diterapkan ke dalam jiwa anak muda, nescaya budaya asing akan mengisi kekosongan itu. Kata-kata ini diungkapkan berpuluh tahun dahulu sebelum bangsa kita dihinggap budaya Kpop dan budaya kuning. Mungkin kita lupa yang budaya itu yang menjadikan melayu seorang melayu. Tapi mereka mereka ini tidak mahu lagi menjadi melayu, maka mereka menjauh dan hilang.
Jika filem filem kita dipenuhi kisah cinta dan dunia, lambat laun budaya ini lah yang akan menjadi cara hidup orang kita. Mana filem filem yang menaikkan budaya kita sendiri, kita tak perlukan budaya asing untuk membangunkan industri filem kita, cuma perlukan pembangunan budaya sendiri dengan garapan yang hebat dan tulus. Namun ketulusan itu sangat jauh. Kita punya budaya yang cukup hebat, dikir barat, wau bulan, wayang kulit, tapi filem itu tidak banyak diketengahkan. Kerana itu kita semakin sesat dan budaya kita terbiar. Dan lambat laun orang kita akan menjadi kebingungan sendiri.
ketika kecil lagi, kita orang kelantan didedahkan dengan cara membuat wau bulan, cara bermain congkak dan banyak lagi budaya lain. Tapi sekarang yang tinggal hanya cara hidup yang jelas berbeza di bandar. Orang kita tidak lagi tahu apa itu budaya, apa itu wayang kulit dan menusuk. Kekadang aku terfikir bagaimana dengan kehidupan anak anak kita masa hadapan kalau budaya melayu ini kita tidak terapkan dari awal.Kemana akan hilangnya budaya kita yang indah ini jika kita sendiri tidak memartabatkannya. Kerana itu pemimpin negara perlu peka tentang perkara ini dan bukan hanya mengejar kemodenan semata mata.
Kita mungkin sudah 57 tahun merdeka, setiap tahun kita menyambut kemerdekaan, tapi sebenarnya nilai kemerdekaan kita semakin lama semakin hilang. Semangat patriotik kita semakin hilang. Nama kita semakin pudar dan warna kita malap. Dari tahun ke tahun, biru negara kita semakin menjadi jingga. Dan anak muda menjadi mangsa.
Kita mungkin sudah 57 tahun merdeka, setiap tahun kita menyambut kemerdekaan, tapi sebenarnya nilai kemerdekaan kita semakin lama semakin hilang. Semangat patriotik kita semakin hilang. Nama kita semakin pudar dan warna kita malap. Dari tahun ke tahun, biru negara kita semakin menjadi jingga. Dan anak muda menjadi mangsa.
Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia.