Pernah tidak anda merasa bahawa apa yang anda buat di satu saat itu, anda rasakan bahawa anda pernah membayangkan nya sebelum ini. membayangkan bahawa anda akan buat perkara itu. aku pernah merasa itu, si saat ini. pabila terbaca sesuatu di web, berborak dengan kawan-kawan dikampung, dan apabila tiba satu saat, anda merasakan bahawa anda pernah terfikir untuk membuat perkara yang sama.berkongsi ayat dan kelakuan yang sama. pelik kan hidup ini, tapi itulah kehidupan.
Pernah tidak anda tidur hanya sesaat. kalau tidak,aku pernah merasakannya. cuba bayangkan bila di lewat malam, anda merasakan mengntuk sangat, anda terlelap, kemudian bila anda buka mata balik, mentari sudah keluar di ufuk bumi. anda merasakan bahawa masa yang berlalu pada malam itu cukup pantas sahaja, bagaikan malam bertukar siang hanya dalam masa 1 saat dan satu kerlipan mata. anda merasakan bahawa hanya baru sekejap td anda lelaplkan mata, ajaibkan.tapi itu yang berlaku pada aku dahulu.
Pernah kah anda mengalami sesuatu yang ajaib dalam hidup anda, pernah kah anda dimakbulkan permintaan anda dalam satu masa yang sama. aku pernah merasakan itu. pernah satu ketika sedang aku keluar bertabligh ke serata terengganu. di sebuah surau, cuaca pada ketika itu amat panas sekali, tiba-tiba di hatiku terlintas untuk meminum air karbonat, dengan satu kuasa tiba-tiba seorang kawan menunjukkan air tersebut pada ku. ajaibkan. namun itu belum habis lagi, sedang meminum air hati aku terlintas di hati ingin makan roti tempayan di kedai hadapan. yang ajaibnya, amil mengajak kami berjalan-jalan, dan selepas itu kami belanja roti tempayan. ajaibkan.
Adakah anda punyai tanda lahir di belakang anda. aku ada. tiada siapa yang tahu bagaimana tanda tersebut boleh ada dibelakangku, bagaimana tanda itu boleh tiba-tiba muncul juga tidak diketahui. dan kalau nak tahu tanda tersebut adalah huruf A yang merupakan awalan bagi namaku. ajaibkan. namun itu belum cukup ajaib. yang lebih ajaib adalah apabila aku menang cabaran explorace di Terengganu, menang tempat pertama. dan memdapat 3 cabutan terbaik.antara terbanyak berbanding kumpulan lain. yang ajaibnya nombor giliran ku adalah A 001. Ajaibkan huruf A bagi aku. Mungkin ia huruf bertuah bagi aku, namun siapa yang tahu, kecuali aku.
sekian :)
see u soon!! Thanx