Thursday, October 28, 2010

post ini menjengkelkan. harap maaf :)

i donno why im always remember of her
i donno why when i listen to love song, i remember of her
i donno why when i love her, the thing were never be as perfect as i want
i donno why when i trying to be good, i lost
i donno why when my eye see her, im wanna kiss and hug her.
i donno why when i wanna find somebody else, i turn to her again and again.
i donno why my love for her is so strong even i cannot forget her
i donno why i should be so sturborn like this way even i hate to be true.
i donno why when we break up, i still remember her.............

DAMN me...........................

Tuesday, October 26, 2010

jgn baca kalau x suka :)

pelik kan bilamana kita meneruskan sebuah hubungan yang jauh terkedepan. biarpun hubungan itu terus terusan menyiksa jiwa dan perasaan setiap jasad. bagaimana kita hendak memastikan sebuah hubungan itu sentiasa dalam posisi menang-menang dan bahagia. bagaimana sebuah hubungan yang tercipta itu akan sentiasa menjajnjikan kebahagiaan yang berpanjangan biarpun usia semakin larut. bagaimana kita hendak mengakhirkan hubungan yang silap itu dengan sebuah senyuman dan menyembunyikan tangis dalam hati sendiri.

Thursday, September 9, 2010

15 tahun yang lalu

15 tahun yang lalu cukup memberi kenangan yang tidak dapat aku lupakan buat selamanya.zaman riang-riang sewaktu jiwa masih muda cukup membuat diri ini terasa cukup bahagia dan tenteram. tanpa perlu memikirkan masalah diri, masalah negara dan dunia.yang ada hanya lah kawan-kawan kecil yang cukup setia menemani dikala hati dan jiwa sekepala.

masa kecik-kecik, adalah masa yang cukup bermakna dimana aku mengenal apa ertinya sebuah kebahagiaan yang sebenar. betapa jiwa aku bebas untuk buat apa sahaja, asalkan tidak mengganggu gugat ketenteraman masyarakat. zaman yang aku rasakan cukup singkat itu telah aku penuhi dengan bermacam-macam fiil, yang baik malahan tidak kurang juga yang teruk. semua itu kenangan.

15 tahun yang lalu,hari raya aidilfitri adalah hari yang cukup bahagia bagi aku.tiada lagi hari yang lebih bahagia berbanding hari raya. hari yang aku boleh andaikan sebagai hari yang cukup bermakna bagi aku. hari dimana kegembiraan terserlah diwajah-wajah anak miskin. aku adalah antaranya. pada setiap tahun, mak akan belikan aku baju raya baru sempena hari raya, pakaian baru,baju melayu yang baru, selipar baru dan seluar baru. semua nya baru, sehinggakan hari-hari yang mendatang, nak saja aku pakai baju melayu buat tidur.kenangan...

hari raya, mak akan buatkan kuih raya. macam-macam jenis mak akan buat. tapi yang paling aku suka adalah biskut kacang. memang kegemaran aku dari dulu sampai la sekarang. kalau sebut sahaja biskut kacang, maka akulah orang pertama yang akan menghabiskan biskut tersebut. bertuah nya hidup dizaman kanak-kanak. hari raya bermakna adalah hari mengumpul duit, bila tibanya raya,perkara pertama yang aku fikirkan adalah senarai rumah orang kampung yang akan dikunjungi dan jumlah pemberian mereka. rumah-rumah yang bagi sedikit duit aku elakkan. rumah pak su din, salah satu rumah yang bagi aku adalah kemestian bagi setiap syawal, satey-satey yang dihidang kat rumah tu memang cukup membuat jiwa aku tertarik sampaikan 2 jam lepak kat situ saja, semuanya gara-gara penangan satey. aku memang suka satey, dari dulu sampai sekarang.

Tersebut al kisah pernah terjadi sekali, entah bagaimana aku cukup bersemangat pada hari tersebut hinggakan aku pergi kerumah yang tidak pernah aku kunjungi sebelum ini. aku berjalan sejauh 4 kilometer merentasi 4 buah kampung disekitar rumah aku. Keluar pagi jawabnya petang lah baru sampai ke rumah. memang cukup meriah dulu. semua rumah-rumah yang aku kunjungi menyambut aku dengan penuh terbuka, al maklumlah rumah terbuka. Jumlah duit yang berjaya dikutip hari tu memang banyak, tak pernah lagi aku dapat sebanyak tu. 

itu semua kenangan 15 tahun dahulu, kini aku sudah 15 tahun meninggalkan tarikh itu. zaman kanak-kanak yang bagi aku cukup singkat namun bermakna itu tidak akan lagi aku lalui biarpun aku menangis darah sekalipun. zaman itu yang bagi aku zaman kegembiraan takkan mampu lagi aku tempuhi. setelah 15 tahun, kini aku sudah kearah menjadi ayah kepada anak-anak aku, aku bakal menjadi si penerima tetamu pada hari raya ini. aku akan menjadi pengganti kepada Generasi Paksu Din yang pada 15 tahun dahulu menyediakan satey buat anak-anak kecil. aku telah menjadi si pemberi duit raya, bukan lagi si penerima. itulah kenangan.

15 yang lalu telah berlalu, kini aku 15 tahun lebih mengenal dunia, akan peritnya mencari duit sendiri untuk hidup. namun semua itu bakal berulang lagi, bukan pada aku, tapi pada generasi yang telah menggantikan aku. semoga kelangsungan itu akan terus berkekalan sehingga tibanya masa aku pergi mengikut generasi yang lalu.

SELAMAT HARI RAYA. MAAF KAN SEGALA KESILAPAN DAN SALAH YANG TELAH AKU LAKUKAN SEPANJANG AKU HIDUP DIDUNIA, SEPANJANG AKU MENGENAL KAMU SEMUA. 

Wednesday, September 1, 2010

Entri for aidulfitri

assalamaualaikum salam sejahtera, di bulan yang mulia ag barakah ini. marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya kita masih mempu menempuh hari-hari pepriksaan bagi umat islam.

Hari jumaat ini, saya akan balik ke kampung halaman di kota bharu untuk menyambut hari raya bersama dengan kaum kelurga tersayang. sepertikebiasaan tahun-tahun sebelumnya.saya tidak bersedia langsung. saya hanya beraya ala kadar mengikut kemampuan. kerana bagi saya, hari raya yang sebenarnya adalah hari kegembiraan bagi umat islam, dan bagi saya kegembiraan adalah diperoleh pabila saya bersama-sama dengan keluarga tersayang.sekian sahaja entri pendek pada kali ini.

Ucapan Hari raya mamat Poyo.....




SELAMAT HARI RAYA KAWAN2
MAAF ZAHIR DAN BATIN.

sempurnakan kemerdekaan


entri ini ditulis sempena manyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke 53. Ramai dikalangan anak muda kita yang masih belum sedar tentang ertinya sebuah kemerdekaan.Aku adalah antaranya. Ini adalah sebuah lagu yang mengisahkan tentang penjajahan bentuk baru dalam era global. ramai yang menganggap bahawa kita merdeka. namun pada hakikatnya kita masih dijajah, dan akan terus dijajah. Penjajahan dalm bentuk baru ini merangkumi penjajahan nafsu, penjajahan minda dan juga penjajahan terhadap cara hidup kebaratan. Kesan yang cukup mendalam akan akhirnya memberi impak buruk kepada ketemadunan bangsa melayu. Dimana ertinya kemerdekaan pada anak muda sekarang.Dimana erti kemerdekaan pada jiwa kita, jiwa aku.


kawan cuba kau mengerti
tentang apa rasa yang dikau cari
semua kebebasan manusia
membawa diri persoalan bangsa

apa guna kita merdeka sedang kita masih dijajah
apa guna kita merdeka sedang jiwa kita masih mentah
apa guna kita merdeka sedang hati kita parah

mencari harga diri yang bisa kutemu
mencari kebebasan dalam setiap ilmu
mencari kedamaian yang lebih baik
dari masa lalu.

sempurnakah kebebasan jika jiwa kita dijajah
sempurnakan kebebasan jika minda kita mentah
sempurnakah kebebasan jika hati kita parah.

ayuh kawan. sempurnakan kemerdekaan kita
ayuh kawan. terus mencuba merdeka.

aman damai 31 ogos 2010.

Tuesday, August 31, 2010

kisah cinta Piana

bayangmu jauh kebulan
pinta hati harap dikau datang
menemani tika sepinya malam.ohh sepinya malam.

cinta.aku lakarkan pada sekeping kertas.ia menjadi lukisan
aku tuliskan pada dinding,ia menjadi kalam.
aku tiupkan pada angin, ia menjadi bayu.
aku lemparkan ke mentari, ia menjadi bayang.
aku titipkan ke jiwa, ia menjadi nyawa.
aku selitkan di hati, ia menjadi lagu.

semalam aku bertemu dgn Cinta.Wajahnya indah.Baunya harum.Matanya ayu.
Kulitnya puteh bagai pasir pantai. Lenggangnya gemersik, bak suara piana.
siangnya penuh dgn keasyikan.Malamnya penuh dgn ketenangan.
titipannya kesyahduan hati.liriknya bagai sutera silis. bagai hati yang tidak pernah terluka.
dan hatiku terus berlagu...