Thursday, September 9, 2010

15 tahun yang lalu

15 tahun yang lalu cukup memberi kenangan yang tidak dapat aku lupakan buat selamanya.zaman riang-riang sewaktu jiwa masih muda cukup membuat diri ini terasa cukup bahagia dan tenteram. tanpa perlu memikirkan masalah diri, masalah negara dan dunia.yang ada hanya lah kawan-kawan kecil yang cukup setia menemani dikala hati dan jiwa sekepala.

masa kecik-kecik, adalah masa yang cukup bermakna dimana aku mengenal apa ertinya sebuah kebahagiaan yang sebenar. betapa jiwa aku bebas untuk buat apa sahaja, asalkan tidak mengganggu gugat ketenteraman masyarakat. zaman yang aku rasakan cukup singkat itu telah aku penuhi dengan bermacam-macam fiil, yang baik malahan tidak kurang juga yang teruk. semua itu kenangan.

15 tahun yang lalu,hari raya aidilfitri adalah hari yang cukup bahagia bagi aku.tiada lagi hari yang lebih bahagia berbanding hari raya. hari yang aku boleh andaikan sebagai hari yang cukup bermakna bagi aku. hari dimana kegembiraan terserlah diwajah-wajah anak miskin. aku adalah antaranya. pada setiap tahun, mak akan belikan aku baju raya baru sempena hari raya, pakaian baru,baju melayu yang baru, selipar baru dan seluar baru. semua nya baru, sehinggakan hari-hari yang mendatang, nak saja aku pakai baju melayu buat tidur.kenangan...

hari raya, mak akan buatkan kuih raya. macam-macam jenis mak akan buat. tapi yang paling aku suka adalah biskut kacang. memang kegemaran aku dari dulu sampai la sekarang. kalau sebut sahaja biskut kacang, maka akulah orang pertama yang akan menghabiskan biskut tersebut. bertuah nya hidup dizaman kanak-kanak. hari raya bermakna adalah hari mengumpul duit, bila tibanya raya,perkara pertama yang aku fikirkan adalah senarai rumah orang kampung yang akan dikunjungi dan jumlah pemberian mereka. rumah-rumah yang bagi sedikit duit aku elakkan. rumah pak su din, salah satu rumah yang bagi aku adalah kemestian bagi setiap syawal, satey-satey yang dihidang kat rumah tu memang cukup membuat jiwa aku tertarik sampaikan 2 jam lepak kat situ saja, semuanya gara-gara penangan satey. aku memang suka satey, dari dulu sampai sekarang.

Tersebut al kisah pernah terjadi sekali, entah bagaimana aku cukup bersemangat pada hari tersebut hinggakan aku pergi kerumah yang tidak pernah aku kunjungi sebelum ini. aku berjalan sejauh 4 kilometer merentasi 4 buah kampung disekitar rumah aku. Keluar pagi jawabnya petang lah baru sampai ke rumah. memang cukup meriah dulu. semua rumah-rumah yang aku kunjungi menyambut aku dengan penuh terbuka, al maklumlah rumah terbuka. Jumlah duit yang berjaya dikutip hari tu memang banyak, tak pernah lagi aku dapat sebanyak tu. 

itu semua kenangan 15 tahun dahulu, kini aku sudah 15 tahun meninggalkan tarikh itu. zaman kanak-kanak yang bagi aku cukup singkat namun bermakna itu tidak akan lagi aku lalui biarpun aku menangis darah sekalipun. zaman itu yang bagi aku zaman kegembiraan takkan mampu lagi aku tempuhi. setelah 15 tahun, kini aku sudah kearah menjadi ayah kepada anak-anak aku, aku bakal menjadi si penerima tetamu pada hari raya ini. aku akan menjadi pengganti kepada Generasi Paksu Din yang pada 15 tahun dahulu menyediakan satey buat anak-anak kecil. aku telah menjadi si pemberi duit raya, bukan lagi si penerima. itulah kenangan.

15 yang lalu telah berlalu, kini aku 15 tahun lebih mengenal dunia, akan peritnya mencari duit sendiri untuk hidup. namun semua itu bakal berulang lagi, bukan pada aku, tapi pada generasi yang telah menggantikan aku. semoga kelangsungan itu akan terus berkekalan sehingga tibanya masa aku pergi mengikut generasi yang lalu.

SELAMAT HARI RAYA. MAAF KAN SEGALA KESILAPAN DAN SALAH YANG TELAH AKU LAKUKAN SEPANJANG AKU HIDUP DIDUNIA, SEPANJANG AKU MENGENAL KAMU SEMUA.