Wednesday, September 1, 2010

sempurnakan kemerdekaan


entri ini ditulis sempena manyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke 53. Ramai dikalangan anak muda kita yang masih belum sedar tentang ertinya sebuah kemerdekaan.Aku adalah antaranya. Ini adalah sebuah lagu yang mengisahkan tentang penjajahan bentuk baru dalam era global. ramai yang menganggap bahawa kita merdeka. namun pada hakikatnya kita masih dijajah, dan akan terus dijajah. Penjajahan dalm bentuk baru ini merangkumi penjajahan nafsu, penjajahan minda dan juga penjajahan terhadap cara hidup kebaratan. Kesan yang cukup mendalam akan akhirnya memberi impak buruk kepada ketemadunan bangsa melayu. Dimana ertinya kemerdekaan pada anak muda sekarang.Dimana erti kemerdekaan pada jiwa kita, jiwa aku.


kawan cuba kau mengerti
tentang apa rasa yang dikau cari
semua kebebasan manusia
membawa diri persoalan bangsa

apa guna kita merdeka sedang kita masih dijajah
apa guna kita merdeka sedang jiwa kita masih mentah
apa guna kita merdeka sedang hati kita parah

mencari harga diri yang bisa kutemu
mencari kebebasan dalam setiap ilmu
mencari kedamaian yang lebih baik
dari masa lalu.

sempurnakah kebebasan jika jiwa kita dijajah
sempurnakan kebebasan jika minda kita mentah
sempurnakah kebebasan jika hati kita parah.

ayuh kawan. sempurnakan kemerdekaan kita
ayuh kawan. terus mencuba merdeka.

aman damai 31 ogos 2010.