Friday, January 11, 2013

Pekan Frinjan

kebanyakan pihak pandai menggunakan jiwa muda muda ini untuk meneruskan apa yang mereka gemar, walaupun benda itu salah atau benar, bagi mereka ia tetap benar.

'berikan aku satu 10 orang pemuda yang bersemangat, akan aku goncangkan dunia'.

bagi jiwa pemuda seperti aku, kebebasan itu perlu, dan kawalan kepada kebebasan itu juga perlu memandangkan negara kita adalah negara islam, takut kalau kalau apa yang kita gelar kebebasan tidak selari dengan tuntutan agama. tapi aku hairan bagaimana satu pihak yang menolak ajaran islam, mahu mengawal kebebasan.adakah mereka mempunyai hak atau limitasi pada kawalan itu atau kawalan itu adalah satu lagi permainan peti undi.

anak anak muda ini, yang aku lihat ini sedang mencari cari apa yang dipanggil sebagai jati diri.masih mencari cari sebuah tunjang yang bila mana dipegang, boleh diharap.




aku mungkin masih cetek dengan kehidupan.dengan apa yang dipanggil keseronokan atau kebebasan.setiap manusia mempunyai jalan hidup mereka tersendiri dan setiap mereka mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan jiwa masing masing.

bukan kau aku dia dan mereka saja, tapi semua.

Pekan frinjan satu lagi medium untuk anak muda meluahkan apa yang mereka rasa, melalui lagu, sajak, pentomin dan teater.ia sebuah jalan yang tidak kurang hebatnya.tapi kebebasan yang terlalu kuat dibimbangi boleh menghanyutkan.

syabas !!

Thursday, January 10, 2013

melayu pewaris negara

kelihatan dua tiga pelajar sekolah menghisap rokok dunhill.enak katanya sambil menyarung pakaian sekolah.
'melayu pewaris negara' kata seorang non malay berseloroh di depan aku.nada nya bunyi mengejek.
segan.aku tunduk.kalau sudah di katakan melayu, baik buruk ditanggung oleh semua.jika buruk, maka buruk lah seluruhnya.
aku lihat mereka hanya seperti lelalang yang lentok nya sentiasa mengikut arah angin.kalau inilah pewaris bangsa, 'takkan melayu hilang didunia' hanya satu lagi ejekan pada kita.




sejujurnya aku bukan mahu mengatakan bahawa bukan melayu itu apabila melihat melayu yang teruk akan menganggap seluruh melayu teruk tapi memang bagi orang melayu seperti kita, itu yang kita fikirkan. katanya kita mengatakan bahawa anak muda sekarang adalah merupakan pewaris bangsa dan negara, tapi walhal kita seolah olah tidak mahu perkara sedemikian berlaku, kita mendesak jiwa anak muda ini dari mengikut perubahan dalam diri mereka.bukan yang buruk tapi yang baik.





bukan aku mahu mengatakan aku baik dan terlalu baik tapi bagi manusia yang seperti aku, marhain seperti aku yang lahirnya dikalangan keluarga yang susah, aku sedih melihat kemusnahan anak muda sekarang.


melihat bangsa lain yang terus menerus mengejar cita cita, mahu menjadi director, mahu menjadi doktor, mahu menguasai sejuta bahasa dan ilmu yang dikurniakan oleh Allah, bangsa melayu yang muda dan bersekolah masih hanyut dengan budaya luar.budaya yang terus diagung agungkan oleh pemerintah.


katanya semalam kiamat

katanya semalam kiamat
gerombolan gerombolan pentafsir menulis segala hasil mahsul bumi membuak
mengurnia sejuta khazanah untuk manusia
tapi katanya semalam kiamat

katanya semalam kiamat
kota kota pencakar langit akan meruntuh ke bumi menyembah tanah
piana piana di laut akan bergolodak membuih sisa sisa terperam
sejuta tahun.
tapi katanya semalam kiamat.

katanya semalam kiamat
maka bertempiaranlah manusia manusia mencari tempat berteduh
dari segala hujan meteor katanya.
yang ekornya bercahaya badannya berkelip sinar sepuluh.
tapi katanya semalam kiamat.


katakan semalam kiamat
akan runtuhlah kerajaan langit berpina
berderailah puak puak yang kononnya berwuduk air kaki
berminumkan ludah ludah manusia pembohong.
katanya semalam kiamat.

katanya semalam kiamat
akan bersatulah puak puak hitam dan putih membentuk warna sejagat
yang kononnya mempertahan sulit sulit suatu perkara
rahsia yang telah lama tersimpan kejap.

katanya semalam kiamat
lelalang yang dahulunya mengikut alunan dunia
kekadang ke timur, kekadang ke barat, kini berdiri tegap
menunduk ke bumi mencari akar dan akal.
pesongannya bukan dikit tapi luas
tarian kuda yang membelah budaya, psykologi katanya.yang kulihat hanya keji.

lihat bangsa aku ini, kecil kecil sudah mengendong masalah.
terpulas dalam pelukan budaya memperkecil agamawan.
musnah dalam kekalutan duniawi.mahu menjadi penyanyi katanya.



Tuesday, December 18, 2012

personaliti

apabila bersendiri aku mahu merasa betapa seronoknya berdua.apabila berdua aku mahu merasa betapa seronoknya bersendiri.sifat yang tidak pernah puas.

seronok aku berborak dengan seorang abang pemandu bas dari kampung aku sewaktu pulang dari kota raya.katanya manusia yang kaya raya itu semuanya menggunakan kepala untuk bekerja manakala orang yang miskin itu bekerja dengan tulang empat kerat.dia mengambil contoh sang perompak, sang pemimpin negara dan banyak lagi. saat itu aku tersedar, ade benarnya apa yang diperkatakan oleh beliau.

manusia seperti kita selalu terlupa yang apa yang datang dan pergi dari kita adalah semua ketentuan Nya untuk menjadikan kita lebih kuat dan lebih hebat dari semalam.aku pun sama.walaupun aku sedar bahawa aku memang selalu tertewas dengan keinginan. usaha yang selama ini tidak berhasil dan hancur, aku cuba rungkaikan.dan benar aku gagal bukan kerana aku malas, tetapi aku silap.perjalanan yang aku tempuh telah tersilap dari awal lagi.apa yang aku mahu, aku kaburkan.apa yang aku inginkan, aku biar.kerana aku tidak yakin dengan apa yang aku buat.untuk peraturan kejayaan yang pertama, kita kena yakin dengan apa yang kita lakukan.

membuat sesuatu itu bukan semudah memusnah.dan menilai sesuatu dari luaran bukan bermakna kita memilih.tapi kadang kadang, manusia juga harus memandang sesuatu itu dari luaran dan personaliti mereka, tapi bukan lah keutamaan, ini kerana personaliti melambangkan bagaimanakah hati si pemilik badan.

Tuesday, December 11, 2012

Kerana Kita Marhaen

Aku baru sedar yang setiap dari kita melalui kehidupan yang sama.Melalui perjalanan kehidupan di jalan yang sama.Kau aku dia mereka kamu, semuanya mengikut rentak kehidupan yang sama.Ketika kecil, kita dididik untuk sentiasa menghormati orang tua, membuat yang terbaik dan belajar bersungguh sungguh.aku percaya semua melaluinya.apabila di sekolah menengah, kita dididik supaya belajar dengan rajin, lupakan tentang cinta dan gapai cita cita.sehinggalah hari kita menjejak kaki ke universiti, dimasa itu aku percaya mereka yang gagal akan terperuk dirumah manakala yang berjaya, seperti aku, akan masuk ke kampus dan menempuh kehidupan yang jauh berbeda.

5 tahun dahulu, aku percaya bahawa kehidupan kita dibezakan oleh langkah yang kita tempuh disaat tamat sekolah.kemana hala kita sangat berbeza, dan kejayaan akan ditentukan oleh spm semata mata.tanpa aku fikir, bahawa USAHA adalah penentu kejayaan yang sebenar.aku lalai.dan aku terus menganggap kawan kawan yang gagal spm tidak akan mampu bersaing dengan kehidupan.dan kini aku sedar, aku silap.

Sebenarnya, SPM itu hanyalah sebahagian daripada jalan yang biasa dilalui oleh manusia Marhaen.tiada kata putus yang mengatakan bahawa jika anda gagal SPM anda akan gagal hidup untuk selamanya.seolah olah tiada peluang kedua.sebenarnya masa itu aku silap.aku silap besar.Dan orang yang berjaya dalam spm masih belum tentu lagi akan berjaya untuk seluruh kehidupannya, orang yang menyambung pelajaran ke luar negara masih belum menjamin yang mereka akan berjaya dalam hidup.apa yang kita tempuh, adalah sebenarnya kebiasaan bagi manusia seperti kita.kerana kita adalah Marhein.Golongan mereka yang terperangkap dengan cita cita yang ditanam oleh guru guru, mereka mereka yang terkejar kejar dengan dunia dan terlupa bahawa ini semua adalah kebiasaan.Dan kita lupa, kejayaan dalam apa apa jua tidak menjamin apa apa.Tiada jaminan yang esok kita akan hidup lagi, tiada jaminan untuk esok kita tidak akan derita, tiada jaminan untuk esok kita tenang.Kerana kita hanya seperti salji, turunnya tanpa diduga, perginya tanpa dijangka.

Kerana kita Marhein, buku buku kita disusun di meja meja sekolah, fail fail berkenaan kita ditimbun di bilik stor.kerana kehidupan kita dituliskan dibuku buku dan diterjemahkan dengan interpritasi diri kita.senang bicara, buku buku itu adalah manual kita, bagaimana kita dibentuk dan dididik.Kerana itu, manusia yang paling bijak bagi aku adalah manusia yang banyak ilmunya, banyak bukunya.

USAHA

aku mahu membicarakan sedikit berkenaan usaha.bukan senang.tapi aku cuba.dulu aku ingat bahawa kehidupan kita ini ditentukan oleh kita sendiri, tapi aku semakin silap.sebenarnya kehidupan kita dipengaruhi oleh orang disekeliling kita, siapa mereka, apa mereka lakukan dan tahap pengaruh mereka terhadap kita. Ibu aku selalu berpesan supaya tetap menjaga pergaulan, lihat aku bergaul dengan siapa.Dan aku mengaku kadang kadang berlaku selisih faham, kerana beza pemikiran.Ibu aku seorang yang suka berfikir, sama seperti aku.Biarpun sekecil mana benda itu berlaku, dia akan berfikir dari mula sampai ke akhir.Akan aku kupas di lain masa.

Aku ada seorang kawan, dia adalah merupakan salah seorang yang aku selalu juga bergaul dimasa sekolah, dan apabila masing masing meningkat besar, kami bawa haluan sendiri.Beza aku dan dia adalah Dia gagal dalam SPM dan aku berjaya, tidaklah terlalu berjaya.Aku ditakdirkan untuk melanjutkan pelajaran di matrik gopeng dan masa itu matrik adalah pilihan terbaik selain tawaran ke universiti.Dan dia gagal dan berada di kampung.kemudian kami terputus hubungan.Dimasa tu, aku mula terfikir yang aku makin jauh meninggalkan dia, aku jauh terkehadapan.bangga menyelubungi diri.Aku terus belajar dan mengejar apa yang aku sendiri tidak pasti.

Sehinggalah aku sedar bahawa aku sebenarnya silap.Dimasa aku sedang sibuk dengan menelaah pelajaran, dia sebenarnya berUSAHA mencari pekerjaan dari satu syarikat ke satu syarikat dengan sijil nya. Hinggalah dia diterima di satu syarikat di Kuala Lumpur. Sedang aku sibuk mengejar ijazah, dia telah mngumpul duit untuk keluarga.sedang aku susah dengan kemiskinan semasa belajar, dia telah belajar untuk menggunakan gaji dengan sepenuhnya.Itu harga sebuah USAHA. Lalu aku sedar, Ijazah tidak pernah menjamin kehidupan yang lebih baik jika tidak ada usaha. Dan kejayaan seseorang itu ditentukan oleh sekuat mana usaha kita.Ingat kembali, USAHA adalah penentu kejayaan.

Anak marhaen seperti aku sentiasa dahagakan kejayaan untuk mengubah kehidupan sendiri.Dari kecil sehingalah besar.Waktu di matrik, kehidupan aku sangat lah melampau, dengan bajet seringgit sehari, tidak ramai yang mampu menempuh apa yang aku lalui.tapi kekadang aku terasa aku terlalu silap apabila aku fikir, yang bulat akan datang bergolek dan yang pipih akan datang melayang.Aku takut, sehingga satu masa nanti aku sedar, aku mungkin sudah hilang laluan.sekian.

Monday, November 26, 2012

Dahagakan sebuah pemikiran

ketika manusia tengah leka dengan segala macam habuan dunia, aku menarik nafas lega kerana aku tidak dihanyutkan oleh arus buas yang senantiasa mengintai peluang untuk masuk menyelinap ke dalam hati.cuba aku untuk terus mengistiqamahkan diri dalam buku kebaikan yang sisinya masih kabur, isinya masih muda.mudah untuk aku tuliskan apa yang aku rasa sedang jiwa yang rasa apa yang aku rasa.tidak mudah untuk mengukir senyum bilamana segala rasa yang bertiup didalam hati berbisik 'bolehkah aku meneruskan hidup tanpa digoda, tergoda dan dijerat terjerat dengan segala macam duga dan adu domba.

Kuala lumpur adalah satu nama yang sengat besar.dunia yang didalamnya terisi sejuta peluang harapan impian. Dan aku disini untuk mengejar impian seperti kalian. sejuta hati pun tidak akan mampu merasa akan nikmatnya mimpi mimpi walhal mimpi itu hanya indah di awangan, realitinya hanya kabur dan seram.Aku manusia yang dahagakan sebuah pemikiran baharu yang mampu menerobos di tengah tengah sibuk kota raya, ditengah tengah dugaan yang melampau batas iman. Aku manusia yang dahagakan sebuah pemikiran realistik buat aku menjadi saksi akan terwujudan kisah manis. dua tiga tahun.

Aku manusia yang sibuk menelaah kisah hidup manusia yang lain, sementara hidup aku mohon agar sibuk ditelaah oleh mereka.satu hari nanti. aku manusia yang didada nya tersorok sebuah mutiara yang senang tiasa digilap, dicanai agar dapat memurtiarakan peribadi. Manusia di sekeliling aku seakan sudah hanyut dalam lembah binasa, keseronokan yang melampau batas.manusia terlalu seronok dan berbangga dengan dosa dosa lama.lembah hina.


Berada disini adalah seumpama aku sedang diuji, dikisahkan, dicucur, dilembahkan dengan kelazatan dunia.dan aku cuba bertahan.bertahan demi sebuah MIMPI.cukuplah dengan segala yang sudah berlaku, cukuplah dengan segala perit dosa angkara yang telah disuap.cukuplah dengan segala janji janji palsu yang aku tuliskan di hati, kemudian aku sendiri lukakan.cukup lah dengan hati hati yang telah terluka dengan aku.

Monday, November 5, 2012

malang

malang bagi manusia yang seperti aku yang tidak tahu mengorat perempuan.tidak tahu menjaga hati perempuan.bertambah malang bagi aku yang jenis tidak tahu apa yang di ingini dalam hidup.