katanya semalam kiamat
gerombolan gerombolan pentafsir menulis segala hasil mahsul bumi membuak
mengurnia sejuta khazanah untuk manusia
tapi katanya semalam kiamat
katanya semalam kiamat
kota kota pencakar langit akan meruntuh ke bumi menyembah tanah
piana piana di laut akan bergolodak membuih sisa sisa terperam
sejuta tahun.
tapi katanya semalam kiamat.
katanya semalam kiamat
maka bertempiaranlah manusia manusia mencari tempat berteduh
dari segala hujan meteor katanya.
yang ekornya bercahaya badannya berkelip sinar sepuluh.
tapi katanya semalam kiamat.
katakan semalam kiamat
akan runtuhlah kerajaan langit berpina
berderailah puak puak yang kononnya berwuduk air kaki
berminumkan ludah ludah manusia pembohong.
katanya semalam kiamat.
katanya semalam kiamat
akan bersatulah puak puak hitam dan putih membentuk warna sejagat
yang kononnya mempertahan sulit sulit suatu perkara
rahsia yang telah lama tersimpan kejap.
katanya semalam kiamat
lelalang yang dahulunya mengikut alunan dunia
kekadang ke timur, kekadang ke barat, kini berdiri tegap
menunduk ke bumi mencari akar dan akal.
pesongannya bukan dikit tapi luas
tarian kuda yang membelah budaya, psykologi katanya.yang kulihat hanya keji.
lihat bangsa aku ini, kecil kecil sudah mengendong masalah.
terpulas dalam pelukan budaya memperkecil agamawan.
musnah dalam kekalutan duniawi.mahu menjadi penyanyi katanya.