Tuesday, December 11, 2012

Kerana Kita Marhaen

Aku baru sedar yang setiap dari kita melalui kehidupan yang sama.Melalui perjalanan kehidupan di jalan yang sama.Kau aku dia mereka kamu, semuanya mengikut rentak kehidupan yang sama.Ketika kecil, kita dididik untuk sentiasa menghormati orang tua, membuat yang terbaik dan belajar bersungguh sungguh.aku percaya semua melaluinya.apabila di sekolah menengah, kita dididik supaya belajar dengan rajin, lupakan tentang cinta dan gapai cita cita.sehinggalah hari kita menjejak kaki ke universiti, dimasa itu aku percaya mereka yang gagal akan terperuk dirumah manakala yang berjaya, seperti aku, akan masuk ke kampus dan menempuh kehidupan yang jauh berbeda.

5 tahun dahulu, aku percaya bahawa kehidupan kita dibezakan oleh langkah yang kita tempuh disaat tamat sekolah.kemana hala kita sangat berbeza, dan kejayaan akan ditentukan oleh spm semata mata.tanpa aku fikir, bahawa USAHA adalah penentu kejayaan yang sebenar.aku lalai.dan aku terus menganggap kawan kawan yang gagal spm tidak akan mampu bersaing dengan kehidupan.dan kini aku sedar, aku silap.

Sebenarnya, SPM itu hanyalah sebahagian daripada jalan yang biasa dilalui oleh manusia Marhaen.tiada kata putus yang mengatakan bahawa jika anda gagal SPM anda akan gagal hidup untuk selamanya.seolah olah tiada peluang kedua.sebenarnya masa itu aku silap.aku silap besar.Dan orang yang berjaya dalam spm masih belum tentu lagi akan berjaya untuk seluruh kehidupannya, orang yang menyambung pelajaran ke luar negara masih belum menjamin yang mereka akan berjaya dalam hidup.apa yang kita tempuh, adalah sebenarnya kebiasaan bagi manusia seperti kita.kerana kita adalah Marhein.Golongan mereka yang terperangkap dengan cita cita yang ditanam oleh guru guru, mereka mereka yang terkejar kejar dengan dunia dan terlupa bahawa ini semua adalah kebiasaan.Dan kita lupa, kejayaan dalam apa apa jua tidak menjamin apa apa.Tiada jaminan yang esok kita akan hidup lagi, tiada jaminan untuk esok kita tidak akan derita, tiada jaminan untuk esok kita tenang.Kerana kita hanya seperti salji, turunnya tanpa diduga, perginya tanpa dijangka.

Kerana kita Marhein, buku buku kita disusun di meja meja sekolah, fail fail berkenaan kita ditimbun di bilik stor.kerana kehidupan kita dituliskan dibuku buku dan diterjemahkan dengan interpritasi diri kita.senang bicara, buku buku itu adalah manual kita, bagaimana kita dibentuk dan dididik.Kerana itu, manusia yang paling bijak bagi aku adalah manusia yang banyak ilmunya, banyak bukunya.

USAHA

aku mahu membicarakan sedikit berkenaan usaha.bukan senang.tapi aku cuba.dulu aku ingat bahawa kehidupan kita ini ditentukan oleh kita sendiri, tapi aku semakin silap.sebenarnya kehidupan kita dipengaruhi oleh orang disekeliling kita, siapa mereka, apa mereka lakukan dan tahap pengaruh mereka terhadap kita. Ibu aku selalu berpesan supaya tetap menjaga pergaulan, lihat aku bergaul dengan siapa.Dan aku mengaku kadang kadang berlaku selisih faham, kerana beza pemikiran.Ibu aku seorang yang suka berfikir, sama seperti aku.Biarpun sekecil mana benda itu berlaku, dia akan berfikir dari mula sampai ke akhir.Akan aku kupas di lain masa.

Aku ada seorang kawan, dia adalah merupakan salah seorang yang aku selalu juga bergaul dimasa sekolah, dan apabila masing masing meningkat besar, kami bawa haluan sendiri.Beza aku dan dia adalah Dia gagal dalam SPM dan aku berjaya, tidaklah terlalu berjaya.Aku ditakdirkan untuk melanjutkan pelajaran di matrik gopeng dan masa itu matrik adalah pilihan terbaik selain tawaran ke universiti.Dan dia gagal dan berada di kampung.kemudian kami terputus hubungan.Dimasa tu, aku mula terfikir yang aku makin jauh meninggalkan dia, aku jauh terkehadapan.bangga menyelubungi diri.Aku terus belajar dan mengejar apa yang aku sendiri tidak pasti.

Sehinggalah aku sedar bahawa aku sebenarnya silap.Dimasa aku sedang sibuk dengan menelaah pelajaran, dia sebenarnya berUSAHA mencari pekerjaan dari satu syarikat ke satu syarikat dengan sijil nya. Hinggalah dia diterima di satu syarikat di Kuala Lumpur. Sedang aku sibuk mengejar ijazah, dia telah mngumpul duit untuk keluarga.sedang aku susah dengan kemiskinan semasa belajar, dia telah belajar untuk menggunakan gaji dengan sepenuhnya.Itu harga sebuah USAHA. Lalu aku sedar, Ijazah tidak pernah menjamin kehidupan yang lebih baik jika tidak ada usaha. Dan kejayaan seseorang itu ditentukan oleh sekuat mana usaha kita.Ingat kembali, USAHA adalah penentu kejayaan.

Anak marhaen seperti aku sentiasa dahagakan kejayaan untuk mengubah kehidupan sendiri.Dari kecil sehingalah besar.Waktu di matrik, kehidupan aku sangat lah melampau, dengan bajet seringgit sehari, tidak ramai yang mampu menempuh apa yang aku lalui.tapi kekadang aku terasa aku terlalu silap apabila aku fikir, yang bulat akan datang bergolek dan yang pipih akan datang melayang.Aku takut, sehingga satu masa nanti aku sedar, aku mungkin sudah hilang laluan.sekian.