Thursday, January 10, 2013

katanya semalam kiamat

katanya semalam kiamat
gerombolan gerombolan pentafsir menulis segala hasil mahsul bumi membuak
mengurnia sejuta khazanah untuk manusia
tapi katanya semalam kiamat

katanya semalam kiamat
kota kota pencakar langit akan meruntuh ke bumi menyembah tanah
piana piana di laut akan bergolodak membuih sisa sisa terperam
sejuta tahun.
tapi katanya semalam kiamat.

katanya semalam kiamat
maka bertempiaranlah manusia manusia mencari tempat berteduh
dari segala hujan meteor katanya.
yang ekornya bercahaya badannya berkelip sinar sepuluh.
tapi katanya semalam kiamat.


katakan semalam kiamat
akan runtuhlah kerajaan langit berpina
berderailah puak puak yang kononnya berwuduk air kaki
berminumkan ludah ludah manusia pembohong.
katanya semalam kiamat.

katanya semalam kiamat
akan bersatulah puak puak hitam dan putih membentuk warna sejagat
yang kononnya mempertahan sulit sulit suatu perkara
rahsia yang telah lama tersimpan kejap.

katanya semalam kiamat
lelalang yang dahulunya mengikut alunan dunia
kekadang ke timur, kekadang ke barat, kini berdiri tegap
menunduk ke bumi mencari akar dan akal.
pesongannya bukan dikit tapi luas
tarian kuda yang membelah budaya, psykologi katanya.yang kulihat hanya keji.

lihat bangsa aku ini, kecil kecil sudah mengendong masalah.
terpulas dalam pelukan budaya memperkecil agamawan.
musnah dalam kekalutan duniawi.mahu menjadi penyanyi katanya.



Tuesday, December 18, 2012

personaliti

apabila bersendiri aku mahu merasa betapa seronoknya berdua.apabila berdua aku mahu merasa betapa seronoknya bersendiri.sifat yang tidak pernah puas.

seronok aku berborak dengan seorang abang pemandu bas dari kampung aku sewaktu pulang dari kota raya.katanya manusia yang kaya raya itu semuanya menggunakan kepala untuk bekerja manakala orang yang miskin itu bekerja dengan tulang empat kerat.dia mengambil contoh sang perompak, sang pemimpin negara dan banyak lagi. saat itu aku tersedar, ade benarnya apa yang diperkatakan oleh beliau.

manusia seperti kita selalu terlupa yang apa yang datang dan pergi dari kita adalah semua ketentuan Nya untuk menjadikan kita lebih kuat dan lebih hebat dari semalam.aku pun sama.walaupun aku sedar bahawa aku memang selalu tertewas dengan keinginan. usaha yang selama ini tidak berhasil dan hancur, aku cuba rungkaikan.dan benar aku gagal bukan kerana aku malas, tetapi aku silap.perjalanan yang aku tempuh telah tersilap dari awal lagi.apa yang aku mahu, aku kaburkan.apa yang aku inginkan, aku biar.kerana aku tidak yakin dengan apa yang aku buat.untuk peraturan kejayaan yang pertama, kita kena yakin dengan apa yang kita lakukan.

membuat sesuatu itu bukan semudah memusnah.dan menilai sesuatu dari luaran bukan bermakna kita memilih.tapi kadang kadang, manusia juga harus memandang sesuatu itu dari luaran dan personaliti mereka, tapi bukan lah keutamaan, ini kerana personaliti melambangkan bagaimanakah hati si pemilik badan.

Tuesday, December 11, 2012

Kerana Kita Marhaen

Aku baru sedar yang setiap dari kita melalui kehidupan yang sama.Melalui perjalanan kehidupan di jalan yang sama.Kau aku dia mereka kamu, semuanya mengikut rentak kehidupan yang sama.Ketika kecil, kita dididik untuk sentiasa menghormati orang tua, membuat yang terbaik dan belajar bersungguh sungguh.aku percaya semua melaluinya.apabila di sekolah menengah, kita dididik supaya belajar dengan rajin, lupakan tentang cinta dan gapai cita cita.sehinggalah hari kita menjejak kaki ke universiti, dimasa itu aku percaya mereka yang gagal akan terperuk dirumah manakala yang berjaya, seperti aku, akan masuk ke kampus dan menempuh kehidupan yang jauh berbeda.

5 tahun dahulu, aku percaya bahawa kehidupan kita dibezakan oleh langkah yang kita tempuh disaat tamat sekolah.kemana hala kita sangat berbeza, dan kejayaan akan ditentukan oleh spm semata mata.tanpa aku fikir, bahawa USAHA adalah penentu kejayaan yang sebenar.aku lalai.dan aku terus menganggap kawan kawan yang gagal spm tidak akan mampu bersaing dengan kehidupan.dan kini aku sedar, aku silap.

Sebenarnya, SPM itu hanyalah sebahagian daripada jalan yang biasa dilalui oleh manusia Marhaen.tiada kata putus yang mengatakan bahawa jika anda gagal SPM anda akan gagal hidup untuk selamanya.seolah olah tiada peluang kedua.sebenarnya masa itu aku silap.aku silap besar.Dan orang yang berjaya dalam spm masih belum tentu lagi akan berjaya untuk seluruh kehidupannya, orang yang menyambung pelajaran ke luar negara masih belum menjamin yang mereka akan berjaya dalam hidup.apa yang kita tempuh, adalah sebenarnya kebiasaan bagi manusia seperti kita.kerana kita adalah Marhein.Golongan mereka yang terperangkap dengan cita cita yang ditanam oleh guru guru, mereka mereka yang terkejar kejar dengan dunia dan terlupa bahawa ini semua adalah kebiasaan.Dan kita lupa, kejayaan dalam apa apa jua tidak menjamin apa apa.Tiada jaminan yang esok kita akan hidup lagi, tiada jaminan untuk esok kita tidak akan derita, tiada jaminan untuk esok kita tenang.Kerana kita hanya seperti salji, turunnya tanpa diduga, perginya tanpa dijangka.

Kerana kita Marhein, buku buku kita disusun di meja meja sekolah, fail fail berkenaan kita ditimbun di bilik stor.kerana kehidupan kita dituliskan dibuku buku dan diterjemahkan dengan interpritasi diri kita.senang bicara, buku buku itu adalah manual kita, bagaimana kita dibentuk dan dididik.Kerana itu, manusia yang paling bijak bagi aku adalah manusia yang banyak ilmunya, banyak bukunya.

USAHA

aku mahu membicarakan sedikit berkenaan usaha.bukan senang.tapi aku cuba.dulu aku ingat bahawa kehidupan kita ini ditentukan oleh kita sendiri, tapi aku semakin silap.sebenarnya kehidupan kita dipengaruhi oleh orang disekeliling kita, siapa mereka, apa mereka lakukan dan tahap pengaruh mereka terhadap kita. Ibu aku selalu berpesan supaya tetap menjaga pergaulan, lihat aku bergaul dengan siapa.Dan aku mengaku kadang kadang berlaku selisih faham, kerana beza pemikiran.Ibu aku seorang yang suka berfikir, sama seperti aku.Biarpun sekecil mana benda itu berlaku, dia akan berfikir dari mula sampai ke akhir.Akan aku kupas di lain masa.

Aku ada seorang kawan, dia adalah merupakan salah seorang yang aku selalu juga bergaul dimasa sekolah, dan apabila masing masing meningkat besar, kami bawa haluan sendiri.Beza aku dan dia adalah Dia gagal dalam SPM dan aku berjaya, tidaklah terlalu berjaya.Aku ditakdirkan untuk melanjutkan pelajaran di matrik gopeng dan masa itu matrik adalah pilihan terbaik selain tawaran ke universiti.Dan dia gagal dan berada di kampung.kemudian kami terputus hubungan.Dimasa tu, aku mula terfikir yang aku makin jauh meninggalkan dia, aku jauh terkehadapan.bangga menyelubungi diri.Aku terus belajar dan mengejar apa yang aku sendiri tidak pasti.

Sehinggalah aku sedar bahawa aku sebenarnya silap.Dimasa aku sedang sibuk dengan menelaah pelajaran, dia sebenarnya berUSAHA mencari pekerjaan dari satu syarikat ke satu syarikat dengan sijil nya. Hinggalah dia diterima di satu syarikat di Kuala Lumpur. Sedang aku sibuk mengejar ijazah, dia telah mngumpul duit untuk keluarga.sedang aku susah dengan kemiskinan semasa belajar, dia telah belajar untuk menggunakan gaji dengan sepenuhnya.Itu harga sebuah USAHA. Lalu aku sedar, Ijazah tidak pernah menjamin kehidupan yang lebih baik jika tidak ada usaha. Dan kejayaan seseorang itu ditentukan oleh sekuat mana usaha kita.Ingat kembali, USAHA adalah penentu kejayaan.

Anak marhaen seperti aku sentiasa dahagakan kejayaan untuk mengubah kehidupan sendiri.Dari kecil sehingalah besar.Waktu di matrik, kehidupan aku sangat lah melampau, dengan bajet seringgit sehari, tidak ramai yang mampu menempuh apa yang aku lalui.tapi kekadang aku terasa aku terlalu silap apabila aku fikir, yang bulat akan datang bergolek dan yang pipih akan datang melayang.Aku takut, sehingga satu masa nanti aku sedar, aku mungkin sudah hilang laluan.sekian.

Monday, November 26, 2012

Dahagakan sebuah pemikiran

ketika manusia tengah leka dengan segala macam habuan dunia, aku menarik nafas lega kerana aku tidak dihanyutkan oleh arus buas yang senantiasa mengintai peluang untuk masuk menyelinap ke dalam hati.cuba aku untuk terus mengistiqamahkan diri dalam buku kebaikan yang sisinya masih kabur, isinya masih muda.mudah untuk aku tuliskan apa yang aku rasa sedang jiwa yang rasa apa yang aku rasa.tidak mudah untuk mengukir senyum bilamana segala rasa yang bertiup didalam hati berbisik 'bolehkah aku meneruskan hidup tanpa digoda, tergoda dan dijerat terjerat dengan segala macam duga dan adu domba.

Kuala lumpur adalah satu nama yang sengat besar.dunia yang didalamnya terisi sejuta peluang harapan impian. Dan aku disini untuk mengejar impian seperti kalian. sejuta hati pun tidak akan mampu merasa akan nikmatnya mimpi mimpi walhal mimpi itu hanya indah di awangan, realitinya hanya kabur dan seram.Aku manusia yang dahagakan sebuah pemikiran baharu yang mampu menerobos di tengah tengah sibuk kota raya, ditengah tengah dugaan yang melampau batas iman. Aku manusia yang dahagakan sebuah pemikiran realistik buat aku menjadi saksi akan terwujudan kisah manis. dua tiga tahun.

Aku manusia yang sibuk menelaah kisah hidup manusia yang lain, sementara hidup aku mohon agar sibuk ditelaah oleh mereka.satu hari nanti. aku manusia yang didada nya tersorok sebuah mutiara yang senang tiasa digilap, dicanai agar dapat memurtiarakan peribadi. Manusia di sekeliling aku seakan sudah hanyut dalam lembah binasa, keseronokan yang melampau batas.manusia terlalu seronok dan berbangga dengan dosa dosa lama.lembah hina.


Berada disini adalah seumpama aku sedang diuji, dikisahkan, dicucur, dilembahkan dengan kelazatan dunia.dan aku cuba bertahan.bertahan demi sebuah MIMPI.cukuplah dengan segala yang sudah berlaku, cukuplah dengan segala perit dosa angkara yang telah disuap.cukuplah dengan segala janji janji palsu yang aku tuliskan di hati, kemudian aku sendiri lukakan.cukup lah dengan hati hati yang telah terluka dengan aku.

Monday, November 5, 2012

malang

malang bagi manusia yang seperti aku yang tidak tahu mengorat perempuan.tidak tahu menjaga hati perempuan.bertambah malang bagi aku yang jenis tidak tahu apa yang di ingini dalam hidup.

Wednesday, October 10, 2012

Mendengar kata hati

mendengarkan kata hati

aku keliru untuk apa yang aku kejar.yang terlalu tinggi dan jauh dari jangkaun tapi perlahan lahan aku akan naik kerana aku sudah tetapka matlamat aku dan ramai sudah yang mengerti apa aku mahukan dan aku tidak mahu menghampakan mereka.

kehidupan aku selalunya akan terus termotivasi dengan merapatkan diri dengan orang lain dengan melihat wajah mereka, senyum mereka, dan telatah mereka ia membuatkan aku kuat dan ingin membanggakan mereka.namun tidak semua yang merapati aku akan mengerti bahawa aku tidak mampu membahagiakan mereka kembali, tidak mampu memberi balik apa yang telah mereka beri.lalu aku lepaskan satu satu dan mula menyusun langkah lagi.alhamdulillah aku mula sedar yang usaha itu adalah punca kepada setiap kejayaan yang akan kita tempuh, apa yang telah terjadi biarpun sepahit mana untuk dikenang, akan tetap menjadi kenangan dan titik hitam dalam hidup.kehidupan aku masih jauh dan sudah 24 tahun aku hidup dunia yang penuh dengan semangat semangat yang mahukan perubahan dalam hidup dari miskin kepada senang, dari HOPELESS kepada berguna.

Saat aku melepaskan sesuatu, aku sudah berfikir akan kemungkinan yang akan terjadi.aku mungkin akan dibenci dan dicemuh oleh manusia.Aku mungkin dibenci oleh kawan kawan yang selama ini sentiasa berada disamping aku biar hujan panas terik matahari.kalau lah kamu merasa apa yang rasa dan faham apa yang aku kehendakkan.Aku melepaskan sesuatu kerana aku tidak mahu ia menjadi semakin teruk dan hancur kerana jiwa aku sifat aku masih mentah untuk mengerti akan sesuatu, dan aku masih belajar tentang kehidupan. Tapi aku percaya yang kehidupan memerlukan pengorbanan, keihklasan, perkongsian kasih sayang.

Aku cuba untuk mendengar apa hati aku kehendakkan.ada orang cakap, jangan dgr kata hati nnti kamu akan mati.padahal disebabkan itu kita mendengar kata hati orang lain dan mengabaikan kata hati sendiri.aku tidak mahu begitu.aku mahu supaya hati aku didengar dan tidak diabaikan.supaya apa yang disakiti telah sekian lama, akan dapat diubati.supaya aku dapat merawat segala yang datang dan memberi hasil yang setidak tidaknya mampu memberi kebahagiaan kepada yang lain.

Monday, September 10, 2012

I'M A GEMS STONE (Part 1)

orang pertama yang memperkenalkan aku dengan Gems adalah sepupu aku, dia yang mendaftarkan aku.
Ketika mula mula menamatkan pengajian, aku seperti mereka yang lain yang mempunyai sejuta cita-cita untuk menjadi seseorang yang berguna kepada negara aku. Seperti mereka yang lain juga, aku selalu tercari cari apa jati diri yang harus aku bawa kerana orang cakap, kalau ingin berjaya, kita harus mempunyai jati diri yang kukuh dan kuat. Barulah kita tidak mudah leka dengan kealpaan dunia. Aku juga tidak terlepas dari perasaan keliru dengan situasi pekerjaan yang tidak menentu dan hampir setahun aku menganggur.Ia tidak mudah dan bukan sesuatu yang singkat bagi aku, kerana masa itu sangatlah bernilai bagi aku.

GEMS dan isu pendidikan negara

Orang yang bertanggung jawab memperkenalkan aku dengan Gems adalah sepupu aku.Sepupu aku mendaftarkan diri aku di salah satu booth Gems pada pameran kerjaya tahun lepas dan sebenarnya aku tidak yakin yang aku dapat masuk sebab kelayakan aku tidaklah setinggi mana.bahasa yang lebih mudah adalah cukup cukup makan.Dan bermula dari hari aku keluar universiti, sebenarnya aku tidak yakin untuk diterima kerja. Kegagalan aku untuk dapat pointer yang bagus bagus, maksudnya 3.5 ke atas, bukan lah kerana aku pemalas, atau tidak belajar tapi lebih kepada aku tidak faham dengan sistem pembelajaran di Malaysia.Bukan aku mahu tuduh atau menyalahkan sistem kita tapi itulah hakikatnya, banyak isu yang mungkin timbul, tapi tidak aku sebutkan kali ini.

Kegembiraan dan kecewa

Pepatah cina mengatakan bahawa jika kita beri seekor ikan kepada manusia, dia mungkin boleh hidup sehari, namun jika diberikan joran, dia mungkin dapat hidup lagi setahun.Secara mudahnya, kehidupan menuntut kita sendiri untuk berjaya, bukan melalui usaha orang lain.Kisahnya, apabila sepupu aku mendaftarkan diri aku di Gems, aku tidak yakin dengan kebolehan aku. aku tidak yakin bahawa aku mampu untuk masuk sebuah program yang sangat berguna kepada lepasan graduan. Dan memang aku betul sehinggalah pada satu hari aku mendapatkan panggilan daripada pihak gems yang mengatakan ada 'phone interview'.ketika itu aku berada di kampung,jobless.Saat itulah aku sedar yang harapan aku kembali cerah untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kawan kawan yang lain.Dan bukan mudah untuk mendapat rasa tersebut.Aku hanya bersetuju dengan segala syarat yang ditawarkan kerana aku tahu ini lah satu satunya peluang aku untuk bangkit kembali dan aku menunggu interview tersebut.

Setelah beberapa minggu menunggu, aku kecewa kerana panggilan yang aku harapkan tidak juga muncul dan semangat aku kembali jatuh.nak saja aku kembali bekerja dekat kedai seven eleven.Dan bekerja di situ bukanlah apa yang aku harapkan untuk setahun yang akan datang.Ia tidak mudah.Aku kembali jatuh dan jatuh, kini segala telahan aku betul bahawa aku tidak selayaknya untuk masuk program seumpama ini. Dan aku tahu bahawa permohonan aku ditolak.

Kalau anda tidak berusaha anda tidak berjaya

Tiada hasil kecuali kecemerlangan, aku tidak tahu apakah maksud yang lebih senang untuk menafsirkan segala peri yang dibawa oleh frasa ini.tapi aku yakin ia mempunyai maksud yang sangat mendalam dan ia tidak lain bermaksud kecemerlangan adalah diperoleh melalui usaha.Memang betul dan tepat bagi diri aku. Saat aku gagal dengan permohonan untuk memasuki gems, tuhan mentakdirkan aku bertemu dengan kawan lama di laman maya, thanks to world wide web dan Facebook. Kawan aku baru sahaja menamatkan bahagian 1 dalam kursus ini. Dia menerangkan tentang bagaimana kebaikan gems pada aku.Dan dia yang mencadangkan kepada aku untuk menelefon sendiri pejabat gems dan memohon untuk menyertai gems secara serius. Mulanya aku agak was was kerana aku punyai pengalaman pahit diabaikan oleh pihak sekretariat.Tanpa berfikir panjang, aku menelefon sekretariat Gems.Aku sangat bertuah kerana Sektariat adalah sangat mesra dan profesional.Aku memohon untuk ditempat kan di Merang Suria Resort untuk batch MSR06A.MSR bermaksud Merang Suria Resort, 06 bermaksud aku adalah batch ke 6 dan A bermaksud kumpulan A. Alhamdulillah aku diterima masuk.Aku mendaftarkan diri pada 12 May 2012 dan dari hari itu bermulalah kehidupan aku sebagai Peserta GEMS.

END OF PART ONE