Wednesday, October 10, 2012

Mendengar kata hati

mendengarkan kata hati

aku keliru untuk apa yang aku kejar.yang terlalu tinggi dan jauh dari jangkaun tapi perlahan lahan aku akan naik kerana aku sudah tetapka matlamat aku dan ramai sudah yang mengerti apa aku mahukan dan aku tidak mahu menghampakan mereka.

kehidupan aku selalunya akan terus termotivasi dengan merapatkan diri dengan orang lain dengan melihat wajah mereka, senyum mereka, dan telatah mereka ia membuatkan aku kuat dan ingin membanggakan mereka.namun tidak semua yang merapati aku akan mengerti bahawa aku tidak mampu membahagiakan mereka kembali, tidak mampu memberi balik apa yang telah mereka beri.lalu aku lepaskan satu satu dan mula menyusun langkah lagi.alhamdulillah aku mula sedar yang usaha itu adalah punca kepada setiap kejayaan yang akan kita tempuh, apa yang telah terjadi biarpun sepahit mana untuk dikenang, akan tetap menjadi kenangan dan titik hitam dalam hidup.kehidupan aku masih jauh dan sudah 24 tahun aku hidup dunia yang penuh dengan semangat semangat yang mahukan perubahan dalam hidup dari miskin kepada senang, dari HOPELESS kepada berguna.

Saat aku melepaskan sesuatu, aku sudah berfikir akan kemungkinan yang akan terjadi.aku mungkin akan dibenci dan dicemuh oleh manusia.Aku mungkin dibenci oleh kawan kawan yang selama ini sentiasa berada disamping aku biar hujan panas terik matahari.kalau lah kamu merasa apa yang rasa dan faham apa yang aku kehendakkan.Aku melepaskan sesuatu kerana aku tidak mahu ia menjadi semakin teruk dan hancur kerana jiwa aku sifat aku masih mentah untuk mengerti akan sesuatu, dan aku masih belajar tentang kehidupan. Tapi aku percaya yang kehidupan memerlukan pengorbanan, keihklasan, perkongsian kasih sayang.

Aku cuba untuk mendengar apa hati aku kehendakkan.ada orang cakap, jangan dgr kata hati nnti kamu akan mati.padahal disebabkan itu kita mendengar kata hati orang lain dan mengabaikan kata hati sendiri.aku tidak mahu begitu.aku mahu supaya hati aku didengar dan tidak diabaikan.supaya apa yang disakiti telah sekian lama, akan dapat diubati.supaya aku dapat merawat segala yang datang dan memberi hasil yang setidak tidaknya mampu memberi kebahagiaan kepada yang lain.

Monday, September 10, 2012

I'M A GEMS STONE (Part 1)

orang pertama yang memperkenalkan aku dengan Gems adalah sepupu aku, dia yang mendaftarkan aku.
Ketika mula mula menamatkan pengajian, aku seperti mereka yang lain yang mempunyai sejuta cita-cita untuk menjadi seseorang yang berguna kepada negara aku. Seperti mereka yang lain juga, aku selalu tercari cari apa jati diri yang harus aku bawa kerana orang cakap, kalau ingin berjaya, kita harus mempunyai jati diri yang kukuh dan kuat. Barulah kita tidak mudah leka dengan kealpaan dunia. Aku juga tidak terlepas dari perasaan keliru dengan situasi pekerjaan yang tidak menentu dan hampir setahun aku menganggur.Ia tidak mudah dan bukan sesuatu yang singkat bagi aku, kerana masa itu sangatlah bernilai bagi aku.

GEMS dan isu pendidikan negara

Orang yang bertanggung jawab memperkenalkan aku dengan Gems adalah sepupu aku.Sepupu aku mendaftarkan diri aku di salah satu booth Gems pada pameran kerjaya tahun lepas dan sebenarnya aku tidak yakin yang aku dapat masuk sebab kelayakan aku tidaklah setinggi mana.bahasa yang lebih mudah adalah cukup cukup makan.Dan bermula dari hari aku keluar universiti, sebenarnya aku tidak yakin untuk diterima kerja. Kegagalan aku untuk dapat pointer yang bagus bagus, maksudnya 3.5 ke atas, bukan lah kerana aku pemalas, atau tidak belajar tapi lebih kepada aku tidak faham dengan sistem pembelajaran di Malaysia.Bukan aku mahu tuduh atau menyalahkan sistem kita tapi itulah hakikatnya, banyak isu yang mungkin timbul, tapi tidak aku sebutkan kali ini.

Kegembiraan dan kecewa

Pepatah cina mengatakan bahawa jika kita beri seekor ikan kepada manusia, dia mungkin boleh hidup sehari, namun jika diberikan joran, dia mungkin dapat hidup lagi setahun.Secara mudahnya, kehidupan menuntut kita sendiri untuk berjaya, bukan melalui usaha orang lain.Kisahnya, apabila sepupu aku mendaftarkan diri aku di Gems, aku tidak yakin dengan kebolehan aku. aku tidak yakin bahawa aku mampu untuk masuk sebuah program yang sangat berguna kepada lepasan graduan. Dan memang aku betul sehinggalah pada satu hari aku mendapatkan panggilan daripada pihak gems yang mengatakan ada 'phone interview'.ketika itu aku berada di kampung,jobless.Saat itulah aku sedar yang harapan aku kembali cerah untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kawan kawan yang lain.Dan bukan mudah untuk mendapat rasa tersebut.Aku hanya bersetuju dengan segala syarat yang ditawarkan kerana aku tahu ini lah satu satunya peluang aku untuk bangkit kembali dan aku menunggu interview tersebut.

Setelah beberapa minggu menunggu, aku kecewa kerana panggilan yang aku harapkan tidak juga muncul dan semangat aku kembali jatuh.nak saja aku kembali bekerja dekat kedai seven eleven.Dan bekerja di situ bukanlah apa yang aku harapkan untuk setahun yang akan datang.Ia tidak mudah.Aku kembali jatuh dan jatuh, kini segala telahan aku betul bahawa aku tidak selayaknya untuk masuk program seumpama ini. Dan aku tahu bahawa permohonan aku ditolak.

Kalau anda tidak berusaha anda tidak berjaya

Tiada hasil kecuali kecemerlangan, aku tidak tahu apakah maksud yang lebih senang untuk menafsirkan segala peri yang dibawa oleh frasa ini.tapi aku yakin ia mempunyai maksud yang sangat mendalam dan ia tidak lain bermaksud kecemerlangan adalah diperoleh melalui usaha.Memang betul dan tepat bagi diri aku. Saat aku gagal dengan permohonan untuk memasuki gems, tuhan mentakdirkan aku bertemu dengan kawan lama di laman maya, thanks to world wide web dan Facebook. Kawan aku baru sahaja menamatkan bahagian 1 dalam kursus ini. Dia menerangkan tentang bagaimana kebaikan gems pada aku.Dan dia yang mencadangkan kepada aku untuk menelefon sendiri pejabat gems dan memohon untuk menyertai gems secara serius. Mulanya aku agak was was kerana aku punyai pengalaman pahit diabaikan oleh pihak sekretariat.Tanpa berfikir panjang, aku menelefon sekretariat Gems.Aku sangat bertuah kerana Sektariat adalah sangat mesra dan profesional.Aku memohon untuk ditempat kan di Merang Suria Resort untuk batch MSR06A.MSR bermaksud Merang Suria Resort, 06 bermaksud aku adalah batch ke 6 dan A bermaksud kumpulan A. Alhamdulillah aku diterima masuk.Aku mendaftarkan diri pada 12 May 2012 dan dari hari itu bermulalah kehidupan aku sebagai Peserta GEMS.

END OF PART ONE

Friday, September 7, 2012

Nilai sebuah kemenangan

kemenangan adalah sesuatu yang sangat indah untuk dikecapi.sesiapa pun mahukan kemenangan dan kejayaan dalam hidupnya dari seorang pelajar hinggalah kepada seorang ibu dan seorang bapa.Pelajar mengharapkan mereka berjaya mendapat markah yang tinggi dalam pelajaran mereka, dan seorang ibu mengharapkan anak mereka membawa pulang sesuatu yang boleh membanggakan mereka.ia membuat kita menangis dalam kegembiraan.Itulah kepuasan sebuah KEJAYAAN.

Setiap orang mempunyai hak untuk berjaya.Dari sekecil kecil anak di jalanan yang meminta ehsan sehinggalah kepada seorang insan biasa yang bergelar 'kita'.Alangkah indah nya sebuah kehidupan itu sekiranya kita hiasinya dengan sebuah kemenangan yang menjadi sesuatu kenangan yang mampu kita tuliskan dalam ingatan.

Untuk berjaya, resepi yang paling berguna adalah kita harus gembira dengan apa yang kita lakukan.Setiap apa yang kita buat, harus diselitkan senyuman dalam setiap kesusahan. Barulah kejayaan itu akan datang secara tidak langsung kepada kita.Keduanya kita harus tahu akan potensi sebenar diri kita, apa yang kita ada dan apa yang kita tidak ada.Siapa kita dan dimana kita berada sekarang. Ramai orang terlalu mengharapkan sesuatu yang lebih baik dan lupa bahawa apa yang diberikan kepada mereka adalah sebenarnya yang terbaik.

Menjumpai lubuk sungai yang penuh dengan ikan belum tentu kita membuahkan kejayaan bagi kita jika kita tidak pandai memancing. Kemahiran memainkan peranan yang cukup penting dalam kehidupan.mereka-mereka yang berjaya mendapat apa yang mereka mahu, adalah mereka yang mahir dengan apa yang mereka buat.Itu adalah resepi kejayaan yang ketiga.

Masa kekadang sangat laju dan meninggalkan kita jauh dari yang kita impikan.seperti sungai yang deras, sampai satu masa kita akan rasa bahawa kederasan masa tidak mampu lagi kita bendung. Dan kekadang kita tewas untuk terus berharap pada 'usaha tangga kejayaan'.Usah kita lemahkan diri dengan masa, masa akan terus berjalan dan bergerak hinggalah satu saat dan ketika ia terhenti dengan sendiri.Tuhan sudah menentukan bahawa setiap manusia akan berjaya jika mereka berusaha. Soal masa adalah rahsia tuhan.

Kenalpasti apa yang kita ada dan siapa kita.







Tuesday, September 4, 2012

Ulat dalam kepongpon

hidup nie sangat memeritkan bukan, bilamana kita ingin menebus segala kesilapan kita yang lampau, bilamana kesedaran itu terbentuk dari hati, tiba-tiba kita sedar yang sebenarnya kita sudah terlambat. bila kita tahu kepentingan sesuatu benda itu, kita tersedar yang kita sudah kehilangannya.dan bila kita hendak berpatah balik, semuanya sudah terlewat dan hancur.

aku risau untuk menyusun setiap baris ayat-ayat kerana aku takut manusia akan menyalah tafsir maksud sebenar yang ingin aku sampaikan. jika hitam aku takut untuk sebutkan hitam,jika putih aku takut untuk sebutkan putih.kekadang kita perlu menerima hakikat yang manusia tidak suka dirinya dimalukan oleh manusia yang sama taraf dengan nya.kerana itu wujudnya adab dan etika berbahasa, untuk menjaga keharmonian.

Ia sebenarnya tidak mudah untuk terus dalam keadaan harapan yang rapuh dan tidak berasas.kerana kita risau takut takut harapan yang kita susun selama ini akan terus menjadi sesuatu yang sangat mengecewakan.dan aku melalui saat yang saat perit.untuk menilai segala cita-cita dan membandingkan dengan diri.

Orang kata, kalau kita hendak berdiri sama tinggi dengan orang lain, jangan nilai diri kita dengan mereka, kerana tiada manusia yang serupa dan sama didunia ini.jika terus terusan kita menilai diri kita, membandingkan diri kita dengan manusia lain, sampai bila-bila pun kita akan berasa kecewa dan jatuh.dan itu sangatlah membuat kita tidak menghargai diri sendiri.

Orang juga selalu berkata kata dan menilai keburukan manusia lain yang berada di sekeliling mereka tanpa mengambil kira kebaikan dan potensi yang mereka ada. apa yang mereka miliki dan kecapi selama kehidupan. Oleh itu wujudlah pandangan negatif.

Aku selalu mengingatkan dengan para pengikut aku bahawa kehidupan memerlukan ilmu dan ilmu memerlukan semangat dan jati diri sebenar.jika tiada keduanya, maka ilmu itu akan sesat.Kehidupan menjanjikan ilmu yang sangat berguna untuk ditagih. Untuk menagih ilmu, sesungguhnya masa adalah berharga. Seperti ulat dalam keponpong, kehidupan didalam sarang mungkin lebih menjanjikan keselamatan, walaupun tidak lama, tapi kehidupan yang membawa erti yang sebenar adalah diluar sarang.Kerana ketika itulah kita menagih ilmu yang berguna untuk kehidupan.sekian.


Thursday, August 2, 2012

Kuasa berfikir : apa sebenarnya kita cari dalam hidup

sebagai manusia biasa, kita tak akan terlepas daripada berfikir akan tujuan sebenar kita dihidupkan didunia.ada yang beranggapan kita hidup adalah kerana perjuangan, perjuangan untuk sebuah kebebasan, untuk mencapai sesuatu yang lebih baik dan adil.dan aku tidak terlepas dari itu. Dan ideologi setiap dari kita adalah sangat berbeda dan jauh berbeda, kerana itulah wujudnya berbagai kumpulan yang memperjuangankan hak yang berlainan dan yang membedakan asas kepada perjuangan itu adalah teras perjuangan.adakah ia di teraskan oleh sesuatu hak yang batil atau sekadar memenuhi kehendak manusia.jika memenuhi hak manusia, kita sebenarnya tersesat jauh dari perjuangan sebenar.

manusia seperti kita akan terus membentuk sesebuah perjuangan, dari perjuangan untuk diri sendiri kepada lah perjuangan membebaskan bangsa dari penindasan. Hak kepada sebuah perjuangan adalah apabila jiwa kita terasa ditindas, maka terbentuklah perjuangan membebaskan jiwa dan naluri dari segala macam penjajahan.Oleh itu wujudlah perjuangan menuntut sebuah negara merdeka. Namun, sedar atau tidak, kita masih jauh lagi dari kebebasan yang sebenar, apakah itu kebebasan sebenar, iaitu kebebasan untuk berfikir dan mencari jati diri yang sebenar. kita setiap hari dihadapkan dengan bermacam budaya yang menyesatkan, katanya itulah kehidupan yang sebenar, tanpa kita diberi peluang untuk berfikir akan kehendak naluri.itulah manusia dan kita masih lemah, walaupun sebagai anak merdeka.

Aku, sebenarnya lama berfikir akan kehendak naluri aku, apa sebenarnya yang aku kejarkan didunia yang penuh dalam kealpaan. dan sehingga saat ini, aku masih jauh dari realiti. sebenarnya apa yang kita cari.Suatu masa, aku terus dihanyutkan oleh cinta yang aku kejar, yang akhirnya membawa padah kepada diri aku sendiri, itu bukan perjuangan yang sebenar. dan aku semakin sedar. Seterusnya, perjuangan yang bakal ditempuh adalah perjuangan memperbaiki diri, dan aku rasa ini lah perjuangan yang sangat hampir kepada perjuangan sebenar, Dan kesempurnaan yang paling besar dalam sebuah perjuangan itu adalah asas nya.Jika betul asasnya, maka perjuangan kita tidak akan tersilap dan tersasar. Dan bagaimana kita boleh menentukan kebenaran sebuah perjuangan? iaitu dengan kuasa berfikir.

Aku mahu berlari, ke arah sesuatu yang pasti dan tidak kabur, biarpun jalan yang bakal ditempuh jauh lebih perit dari semalam kerana, perjuangan yang sebenar itu lah yang membawa erti kepada hidup.
Aku boleh menulis sebarang yang aku fikir, dengan kuasa berfikir, tapi aku tidak akan mampu untuk menjejak kaki ke arah perjuangan sebenar, kerana tanpa izinNya, kita masih lagi manusia yang lemah.

Thursday, July 26, 2012

Ramadhan dan penyesalan

kehidupan tak menjanjikan apa-apa.kesempurnaan jauh lg.kebahagiaan mungkin tidak.yang pasti manusia akan tetap dan terus berharap untuk keduanya.kebahagiaan itu diciptakan oleh Tuhan melalui manusia.dan aku tidak berhak.semoga Tuhan ampunkan kita.
kesukaran yang paling jelas untuk aku terus hidup adalah untuk menerima kenyataan bahawa aku eprnah melakukan kesilapan yang terburuk dalam sejarah hidup manusia yang bertamadun.mungkin ada yang berkata bahawa tiada manusia yang sempurna dalam dunia, tapi apakah kita cukup sedar bahawa untuk hidup, kesempurnaan itulah yang dikejar oleh manusia.
kita terlalu enak dengan dosa, kekadang kita tersenyum riang saat dosa itu kita terbuat, sedar atau tidak kesalahan yang kita ciptakan itu mengundang kejian oleh pencipta. ada mereka yang sanggup hidup dalam kemusnahan yang nyata dan berterusan.tapi kealapan kita itu terus membuat kita hanyut dan terlupa pada hakikat yang sebenar bahawa kita semua, makluk yang bernama manusia akan terus juga mati seperti makluk yang lain. aku sedar akan hakikat ini dan aku menyesali.
kehidupan harusnya melalui berbagai peringkat, pasang surut dan turun naik kehiduapan itu dilandaskan oleh kehiduapan manusia yang lepas.jika baik masa silam kita, baik lah juga masa depan kita. dan aku takut untuk menerima kenyataan bahawa masa silam aku tidak sebaik dan sebagus mereka yang lain, kita yang sering kali hanyut dalam sesuatu sungai nafsu yang sangat buas  dan laju akan terus menerima nasib malang dari sebuah kesilapan.
aku bukan manusia yang tidak beragama.agama ku Islam dan aku yakin dengan keampunan Tuhan aku. tapi aku masih lagi takut untuk menerima kenyataan bahawa dosa itu akan melekat dengan aku, seumur hidup.Aku sebagai seorang yang dijadikan sebagai makluk, aku tahu bahawa Tuhan aku tahu apa yang sedang aku alami dan rasai, dan dia akan memberikan jalan yang terbaik untuk aku. Cuma aku ini sahaja tidak yakin dengan diri sendiri.
Manusia sangat tinggi memasang cita-cita, kekadang cita-cita itu sangat jauh ke awan.dan Tuhan pasti menyediakan yang terbaik untuk kita.Kebahagiaan, aku akan cuba untuk membahagiakan semua yang berada di sekeliling aku, dengan izin tuhan, dan aku berharap tidak ada yang akan membenci aku, biarpun dalam diam. sekurang kurangnya aku berharap ada yang menangis dengan pemergian aku satu masa nanti.

Sebagai manusia biasa, aku mahu dan mengimpikan untuk menyumbang kan tenaga aku untuk negara dan agama. tapi mungkin kerana kelemahan aku, masih lagi aku jauh dari itu.Semoga tuhan akan mengampunkan kita, tidak menyesatkan kita dengan kealpaan dunia..wassalam.
 

Thursday, July 12, 2012

twenty four love

aku sebenarnya sedang mencari perkataan yang setepatnya untuk mentakrifkan diri aku, tentang apa yang sebenarnya aku rasa, adakah satu penyesalan ataupun sekadar sebuah lagi pengorbanan. yang pasti apa yang mereka rasa, yang aku tahu, ia satu kesilapan. sekadar untuk melepaskan batuk ditangga, aku rasa lebih baik aku meneruskan hidup tanpa sebarang harapan.

kekadang apabila hidup dirundum seribu penyesalan yang mana ia sentiasa menghimpit kita, akan terasa untuk mengikut jalan yang jauh tersasar yang bila mana nanti jalan itu akan membawa kita jauh dari arah yang sebenar. Kemudian kita sedar yang hidup ini sangat singkat untuk sebuah kesesatan. Cita-cita mungkin sesuatu yang amat indah untuk dicipta, dan lebih indah sekiranya ia terus menjadi mimpi yang nyata.

seseorang memberi aku harapan untuk terus hidup biarpun awan yang cerah tidak lagi datang, harapkan bagaimana sesuatu yang hancur boleh terus bangkit dan bilamana aku sedar kebangkitan aku itu sangat perlahan.selama ini aku tidak pernah menghargai apa yang telah aku ada, bukan aku tidak mahu, tapi aku tidak sedar apa yang aku ada.kawan-kawan.keluarga dan pengikut.mereka yang mengikut kita secara diam-diam dan menjadi peminat kita buat sekian lama dan sentiasa menjadikan kita idola. semua itu mungkin mimpi bagi aku selama ini.

sekarang sudah sampai aku menceritakan hal sebenar, seperti melihat malam yang terang. aku berharap.

Untuk seorang kawan yang sentiasa memberi semangat dan kesabaran untuk aku. dengan setiap jalan yang telah ditempuh, 7 tahun yang lepas. semua itu sesungguhnya kelemahan aku. dan aku tidak mengerti apa itu perhubungan.dan kekadang bila aku sedar kepentingannnya, aku terus lalai. aku rasa apa yang lebih penting bagi aku adalah PERSAHABATAN, kerana ia akan sentiasa mekar biarpun apa tanggapan dunia pada manusia. kerana CINTA itu sifatnya pudar dan akan terus pudar. Untuk kawan yang sentiasa memberi yang terbaik pada aku, terima kasih. untuk dia yang mengikuti aku, terima kasih.



Thanx guys for this 'ayat-ayat cinta'. aku xdapat bagi apa2 kat kamu semua tapi sekadar boleh bagi A buat semua. and, teddy tue sangat sweet laaa. thanx again :))