Friday, September 7, 2012

Nilai sebuah kemenangan

kemenangan adalah sesuatu yang sangat indah untuk dikecapi.sesiapa pun mahukan kemenangan dan kejayaan dalam hidupnya dari seorang pelajar hinggalah kepada seorang ibu dan seorang bapa.Pelajar mengharapkan mereka berjaya mendapat markah yang tinggi dalam pelajaran mereka, dan seorang ibu mengharapkan anak mereka membawa pulang sesuatu yang boleh membanggakan mereka.ia membuat kita menangis dalam kegembiraan.Itulah kepuasan sebuah KEJAYAAN.

Setiap orang mempunyai hak untuk berjaya.Dari sekecil kecil anak di jalanan yang meminta ehsan sehinggalah kepada seorang insan biasa yang bergelar 'kita'.Alangkah indah nya sebuah kehidupan itu sekiranya kita hiasinya dengan sebuah kemenangan yang menjadi sesuatu kenangan yang mampu kita tuliskan dalam ingatan.

Untuk berjaya, resepi yang paling berguna adalah kita harus gembira dengan apa yang kita lakukan.Setiap apa yang kita buat, harus diselitkan senyuman dalam setiap kesusahan. Barulah kejayaan itu akan datang secara tidak langsung kepada kita.Keduanya kita harus tahu akan potensi sebenar diri kita, apa yang kita ada dan apa yang kita tidak ada.Siapa kita dan dimana kita berada sekarang. Ramai orang terlalu mengharapkan sesuatu yang lebih baik dan lupa bahawa apa yang diberikan kepada mereka adalah sebenarnya yang terbaik.

Menjumpai lubuk sungai yang penuh dengan ikan belum tentu kita membuahkan kejayaan bagi kita jika kita tidak pandai memancing. Kemahiran memainkan peranan yang cukup penting dalam kehidupan.mereka-mereka yang berjaya mendapat apa yang mereka mahu, adalah mereka yang mahir dengan apa yang mereka buat.Itu adalah resepi kejayaan yang ketiga.

Masa kekadang sangat laju dan meninggalkan kita jauh dari yang kita impikan.seperti sungai yang deras, sampai satu masa kita akan rasa bahawa kederasan masa tidak mampu lagi kita bendung. Dan kekadang kita tewas untuk terus berharap pada 'usaha tangga kejayaan'.Usah kita lemahkan diri dengan masa, masa akan terus berjalan dan bergerak hinggalah satu saat dan ketika ia terhenti dengan sendiri.Tuhan sudah menentukan bahawa setiap manusia akan berjaya jika mereka berusaha. Soal masa adalah rahsia tuhan.

Kenalpasti apa yang kita ada dan siapa kita.