Sunday, November 3, 2019
Musik seharusnya membangkitkan sebuah rasa dari jiwa yang terbentang disegenap luas padang pemikiran. Lalu tidak dibatas oleh ruang dan masa, hidup mekar dikelubung nusa. Kurung dan seroja yang meluntur. Harus ia diertikan oleh nasia.
Mengufuk jingga di sudut langit, ia terus gah dipuja cahaya. Disembah oleh sang penyayang, didamba oleh sang pecinta setia. Lalu wukuf di atas nyata. hidup dan hidup, dalam mati mengejar abadi, berpaksi kiblat dunia, lantas menjadi hamba si pendusta. Atau mungkin dia yang mendusta.
Lempar segala madah indah mu, dibalik bukit dan bertenang kerana Balqis masih hidup, mencari pendamba cinta. Hingga terhitung segala pujangga ini. Sehingga itu yang mengerti akan mengerti.
Thursday, October 3, 2019
gelombang mimpi
mungkin kita tak sesempurna kita rasa.
terduduk sepi dalam bulatan hidup. di tengah hantu besar menanti. di luar syaitan besar menjengah mangsa. aku terpuruk disisi dosa, menghambat diri dari realiti, yang pada hakikat cuma mimpi. dalam sebuah lagi ilusi, sejenak kemudian tersedar. hantu masih ada. yang hilang cuma deria lama, dalam kalis menghirup pahala, yang sedikit benar. yang benar itu sedikit.
Tuhan masih berbisik kata kembali. ke dunia nyata. sedarkan aku dari mimpi yang aku kejar. sebuah hidup tenang, disana. atau mungkin aku harus mengiyakan, suara syaitan itu terlalu kuat dan nyaring, mengajak ke lembah punah, jiwa dan cinta. Dari segala yang ada, dia masih ada. Biar dititip diluluh dari benak minda, yang ada tetap ada.
Aku rindu teman teman lama.

Tuesday, October 1, 2019
Kau Tahu
Kau tahu, yang kerja baik tidak perlu mengharap pembalasan baik dari orang, tapi hanya pahala dari yang kuasa. Tapi bila mana pahala pun kau tak dapat, apa lagi kebaikan, apa guna kerja baik ini.
Kau tahu, setiap yang hidup akan mati, maka apa guna kehidupan jika akhirnya kematian, selain dari mengejar amalan dan dunia.
Kau tahu, hari esok akan terus bersinar, kerana esok rabu bukan jumaat.
Kau tahu, perit kecewa itu sangat kuat hingga membutakan jiwa. Jadi mengapa harus terus berharap dan berharap.
Kau tahu, tak layak menbeza-bezakan manusia kerana DOSA, kerana manusia itu bisa bertobat dan kembali. Jadi kenapa beza-bezakan?

Friday, September 27, 2019
lebar pelangi
seberapa lama lagi harus kita menghitung lebar pelangi?
hidup ini sungguh indah. biarpun dihentak dunia, masih mampu berdiri. dalam senyum tua dan dikalung nista, masih lagi bisa berjiwa. dengan segala prejudis dan angkara, terus hidup menjadi seperti pohon, redup dan merendang budi. biar cinta menjadi bukti. biar jasa menjadi rahsia. yang Kuasa jua mengerti.
masih aku berdiri, ditengah kabus mencari arah. kabur pandangan kekadang lelah mencari pelangi. ditutup segala rasa dalam keributan suasana. ditebar dengan bunga seroja. wangi masih jauh. indah masih kabur. Yang tinggal cuma harapan.
Jadi kalau ditanya berapa lama harus kita menghitung lebar pelangi?
Apa jawabmu.

Saturday, September 21, 2019
mencari punca yang hilang
sedekad lebih jiwa meronta, meminta akan sesuatu yang tidak terhitung banyak nya. walhal yang didepan mata jauh lebih bernilai. adakah kita manusia yang lupa atau kita sekadar manusia yang ingin menjadi manusia. Aku tidak tahu.
Terperosok ke hujung dunia. dihantuk dihenyak oleh masa. peredaran yang bagi aku, lelah untuk mengejar. pedih untuk menunggu. biarpun masih tersimpan rasa dalam benak hati yang hujung-hujung. Tapi semakin lama semakin lenyap, ditelan telahan manusia.
Sesungguhnya, masa yang ada terlalu singkat. Untuk aku terus dihentak kemahuan janggal. Untuk aku terus berharap pada lahar lahar nafsu, yang rakus dan penipu. Nescaya aku akan pulang, dan membawa sang pelangi untuk kita.

Thursday, August 22, 2019
terperangkap dalam jisim kertas
ia seperti hari hari biasa. kelam dan gelap. dalam kesunyian yang terpendam lama. melankolik yang tidak berkesudahan. sungai usang yang mengharap mengalir semula. langit yang terhenti mengharap dihidupkan kembali. daun daun gugur yang mengharap diberi sinar baharu oleh sang pencipta. aku sungai langit dan daun itu. telah gugur segala semangat, yang tertulis dalam kalam bisu. menjadi keping-keping yang tidak berjasad. tiga puluh muka surat, tiada satu pun yang berwarna indah bercahaya. atau mungkin aku hanya si pengharap yang kabur dalam muka surat aku sendiri, terperangkap dalam helai helai kertas, terkurung dan sepi. sedang muka surat ini semakin menipis, dan isinya semakin mendatar. kemuncaknya hambar. biar kulit setebal petala.
Mungkin aku juga sang pencari suaka. mengharap belas yang tidak menyinta. raja segala raja yang berpaling muka. sedang kasihnya untuk segala hamba. atau aku bukan hamba.
esok cahaya mentari jumaat pasti akan kembali bersinar.
Sunday, August 4, 2019
membaiki mimpi Laila
adakah belum cukup lagi segala kata-kata yang terangsang untuk memuaskan rasa. biar segala ayat dalam kepala terhambur, belum tentu manusia memahami. belum tentu yang memahami, dapat rasa apa yang dirasa. tanpa kata-kata pun yang mengerti akan tetap mengerti.
angin angin yang menderu berkilo kilo ke muka. jenuh menahan rasa dalam diri si Laila. teliti dalam mengkaji hingga lupa siangnya telah datang.
kaku terkurung dihimpit dalam kotak kaca. minda dicekup rasa duka dalam bahagia. tangan terikat oleh tali tali janji. kaki rebah, dalam lumpur penuh duri. tersungkur lemas hampir mati. Mana satu emas mana satu kaca, atau telah takdir harus memilih yang salah. telah aku titip kata-kata lama menjadi doa, lalu realitinya hampa.

Monday, July 22, 2019
terbang antara pelangi
hidup ini hambar tanpa masalah.
selapis langit yang indah, berjalur pelangi. tari ikot rentak hujan, dan mentari. riang dalam dakapan awan. sepi menunggu detik lagi. untuk kembali. sepi.
Telah datang untuknya malaikat mimpi membawa khabar bagi segala janji. benar bagi yang mengerti. kau sumpah dia gunanya tiada. jika benar hancur, ketanah jua tempatnya. kejam. kalau masih melarik mimpi. dalam kamar terindah, biar cantik dan bersih. pelangi tadi tersenyum.
berita pelangi ini, datang dalam madah terindah. baris puisi buat si gundah. seronok biar tersorok. hancur jangan lebur. kemana lagi hendak dibawa. menjadi racun menjadi nyata.
bisakan esok pelangi ini kembali.
Monday, July 15, 2019
menyuluh cahaya langit
memandang sepi dihujung pintu. terduduk dalam baris baris ayat tidak mudah untuk difahamkan. dia kelam dalam berkalam. lurus dalam sempit. mata tepat ke hujung bendang budi. katanya untuk bekalan anak cucu di hari muka. tapak yang disusun, kian mencampakkan hasil. empat puluh patah kata bercelaru dari bendang itu. biar saja.
di hujung langit, dua cahaya tersimpan, dalam madah berpujangga. menuntut segala jiwa jiwa yang patah kembali pulang. dalam biar dalam. yang terkudus akan kembali segera, biar enak merasa syurga, bukan terus larut dalam dosa. sombong. simpan dalam pahala. siapkan senjata dari tulang temulang biar senang menjadi lenang. lima puluh perkataan penguat jiwa kecuali penguat jiwa. biar saja.
Subscribe to:
Posts (Atom)