tiada apa yang mustahil diatas sekeping kertas.
Redha mungkin adalah nikmat kehidupan yang paling indah. Ia melegakan hati hati yang meniginkan sesuatu. ia meredakan api api yang mengharap lalu dikecawakan atas sesuatu, redha umpama air yang melumpuhkan api api yang sedang merebak membakar jiwa jiwa manusia. barangkali sebelum hangus dihimpit kemahuan.
Tuhan mengerti kita, kita tidak mengerti Tuhan. kalaupun ada sepuluh kitab kita tidak akan mampu mengerti perihal Tuhan. walhal Tuhan telah mengenal kita sebelum sempat lagi kita lahir, dan untuk mengatakan tuhan mengenal kita sebelum kita lahir itu pun belum tepat setepatnya. Jadi mengapa kita ini mahu melebih lebihkan sesuatu dan mengurangi sesuatu.
Dia memanggil semula hati hati kecil ditengah laut itu ke tepian, kerana malam kian menjengah.
Aku redha dan berserah.