Saturday, October 29, 2011

Tertinggal sesuatu

ada satu tempat didunia ini dimana kebanyakan manusia tidak akan pernah sampai, kecuali hanya manusia yang bebas dari noda dan debu dunia, dan manusia yang fikir bahawa dunia itu hanya sementara. tempat itu adalah hati. Kekadang kita hanya berfikir untuk memuaskan hati kita sendiri tanpa mendalami apa sebenarnya kehendak kita, dan keperluan kita, mana satu yang lebih penting. Dan sehingga saat kita memuaskan semua kehendak itu, kita akhirnya sedar bahawa kita telah tertinggal sesuatu yang cukup berharga. Sesuatu yang kita rasakan dahulu merupakan bende remeh temeh.

Dalam kehidupan ini, benda apakah yang paling kita sesali, yang pada mulanya hanyalah benda yang dianggap kecil, dan akhirnya apabila ia berlalu, ia menjadi semakin besar dan penyesalan itu mula timbul? ia adalah masa. Masa itu bagaikan sesuatu yang tidak mungkin mampu dibeli manusia, cukup hanya dengan mengira detik dan waktu kita hidup, bagaimana kita menghiasi hidup kita. Bagaimana separuh kehidupan itu diisi. Dan bagaimana pula kita semakin dekat akan tanah. Adakah kita pernah memandang pada bawah, adakah kita takut untuk memandang pada yang atas, atau keyakinan kita pada yang atas semakin hilang.Dengan izin.

Setiap kehidupan itu adalah sebuah permata yang jika digilap, akan memberikan harga yang lebih tinggi. Kehidupan yang dihiasi dengan pengorbanan adalah umpama permata yang digilap,semakin banyak pengorbanan kita lakukan, semakin jelas perjalanan kita. Kerana yang diatas tidak pernah lupa pada kita. Cuma kita kekadang melupakan Nya.

Saturday, October 22, 2011

Sifat Memerli yang membunuh bangsa (seni dan filem)

aku menulis ini atas dasar aku sedar akan baik buruknya apa yang aku luahkan.sekadar ingin berkongsi sesuatu yang aku ada. 

Banyak bangsa yang lahir didunia ini wujud dan masih kekal kerana keberanian mereka melakukan perubahan dan minda mereka yang sentiasa bebas untuk berfikir tanpa sebarang ancaman atau kongkongan sinis dari manusia. Kekadang kehidupan kita tidak akan pernah terlepas dari segala macam perli dan pandangan sinis manusia lain. Manusia yang mahu melakukan perubahan akan terus dianggap sesuatu yang mengancam bangsa, tanpa sedar perubahan itu perlu dalam hidup. Manusia yang meminati sesuatu dengan secara melebih akan diperli oleh bangsa kita, dan pelbagai tohmahan akan dilemparkan, kerana kita masih berada di pemikiran jumud kita. Bangsa kita kekadang tidak berlaku adil pada mereka yang ingin sebuah perubahan, lantas kita memencilkan pemikiran kita sehingga kita masih menjadi bangsa yang terkebelakang didunia.

Mereka yang ingin menjengah kedunia yang berbeda, seperti sesetengah orang, akan terus dianggap kurang ajar dan melawan budaya lama. Maka banyaklah pandangan sinis diberikan padanya, sehingga segala usahanya ke arah perubahan terpaksa menempuh cemuhan dari masyarakat. Kita ini, kita semua ini masih berada dalam posisi dimana kita menganggap bangsa kita masih lemah dan ditakdirkan untuk ditindas. Kerana itulah kita masih disini dan terus disini. Menjadi jujur, berapa kerat rakyat dunia yang tahu tentang Malaysia berbanding Singapura dan Indonesia. Kerana itu, kita masih ditindas. Kerana kita tidak dikenali.

Menjadi sebaris dengan Khatulistiwa

Usaha jika tidak dicabar, tidak akan membuahkan hasil yang terbaik. Kerana cabaran itulah yang mengangkat sesebuah bangsa. Anak muda yang bebas adalah bukan anak muda yang mudah terikut dengan segala macam pemikiran sinis sesetengah bangsa kita, yang pada dasarnya membenci untuk melihat manusia sebangsa mereka berdiri utuh di persada antarabangsa. Perlian itu yang kekadang sangat tajam sehingga membunuh semangat untuk bergerak hanya akan meruntuhkan kemahuan bangsa kita untuk maju. Tidak perlu kita pergi jauh, sudah cukup kita lihat kedudukan kita di persada Asia, dimana kedudukan kita berbanding negara lain, dimana hala kita sedang negara lain telah tahu menyeimbang kan antara kemajuan seni dan ekonomi. 

Cabaran adalah perlu untuk kemajuan sesebuah bangsa. Rakyat kita, yang kebanyakannya hidup senang dengan segala macam bantuan dari pihak atas, membuat kan bangsa kita tidak mampu berdikari, dan lemah dari segi pemikiran. mungkin kerana itu pemikiran kita masih lagi ditampuk lama. Kerajaan sudah sedar akan perkara ini, lantas kerana itu segala macam bantuan dikemas kini semula, agar bangsa kita berdiri sendiri tanpa perlu tongkat dari kerajaan.

Seni yang disekat

Kesenian itu pemikiran rakyat, bukan pemikiran sesetengah pihak. Kerana itu kesenian itu perlu BEBAS dan tidak dicekup oleh pemikiran lama. Kita berada pada persada yang sudah menjangkau usia lama, tapi kita masih dimana. Dulu kitalah yang menjadi peneraju, hasil usaha yang dibuahkan oleh sesetengah pihak yang sedar akan perlunya seni dibebaskan. Namun sekali lagi sifat sinis dan perlian manusia akan membunuh seni itu sendiri. Dunia seni negara kita, masih terus  digelumbangkan dengan segala macam masalah dan pemikiran yang masih menganggap bahawa seni itu harus dijaga. Jika benar kita dijaga, maka dimana kita?

Menjadi yang terbaik dari yang terbaik memerlukan negara kita, bidang seni negara kita melakukan rombakan yang besar, atas dasar undang-undang yang menyekat kebebasan anak seni dan dari pemikiran bahawa seni itu hanya untuk berhibur.Kesenian memrlukan sebuah komitmen yang dirasakan perlu dinaik semula.

Tidak mahu berkorban untuk perubahan

Kesenangan kita sekarang membunuh imaginasi dan cita-cita, jika tidak di fokuskan pada satu point.Kerana kesenangan kita sekarang, kita sentiasa menganggap bahawa perubahan tidak perlu untuk kehidupan, cukup sekadar apa yang ada dan hidup hanya untuk mati. Itu tidak seharusnya berlaku jika hidup kita ini kita hiaskan dengan sejumlah imaginasi dan pada waktu yang sama kita mengejar ke arah imaginasi tersebut. Jika ada pihak yang mahu terus berimaginasi, sekali lagi bangsa kita akan mencemuh mereka dan memberikan tamparan yang cukup hebat buat semangat. Kerana itu aku rasa, apa yang ada pada bangsa kita sekarang ini sedang perlahan-lahan membunuh kemajuan kita.

Aku bukan pemikir tegar dan juga bukan penceramah. Aku hanya menulis melalui apa yang aku rasa.sekian.

Wednesday, October 19, 2011

Jalan :)

aku ini manusia yang masih menyusun jalan, masih mencari-cari bata yang terbaik dari yang terbaik supaya jalanku nanti tidak berduri. aku ini manusia yang masih terus membuat perhitungan dengan hidup, mana jalan yang harus ku pilih dan mana jalan yang harus ku singkir, kekadang jalan yang aku mahu pilih itu sukar untuk aku terima, kerana menampakkan kegelapan dihadapan. dan kekadang jalan yang aku tidak suka itu sentiasa menjanjikan keseronokan. aku pernah tertewas dahulu, dalam sebuah cerita epik.

Aku ini manusia yang masih penuh dengan teka teki akan kehidupan yang sebenar, akan sebuah pengertian akan gunanya aku untuk hidup. Kadang-kadang, kalau aku mahu berfikir, tidak akan cukup masa yang aku ada, tidak akan cukup segala batas fikiran yang diberi tuhan. Kekadang nafsu memainkan peranan yang cukup dasyat sehinggakan aku seringkali tertewas pada kehendak, dan melupakan sejenak tuhan. Perhitungan yang aku rasa rasa sangat tidak adil untuk tuhan. Melupakan pencipta yang telah menciptakan kamu.

Sebentar kemudian aku terjaga dari mimpi, apa yang aku lakukan itu hanyalah sia-sia dan mengundang padah keesokan hari. Lantas aku susun semula jalan-jalan yang kian retak itu dengan segala bagai simin yang dipilih dari tujuh gunung. Namun, penyesalan itu tiada henti.

Hari ini aku masih menyusun jalan aku sendiri, kanan kiri. Ganjakan aku tidak akan lagi ke belakang, hanya sekadar mengintai. Jalan yang telah siap aku susun itu mungkin tiada penghujung nya, atau mungkin tidak akan menemui sungai indah. Untuk aku meneguk kehausan. Walau tuhan tidak mahu berbicara dengan aku, sudah dia memahami bahwa jiwa anak muda ini masih mentah dan degil akan hebatnya kepasakan dunia.

Tuesday, October 18, 2011

Merasa down

merasa down dan merendah diri pada manusia.

kalu ingin aku susun kata-kata indah untuk menusia mengerti akan kesusahan mencapai sebuah kejayaan, mungkin ini yang terbaik. 

Eleanor Roosevelt
Masa depan adalah milik mereka yang percaya pada indahnya mimpi-mimpi mereka. 

Kebanyakan manusia hanya mampu bermimpi di sepanjang malam dan terus terlena sampai keesokan harinya, dan apabila fajar mentari sudah mula menampakkan muka, bermulalah kehidupan yang biasa bagi dirinya. kehidupan yang hampir seluruh manusia di bumi memiliki. Semangat yang terus berjalan dalam diri ini jika tidak diasah dan dituturkan pada manusia, ia akan lama kelamaan kian pudar dan menjadi lemah.begitulah umpamanya sehelaian kain, jika ia dibiarkan diterik mentari tanpa sesaat untuk bertuduh, lama-lama ia akan semakin pudar kerana dek panasnya sinar mentari. semangatmu bukan satu yang sia-sia, bahkan ia sesuatu yang diciptakan untuk memandu arah dan perjalanan manusia, samada ke jalan kiri atau kanan atau kedua-duanya. Masa depan itu adalah milikan pada manusia yang berani bermimpi di malam hari dan yakin bahawa mimpinya adalah kebenaran. Aku tidak pernah serik untuk bermimpi berada sebaris dengan mereka, kerana bagi aku setiap manusia adalah layak untk berada disana, cuma yang membedakan adalah sejauh mana usaha yang telah aku berikan, sebagus mana jalan yang telah aku susun. bagaimana kalau setiap harinya jalan-jalan yang aku lalui kian berliku dan berpatah aral. Kalu bukan kerana semangat pada mimpi, pasti jalan itu sudah hilang. Kerana semangat dan kepercayaan yang memandu arah manusia.

Andrew Carnegie
Biasakanlah untuk berpikir bahwa sukses hanya tinggal selangkah lagi dan pasti akan diraih, niscaya masa depan yang cerah akan ada di depan Anda.

Kita sering bertanya pada diri kita bahawa pada tahap ketinggian mana kita harus berdiri, serendah mana harus kita duduk. Tidak semua apa yang kita buat akan menemui hasil dalam masa yang singkat, ttidak semua yang kita bicarakan pada hari ini akan menjadi isu hangat pada keesokan harinya. Untuk menjadi manusia yang hebat seseorang itu harus mempunyai satu aura yang tidak mungkin bisa dicari pada manusia yang lain, kekuatan yang ada pada diri, kehebatan yang pada aku adalah sesuatu yang ganjil pada mata manusia adalah sesuatu yang penting. Apa itu kehebatan? kehebatan pada pandangan aku adalah sesuatu yang tidak ada pada mnusia yang lain, dan dia mencapai sesuatu itu pada tahap yang tertinggi. Maka, bagaimana kita hendak meletakkan diri kita jika kita tidak mengetahui setakat mana kebolehan kita, apa kepakaran kita. Jawapannya adalah dengan mencuba segala bentuk jalan, berliku senang bengkok ataupun lurus. tapi pastikan bahawa setiap jalan yang kita susun itu mempunyai matlamat biarpun matlamatnya jauh berbeda antara satu sama lain. Tuhan menberikan manusia jalan yang susah itu supaya mereka bersyukur pada keesokan harinya. kalau tuhan sudah menjadikan kita berjaya, bagaimana kita harus bersyukur bukan.

Petua terbaik untuk menghilangkan stress or 'down'.

Langkah yang terbaik untuk aku menghilangkan stress dan juga merasa down adalah dengan tidur. kerana bagi aku, tidur adalah sesuatu yang cukup indah, biarpun didunia ini semua manusia membenci kita, namun didunia mimpi, masih ada lagi yang suka akan kita. kerana dunia mimpi itu adalah dunia kita.

Keduanya aku selalu menyembunyikan perasaan down itu pada pandangan manusia, dengan menjadi seperti biasa sedia kala, kerana dengan cara itu, kita akan sedikit sebanyak mengubat rasa down dan merendah diri kita pada manusia. Mungkin ramai manusia yang lebih banyak bagus dari kita tapi tidak ada sesiapa yang sebagus kita. 

Ketiganya adalah dengan mempertingkatkan kebolehan diri dan personaliti. Mengapa manusia yang hebat-hebat mempunyai perwatakan yang menarik dan berkesan, kerana itu adalah salah satu cara mereka untuk mengelak dari merasa down dan merendah diri. Percaya atau tidak, kita merendah diri kerana 90 % perwatakan kita tidak menarik dan 10% kita tidak mempercayai diri sendiri. Bagi aku, kepercayaan pada diri adalah sangat penting, even bila semua jari jari telunjuk manusia menuding kita, at least kita masih ada diri kita. semangat kita. 

sekian.

syg semua :)



Wednesday, October 12, 2011

Lagu dan Cinta :)

Pada satu masa dahulu, aku tidak pernah terlintas untuk membuat sekeping lagu untuk diri aku sendiri. bahkan juga sebuah puisi. Tapi apabila aku berjinak-jinak dengan dunai yang penuh ilusi, aku mula mengambil masa untuk memehami akan kehendak sebenar diri, lantas mencari medium yang paling sesuai untk meluahkan rasa, iaitu hanya dengan sekeping lagu.


Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah dan hadapilah ia.


Sesungguhnya setiap lagu-lagu itu harus mempunyai makna yang sangat mendalam, dan selalu nya mengena pada jiwa seseorang. kadang-kadang lagu itu juga harus mempunyai ayat yang 'kecci' bemaksud, sesuatu yang bisa menarik sesiapa sahaja untuk mendengar, iaitu tujuan utama penciptaan lagu. Sesuatu lagu itu tidak semestinya sempurna, hanya cukup dengan bentuk dan ayat. apabila sekeping ayat, di ritmakan,maka akan terhasil lah lagu. Melodi pula adalah perasa dalam sesebuah lagu, apabila sedap perasa nya, maka lagu itu akan senang diterima. biasanya sesebuah lagu akan mempunyai pelbagai rasa. 


Sesetengah pencipta lagu, secara umumnya, akan mencipta melodi dahulu, baru mencipta lirik, kekadang ada juga yang mencipta lirik dahulu. kaedah kedua amat susah kerana harus mencari melodi yang sesuai supaya lirik mengena pada lagu tersebut. Seperti kebanyakan lirik lagu, jika diperhatikan, penulis akan mengelak dari menggunakan perkataan yang negetif dan mempunyai makna yang berbeda. Ia bertujuan mungkin supaya, pendengar tidak akan berasa sakit hati mendengar lagu tersebut, atau mungkin juga untuk mengekalkan mood pendengar.


Mencipta lagu adalah seumpama mendalami cinta. Perlukan masa dan pengertian yang mendalam, ada masa kita akan tersilap memilih lirik, dan kekadang melodi cinta yang kita tulis tidak sebagus yang kita harapkan. Namun, penciptaan nya harus diteruskan supaya ia tetap terhasil. 
Kita sentiasa mencari makna sebenar kita, hingga kekadang kita hanyut dalam hubungan. dan hubungan itu akhirnya selesai.Apabila kita ingin mengubah nya menjadi lebih baik, ia sebenarnya sudah rosak teruk. Dan pada masa itu, yang tinggal hanya sisa.


Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan.