untuk siapa2 yang masih tidak tahu, ingin sekali aku maklumkan disini bahawa 4 ari yang lepas aku telah menghadiri festival mahasiswi UM @ Femina 2009 dan Anugerah Merdeka 2009, yang baru sahaja berlansung tadi (8-12mlm di Dewan Filharmonik KLCC).
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan tenteram sekali, kedua2 prorgam ni amat berguna pada mahasiswa khususnya untuk aku sendiri. Program Femina adalah merupakan sebuah program anjuran MPMUM atas kelolaan Saudari Ayuni iaitu Su kepada MPMUM. Antara aktiviti yang ada adalah seperti pameran dan jualan. Aku amat tertarik dengan semangat yang dibawa oleh ayuni sendiri, tentang sebuah perjuangan yang bagi aku adalah kemestian bagi semua pihak, cuma dia di landasan sana dan aku dilandasan ini. Terpegun dan tertakjub juga aku dibuatnya.
Tahniah diucapkan buat semua kepimpinan MPMUM dan Ajk Femina sendri. Layanan yang diberikan adalah terbaik dan cemerlang. Banyak juga pengalaman baru dan bergna yang berjaya aku kutip dan semua pengalaman ini akan aku cetuskan supaya aku terus berjaya. Terima kasih kepada saudara Alif, Anif dari um kerana sudi menjadi sahabat kami sepanjang femina2009 berlangsung. Sahabat2 yang lain dari UUM ( Najhan dan sallam), UPM, UNIMAS(Bismi) dan kawan2 se U yang lain, aku amat senang sekali bersama anda semua. Diharapkan semoga program seumpama ini diteruskan dimasa hadapan.
semoga 'masa' aku kan terus berjalan.