itulah sahaja perkataan yang mampu aku rungkaikan apabila melihat persiapan sempena kempori diraja pengakap terengganu. Segala persiapan telah diatur dengan begitu teliti sekali. Gajet2 dan pintu gerbang utama setiap kontinjen telah berjaya dinaikkan. Kempori Diraja adalah merupakan satu program perkhemahan yang dianjurkan oleh persekutuan pengakap terengganu dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri dan akan bermula pada 29 oktober dan berakhir 1 November 2009, bertempat di kem telaga batin, Pantai Teluk Ketapang. Kempori ini dijangka akan mendapat penyertaan daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ismail selaku penaung kepada pengakap terengganu dan beliau akan bersama-sama ahli pengakap selama 3 hari berturut-turut.
Syabas diucapkan dan semoga perkhemahan ini akan berjaya dengan gemilangnya.
JOM g Camping..................
eh2 exam lak nie.....huhuhuhu
g exam lu....
pintu gerbang utama masuk ke kem telaga batin
khemah diraja, tempat tinggal Sultan Ismail semasa perkhemahan
sahabat dari pengakap kuala terengganu
halangan yang berjaya dibina oleh urusetia