Sunday, January 7, 2018

Sekuntum lili sebuah tasik

sekuntum lili sebuah tasik. putih dan segar. mempersona mata-mata yang memandang.
sekuntum lili sebuah tasik. tenang dan sabar. dalam arus laju, dari hulu.
sekuntum lili sebuah tasik.

Kau sekuntum lili disebuah tasik, yang ganas dan bahaya. Dikanan mu kecewa dan derita, di kiri mu harapan dan berita. sentiasa menyinggah di hati hati manusia yang dahaga, kau sekuntum lili disebuah tasik.

Hari ini lili itu tampak ceria, dalam duka. ditegur sedikit, oleh masa silam. si penjaga masa. kerana kau sekuntum lili disebuah tasik.

teruslah mekar wahai lili ku, biar tasik harus bergelora, kerna kau cantik dan mempersona, untuk hati-hati yang tahu berharga.


membunuh masa

yang putih itu tidak selalunya cantik. yang hitam itu tidak selalu nye keji.

Ini sebuah kisah. tentang anak kecil yang membunuh penjaga masa. termenung anak ini dihujung jendela. melihat jauh ke bukit sana, menanti sebuah jawapan yang masih jua tak kunjung tiba. berharap dengan kepastian, semoga hadir cahaya terang.

Sekumpulan burung membawa berita dari sang Raja, mahu bersemuka dan mereda lemas didada. Akan sebuah persoalan yang telah lama, dan usang.  terbuang. Berkatalah si anak kecil itu kepada burung burung, jika benar segala berita, lanjutkan pesan ku kepada si raja. "bertemulah kita di hujung dunia, ditempat langit bertemu laut, dan panas bertemu sejuk, akan ku beri jawapannya disana". lalu terbanglah si burung mengadap sang raja, menurut perintah dari si hamba.

Hairanlah si raja, dengan permintaan anak kecil itu. Sepurnama dia berfikir akan tempat pertemuannya. maka dikerahkan segala nujum merungkai madah, menyingkap kosa kata tapi tidak berjaya. Setelah kecewa, lalu berangkatlah raja itu bertemu anak kecil tersebut di rumahnya. Hai anak kecil, aku tidak mampu menjawab permintaanmu. Namun cubalah selesaikan permasalahanku, "Penjaga masa telah melakukan onar di daerah beta, bagaimana beta mahu membunuhnya?"

Maka anak kecil itu menjawab, segaralah melakukan sesuatu, jangan ditangguh dan jangan ditunggu, jangan hidup dalam ruang lingkup masa, tapi hiduplah melangkaui nya. dengan itu, kau akan berjaya membunuh penjaga masa.






Saturday, December 30, 2017

Kita sedang hidup

kita mungkin salah, dan mungkin juga betul. mereka juga mungkin salah, dan mungkin juga betul.
seorang tuan bertanya kepada hambanya. dimanakah burung itu bersiul. Maka sihamba menjawab aku tidak tahu kerana aku tidak melihatnya.

Si tuan menjawab, seekor burung bersiul di atas sedahan ranting, juga sedang bersiul di atas sehelai daun, atau juga di atas sekeping bumbung rumah. setiap dari andaian kita mungkin betul dan mungkin salah. ia bergantung kepada apa situasi kita dan dimana kita berada. semestinya jika kita berada paling hampir dengan burung tersebut, kita mampu melihatnya bersiul dimana. Namun jika kita berada jauh kita cuma mampu mendengarnya bersiul dan tidak mampu melihatnya. Dalam masa yang sama, kita perlu lekas membuat keputusan. Dalam situasi begini, kita hanya mampu menjawab apa yang bermain di kepala kita. Limitasi berdasarkan lima deria manusia.

Seperti juga kehidupan, kita tiada deria untuk melihat masa hadapan, jadi kenapa kita sibuk berfikir untuk mendapatkan jawapan yang betul, sedangkan pilihan yang betul atau salah itu bergantung sepenuhnya kepada dimana kita berada. Apa pun keputusan yang dibuat, akan jadi betul bila tiba masanya. Walau dimana pun burung itu berada, namun keputusan kita tetap akan memberikan keputusan yang tetap sama, iaitu burung itu sedang bersiul. Kenapa kita fokus kepada dimana burung itu bersiul sehingga tidak mampu melihat kemerduan siulannya. Kenapa kita fokus kepada kesalahan sehingga tidak mampu melihat kecantikan.

benar kita sedang hidup walau dimana pun kita berada. Jadi hiduplah sesungguhnya.


Saturday, December 23, 2017

mewarna langit

Disana ada satu dunia yang penuh riang dan gembira. Sebuah dunia penuh dengan anak kecil, seperti kita. Yang hidup penuh impian, dalam mimpi yang mekar dan harum. Disana masih lagi ada padang luas yang rumputnya hijau, langitnya cerah membiru. Tempat bermain anak-anak kecil, gembira.

Dihujung hujung mata, redup pepohon tempat burung kecil berteduh, dari angin kuat ini. Untuk kita.Disana itu, ada gunung-gunung tinggi. tempat rehat angin garang ini. untuk seketika. Angin yang garang ini, reda dengan kelembutan gunung, penuh kasih dan belaian. Hingga redup menjadi awan.

Telah aku kata, disana akan ada satu dunia yang hijau penuh riang dan gembira. Anak kecil itu pasti ada disana dan gunung itu pasti ada disana, awan itu pasti ada disana. burung kecil itu pasti ada disana.


-idealist-




Sunday, December 17, 2017

Mencongak lapis langit

Hari itu sama seperti hari hari biasa. Duduk di jendela memerhati awan. beratur mengikut aturan. biru dan putih. Tidak seperti biasa, hari ini dia merenung jauh ke pusat langit, mencari cari petanda yang telah sekian lama dicari, sesuatu yang tiada kata dapat mengungkap, tiada rasa yang dapat diluah. Dia memerhati jauh jauh dengan mata hati. Jikalau ada sesuatu disana.

Pintu rumah itu kian tertutup. Pada secebis harapan dia berharap akan kewujudan, harapan yang harus dia punya, akan masa depan yang belum pasti. Rumah ini pasti akan dia tinggalkan suatu hari nanti, kepada yang lebih layak menyusun langkah, untuk kelangsungan harapan itu. Bukan biasa biasa rumah ini, ada rasa dan nafsu. Untuk terus hidup dan mekar. Harus hidup dan harus mekar.

Dia bukan siapa siapa. Hanya sebatang tiang di rumah lama.


Saturday, November 4, 2017

prakarsa prakarsa awan

angin yang bertiup, di balik bukit bukit. tetap akan sejuk, dan mendamaikan. sekian lama kau bersama, kini tiada lagi.

mencongak sedikit masa yang ada. dalam dunia yang banyak perlu diubah. arah tujuan. peluang tu kekadang datang hanya sekali sepanjang kita didunia, lalu dipersiakan segala nya. hanya kerana TAKUT.

tengok disana, awan tidak takut untuk bergerak ke utara mencari air. lalu menjadi petir dan melimpahkan banjir ke seluruh benua. kerana ia tahu, dibawah sana ada lagi manusia yang menghargai dan mengerti. ada benua disana, yang mengharapkan curahan nikmat dan nyawa dari Tuhannya. lalu didatangkan dalam bentuk hujan, seminit lagi nyawa untuk dirasa.

Tengok disana, matahari yang kepanasan. Hangat dan meresahkan sebilangan. namun ia tetap terus berani dan cekal memberi cahaya, kerana tanpanya, nescaya manusia akan hidup dalam kegelapan seusia. Lalu disyukuri oleh sebilangan pula manusia, kerana kasih dan nikmatnya, yang besar dan Maha besar. 

lalu jangan lagi takut mendepan dunia dan masa, kerana disatu sudut ada lagi yang menghargai, walau tanpa suara, mereka ada. disana.

Berusahalah menjadi yang terbaik, untuk semua. jika mereka tidak menghargai sekarang, satu hari mereka akan menghargai.

Monday, August 28, 2017

ribut kuat

kawan, kirim pesan kepada angin, jangan menjadi ribut.

bercakap dengan angin. indahkah suaranya. lembutkah tingkahnya. gugur dari segenap bahasa. jiwa dan raga. aku ini apa.

angin lembut membelai lagi. diribut segala masalah dalam kenangan yang gugur bak helai daun kering. telah sempurna penghayatan nya tentang hiudp. larut dalam masa berbeda dari sebelum. hanyut dalam ruang masa di kuala sahabat. lihat dititisnya akan segala dendam guruh di hujung sana. pantai dan pasir indah. putih dan kebiruan. aku terbaring di satu sudut. memandang ke hujung laut. horizon kata mereka. padahal aku lemas sendiri dalam udara segar. nah. simpul kembali memori dalam masa jujur ini.

pokok itu tahu akan suasana segala rasa. dari redup redup garangnya. menahan angin ribut kuat dari seberang. didepaninya segala rasa cukup kalau hendak digugupkan kata kata ini. sedap tapi buruk. keluar kecerdikan ini semula. cukuplah bahagia ini bagi aku.

gugur tiupan ini dimana ada guruh, disitu ada jenakanya. kembali ketawa dalam masa opres. lantas di cukupkan itu baginya. kenapa sempurna yang dikau mahu, sedang yang tak sempurna itu membahagiakan. lihat ribut itu, kuat dan garang, namun dia membahagiakan sesetengah. pernah kau memahami ribut. atau kau sekadar meng'assumsiasi diri. kau lah ribut itu. tidak bukan aku.

ribut ini akan berlalu pergi disatu saat manusia tidak menghargai. kebaikan untuk dikongsi bukan untuk meninggi. ribut untuk dimengerti bukan untuk di'assumsiasi.