yang putih itu tidak selalunya cantik. yang hitam itu tidak selalu nye keji.
Ini sebuah kisah. tentang anak kecil yang membunuh penjaga masa. termenung anak ini dihujung jendela. melihat jauh ke bukit sana, menanti sebuah jawapan yang masih jua tak kunjung tiba. berharap dengan kepastian, semoga hadir cahaya terang.
Sekumpulan burung membawa berita dari sang Raja, mahu bersemuka dan mereda lemas didada. Akan sebuah persoalan yang telah lama, dan usang. terbuang. Berkatalah si anak kecil itu kepada burung burung, jika benar segala berita, lanjutkan pesan ku kepada si raja. "bertemulah kita di hujung dunia, ditempat langit bertemu laut, dan panas bertemu sejuk, akan ku beri jawapannya disana". lalu terbanglah si burung mengadap sang raja, menurut perintah dari si hamba.
Hairanlah si raja, dengan permintaan anak kecil itu. Sepurnama dia berfikir akan tempat pertemuannya. maka dikerahkan segala nujum merungkai madah, menyingkap kosa kata tapi tidak berjaya. Setelah kecewa, lalu berangkatlah raja itu bertemu anak kecil tersebut di rumahnya. Hai anak kecil, aku tidak mampu menjawab permintaanmu. Namun cubalah selesaikan permasalahanku, "Penjaga masa telah melakukan onar di daerah beta, bagaimana beta mahu membunuhnya?"
Maka anak kecil itu menjawab, segaralah melakukan sesuatu, jangan ditangguh dan jangan ditunggu, jangan hidup dalam ruang lingkup masa, tapi hiduplah melangkaui nya. dengan itu, kau akan berjaya membunuh penjaga masa.