Monday, April 5, 2010

jika kau bisa membaca......

kalaulah jika kau mampu membaca hati ini, pastikan kau akan mengerti betapa peritnya rasa cemburu dalam jiwa, bila mana harapan yang kita tabur, janji-janji yang kita semai, berkecai di sekerat jalan.
kalaulah kau mendengar akan hasrat hati ini akan aku janjikan masa depan itu, yang hanya kita berdua, namun harapan itu hasrat itu hanya tinggal sekadar hasrat.
kalaulah kau mengeti akn bertapa besarnya hati ini untuk melihat kau dan aku bahagia, lebih bahagia dari kita sekarang.
kalaulah setiap dari rasa lubuk hati ini aku bisa kepilkan menjadi bait-bait cinta agar kau mengerti akan perasaan ini, aku pasti kau akn mengerti.
kalaulah bisa saja kau cernakan setiap dari nasihatku ini menjadi sesuatu yang amat penting untuk kau amati, nscaya jua cinta ini akan berpanjangan.
kalulah aku diberi peluang merantau ke masa yang lalu, akan aku tinggalkan kau jauh diawalan, karana setiap masa depannku adalah masa yang amat perit dan sakit sekali.
kalaulah kau tahu betapa sakitnya rasa cemburu ini, melihat kau bermain kata dengan jejaka lain, pastinya kau akan mengeti setiap dari sudut hati kecil ini.
kalaulah setiap manusoia tahu yang kau itu milik aku, pastinya mereka-mereka menjauh darimu.
kalaulah kau mengerti jiwa dan perasaan aku, apa yang aku mahukan dari seorang kekasih, nescaya kau akan merasa apa yang aku rasain.
kalaulah aku tahu jika rasa cinta ini akan merobek seluruh hati aku, membiar aku dilembah kemaksiatan, memburukan kan jiwa membuaskan nafsu, tidak akn aku minta semua itu.
kalaulah kau yang bernama kekasih tahu bahwa disetiap doaku, solatku aku sentiasa mendoakanmu pastinya kau akan mengerti betapa pentingnya kau pada aku.
kalaulah kau kekasih tidak mengerti akan aku, siapa lagi, kalau kau tidak mahu mendengar permintaan hati ini mengikut apa yang hati ini mahukan maka siapa lagi?
kalaulah disetiap saatku aku bisa membisu, menahan setiap perassan ini sehingga aku hancur dengan sndiri, namun aku tidak mampu.
kalaulah aku bisa ucapkan perkataan itu padamu.................

namun aku xmampu
kau kau sentiasa bermain diminda ku, kekasih.

Friday, April 2, 2010

ya betul kita sentiasa memikirkan perasaan mereka-mereka yang memerhati kita, biarpun diri kita dihasut seribu rasa resah. Kekadang perasaan yang kita simpan ini akan terus terbuku dan menjadi racun pada jiwa, Apa yang kita usahakan itu tidak pula menjadi persoalan buah mulut bagi sesetengah mereka, bahkan menjadi najis fitnah yang cukup memudaratkan semangat.

Apakah setiap rasa yang aku jagai ini akan dimengertikan oleh mereka, adakah mereka itu menghargai setiap daripada apa yang aku kerjakan, adakah Dia masih mendengar permintaan aku ini....

Pastinya aku mesti teruskan perjalanan ini biarpun sukar, dan aku mesti terus bersabar......

Exam yg merisaukan

bersa takot dengan keadaan memaksa aku untuk tidak mengambil sebarang risiko, persaan takot ang sungguh menebal dalam diri membuatkan aku berasa cukup lemah dikalangan mereka-mereka. Biarpun telah aku cukupkan meter semangat, namun perasaan takut cukup berkuasa merendahkan diri aku.

Sekarang sudah masuk hari ke 5 dalam musim demam pepriksaan, namun rasa risau yang utuh menyelubungi diri membuat segunung rasa malas semakain menebal, aku risau kiranya perjuangan kali ini aku akan tertewas lagi, biarpun dalam penilaian mata-mata duniawi semata-mata. Pengalaman lalu banyak mengajar aku tentang betapa peritnya sebuah kegagalan. Biarpun langkah awal yang ku buat memungkinkan kegagalan itu gagal. Seringkali hati aku berdetik kencang, risau akan masa depan yang belum pasti yang aku semestinya mengharapkan sebuah kejayaan.

Biarpun ayat yang aku lantunkan disini tidak sehebat karyawan, susunan nahunya tidak secantik mahakarya agung, namun inilah suaru kerisauan aku, alangkah baiknya jika aku bisa saja hilangkan rasa risau ini seumur hidup aku.

Thursday, April 1, 2010

Maaf lama x update

minggu ini adalah minggu yag agak sibuk juga bagi aku, kerana terpakse melibatkan diri dalam banyak perkara, ditambah pula dengan pepriksaan akhir yang cukup benar memenatkan minda dan tubuh, Dalam miggu ini aku perlu menyiapkan 3 paper work untuk dihantar ke bahagian hal ehwal pelajar umt, untuk meneruskan kelangsungan program scout di UMT, antara lain program yang aku rancangkan adalah kursus motivasi untuk pelajar sekolah kebangsaan manir pada bulan julai nanti, dan juga program baktisiswa di felda Mengkuang triang pahang darul makmur, program yang sepaptutnya diadakan pada tahun 2008 terpakse ditunda ke tahun ini kerana desakan masa dan pengurusan yang silih berganti, 

Baktisiswa ini menuntut aku untuk memberikan komitmen yang cukup tinggi dan berterusan sepanjang cuti sem nanti, banyak perkatra yang aku harus laksanakan sebelum aku balik cuti ke kampung halaman. Manalah nak cari sumber bajet yang banyak untuk program seumpama ini kalau bukan dari badan2 yang berkenaan. Pengalaman mencari dana untuk program yang lepas banyak mengajar aku bagaimana selok belok perjalanan sesebuah program tajaan, tak semua yang kita rancangkan akan berjaya dilaksanakan,disaat kita amat memerlukan, disitu lah doa2 dan tawakkal banyak membantu.

Cuti semesta nanti bermulalah latihan industri bagi aku, bermula pada awal bulan april, dan berakhir pada awal bulan julai, tidak sabar rasanya aku untuk pulang ke kampung laman. Bertemu anak-anak buah yang tersayang. Cuti yang bakal menjema nanti akan memerlukan aku mengerah segenap tenaga dan kudrat supaya aku bisa mendapat keputusan yang cemerlang untuk semesta depan. PITA mungkin jua akan banyak memabntu aku, harapnya begitulah. Namun kali ini, harapan mungkin jua akan tinggal harapan sepert kebiasaan, biarlah sedikit kudrat yang aku usahakan ini akn membuah kan hasil walau sedikit pun, aku mahu juga merasa akn hasil itu.

Aku berharap agar dengan segala perancangan yang aku ukirkan dilembar-lembar Kalender UMNO 1 Malaysia (thanz kak na for this beutiful calender, love it) ini akn membuatkan hasil, dan segala perancangan itu akan tersiap simpul dengan rapi sekali. sekian, kena belajar lagi...hari ahad ini ak ada paper hdyrologi dan juga OSHA...wish me luck my friend, no matter where u are.....






Tuesday, March 30, 2010

terang bulan


terang bulan

c      am        f        G
bulan bintang berkelipan di angkasa
c    am       F     G
terang malam oh kerna cahyanya
C    am        f        g
andai bulan hilang jauh pandangan
c    f    g
pudarlah terang malam insan


c      am        f        g
kasih cahayamu menerangi oh alam dunia
c    am       F     G
terang cintamu menyuluh rasa di jiwa
C    am    f    g
andai hilang, cintamu oh kerananya
c       f        g
kelamlah seluruh perjalananku


c      am        f        G
bulan sampaikan rinduku oh kepadanya
c    am       F     G
bisik hati ini selalu ingin bersama
C    am        f        g
andai hati bisa ku pergi oh kepadanya
c         f        g
pasti terang sinar cintaku




dedicated to my love one....sorry for averything that i hv done, i miss u alot....

Sunday, March 21, 2010

manusia ini


aku adalah manusia yang memang lemah dalam soal cinta, 
aku adalah manusia yang akan mencorakkan warna hidup aku
aku adalah manusia yang sering mensia-siakan peluang yang diberikanNya.
aku adalah manusia yang sedar siapa aku sekarang dan apa yang akan aku jadi,
aku adalah manusia yang ingin melihat bahawa nanti, manusia ini akan melebihi kamu. 
aku adalah manusia yang hanya mampu tersenyum bilamana manusia bermasam muka
aku adalah manusia yang mencuba untuk menjauh dari rasa cinta, kerana aku sedar ia bisa menghancurkan aku.
aku adalah manusia yang sedar akan pentingnya masa depan yang cerah, biarpun terpaksa menempuh onak dan duri yang berliku-liku
aku adalah manusia yang masih mencari sebuah pengertian dalam kehidupan yang panjang 
aku adalah manusia yang sering mencuba menjadi yang terbaik dalam cinta, namun kali ini aku lemah.
aku adalah manusia yang hanya mampu terserah pada takdir bilamana malaikat menjemput aku
aku adalah manusia yang cuba untuk lari sejauh yang mungkin dari kehidupan ini
aku adalah manusia yang sering beranggapan diri aku tidaklah sehebat kamu-kamu disana.
aku adalah manusia yang suatu ketika dahulu takut untuk menghadap cermin hanya kerana aku kurang keyakinan diri.
aku adalah manusia yang ingin melihat keamanan berputik di mata pemerintah
aku adalah manusia yang sering tersesat jauh bilamana cinta Mu tiada lagi dihati.
aku adalah manusia yang membenci sifat kedekut dari seorang sahabat
aku adalah manusia yang masih mencari dimana diriMu oh Kekasih.  
aku adalah manusia yang tuah nya datang sekali dalam seumur hidup

aku adalah manusia yang ingin merubah diri dan insan ini untuk aku

aku adalah manusia yang masih mencari makna dirinya.
aku adalah manusia yang berasa.......

alangkah baiknya jika dikau mengerti manusia ini.

Saturday, March 20, 2010

khas untuk kawanku

dalam dunia percintaan manusia itu sering kali terhanyut dalam perasaan, yang bila mana mereka merasa cukup bahagia dan tenteram bersama kekasih hati, mamang cukup indah saat itu bilaman kau dan aku bertemua dan kita bermesra seperti dua insan yang saling sayang-menyanyang, maka dunia pun memerhatikan kita, melihat tingkah dan cara kita berdua, kerana cinta pada saat itu cukup indah bagi kita.

Namun kawan, bisa saja aku ingatkan, cinta itu tidak selamanya indah, kuasa-kuasa luar akan cuba meretah rasa cinta itu dan membiarkan tulang temulang berbogel tanpa daging, rasa kasih yang dahulu wahai kawan, yang kau ukirkan itu akan menjadi segumpal dendam yang akan menhasut jiwa dikau menjadi sang laksana arjuna.
Duhai kawan, jika ini saat kamu jatuh cinta, maka beringatlah, tidak selamanya pantai akan tenang, ribut akan jua melanda. Duhai kawan andainya, dikau hari ini hati bersorak gembira, nescaya esok lusa deritamu akn menjemput jua, maka kawan, hiasilah rasa cintamu dengan penuh rasa setia, bertindaklah dengan penuh bijaksana, tiada manusia yang dapat menandingi kesempurnaan sifatNya. Terimalah rasa cinta itu dengan hati yang terbuka. Jangan dikau berbangga dengan rasa cinta yang dikau miliki, kerana manusia kian lupa, bahawa rasa takabbur akn memakan diri. Raikan cinta mu wahai kawan dengan penuh kesabaran, kerana onak dan ranjaunya lebih menjanjikan sengsara. Jangan sesekali dikau kawan, menurut nafsumu, kerana penyesalan yang dikau akan ukirkan tidak mampu tertanding lagi.

Beringatlah wahai kawan, andai dikau punyai kekasih, jagainya dengan sebaiknya.