Friday, May 21, 2021

Mengenal Laila

Mungkin kita kenal terlalu seketika dalam kancah dunia yang mendebar. Di tengah tengah kota Parsi lama ditepi puing puing Al Hamra. Berlari bersama bunyi dan memandang bersama sama segaris cahaya suria, disaat semua masih aman dan dunia masih indah.

Mendung awan yang berlalu di masa itu tidak semendung awan masa ini. Memang aku menyaksikan kecantikan dan keindahan mu ditengah tengah kota Parsi, ketika segala rasa dan cinta padamu, memutik. 

Kota Al Hamra menjadi saksi bagaimana sebuah keagungan jiwa dan cinta menjadi rasa.



Sunday, May 16, 2021

Sebaris Pelangi

Tuhan sebaris pelangi yang Kau janjikan, mana.

Tuhan, segulung awan putih yang Kau janjikan, mana.

Dimana secalit cahaya yang dijanjikan dalam kalam terindah, disebut sejuta kali, mana.

Tuhan antara dua, dan antara satu, mana.

Terpuruk lagi di ceruk ceruk dinding jiwa yang gelap gelita dalam sudut-sudut yang kecil, mana.

Tuhan salahkah aku yang bertanya. Dalam segenap derita dan gelita yang dirasa, kosong mengharap jiwa ini menjiwa menjadi sesuatu. Salahkah aku Tuhan yang senantiasa ingin kembali menagih usia. Dalam sepi sepi umur yang panjang ini, yang telah habis dirundung derita. 

Salahkah aku yang bertanya. Tuhan salahkah aku yang bertanya.



Monday, May 3, 2021

Stanza sang malaikat

Hari esok yang akan mendatang tidak lagi seperti hari hari yang berlalu, dalam dakapan yang hangat dan berselindung. Di hari itu akan ada malaikat datang menyelamat jiwa jiwa yang sunyi dan kosong, dari segala harapan, hidup untuk hari itu dan bukan hari hari yang telah berlalu.

dan malaikat itu berpuisi stanza duka.

Kau manusia cuma suka berharap hingga lupa untuk BERUSAHA. Selalu menuduh sang bulan kerana kurang cerahnya hingga lupa melihat bintang yang bercahaya. Dalam kekalutan, lupa untuk menghargai. Dan dalam ketenangan, lupa untuk berjuang.

Saturday, May 1, 2021

Buluh dan pelangi

Hidup memerlukan pengorbanan dan dalam pengorbanan memerlukan keikhlasan yang terselit kecil dicelah-celah perit kehidupan. Sepertimana pelangi nan indah, muncul dikala hujan berlalu dengan tibanya mentari yang hangat. Setiap pengorbanan akan membuahkan nikmat kejayaan.

Kau melalui satu fasa kehidupan, yang fasa itu terlalu panjang, hingga kau lupa betapa indahnya berada diatas garis garis kebahagiaan. Perjuangan yang belum tamat ini memerlukan engkau kuat dan berjasa, dalam rumpun rumpun buluh, yang tegaknya karena udara. Belajarlah dari rumpun buluh yang tegaknya bersama, lurus dan tinggi nya berperingkat, kerana itulah yang menguatkan.

Jadilah berguna seperti buluh.



Saturday, April 24, 2021

Menunggu hujan

Jangan kau menunggu aku dibawah hujan takkala aku sedang basah dan mentari masih belum tentu akan tiba. Jangan kau menanti aku dibawah mentari terik, sedang basah peluh meniti dibibir kudrat. Jangan kau melihat aku, sedang terbaring kaku, menunggu suasana damai. Kau tahu aku bukan mampu membiarkan kau begitu.

Jangan kau mendengar cerita cerita omong. Tentang indahnya hidup tanpa cita cita. Disaat kau membunuh minda yang usang, dalam peluh penuh kudrat. Kau bebas. Dan kau tahu disana impian kita bersatu. Lembut dan damai.



Wednesday, April 21, 2021

mimpi yang terperangkap

Berlalu seketika dalam medan garis masa yang terlalu luas. Mata terpejam dan minda meronta. Mencari cahaya yang terang. Dalam gelap kita terperangkap dalam ruang masa. asyik kita menghirup nafas hingga lupa dimana ada. dalam perjalanan yang singkat ini.

kitakah itu yang terperangkap dalam mimpi mimpi manusia atau sebenarnya mimpi mimpi kita yang terperangkap. Dijerut dan dibungkus oleh sesuatu. Yang kita tanpa pasti menuduh.

dan kita berlari mengejar masa dalam jerutan itu. Melangkah berat mencari arah tanpa sedikit pun tahu keinginan. apatah lagi keimanan. Dan jerutan itu semakin menjerat hingga nafas kita menjadi sempit. Hidup kita menjadi perit. Namun kita terus melangkah hingga penamat.

Lubuk masa itu terlalu dalam. menjerat jiwa jiwa yang lapar akan sesuatu impian. Dan disitu makhluk makhluk ganas mengesa jiwa jiwa hanyut menjadi mangsa. Dalam tak rela, kita lemah menjadi titis titis syurga. Nah itu kah kita. 



Tuesday, April 20, 2021

Langit Pagi

Langit pagi yang terang mencari aku dihujung cerita, biar tersenyum seketika mencari anugerah. hidup dan gugup. yang terpendam jauh.

Langit pagi yang terang menanti aku dihujung pelangi. menjanjikan segulung awan putih menjadi sedikit impian yang nyata. biar pun masih mampu tersenyum dalam perit perit ungu jingga dan hijau. Masih mampu.

Demi langit pagi yang benderang yang dihujung sana terletak semua impian.