mungkin kita terlalu merindui mentari hingga lupa nyamannya bunyi hujan atau mungkin kita lupa teriakan anak kecil dulu, hingga segala rasa yang lama hilang. bermula dari situ.
dua minit sebelum sebelas, jejak jejak hujan berteriakan di hujung alam, mengemudi segala alam selaju cahaya. lalu menjarak antara dua kota senggeta. Lembut dan mendamaikan. Sesekali bunyi jejak nya bagai kiamat, kerana takut akan penghujung itu pasti. menjunjung segelas awan dan hidup menjadi indah lucu bila manusia lagi suka bercakap dari mendengar.
Bilamana hujan turun, bunga bunga tulip mengindah di hujung taman, dan pedang pedang lama yang menggilap tiada lagi tajam. terus bunga itu mekar di hujung padang, menjadi wangian yang terharum dari segenap dimensi. Segenap sejarah yang terangkum akan menjadi buku buku di rak usang, yang akhirnya hancur dianai anai masa. Lihat dan dengar.
Aku belum mahu kembali ke realiti bila mudah untuk menjual jiwa untuk jiwa bila duit tidak lagi berharga.
Hujan yang turun membawa air menjadi lumpur, maka sayang bertukar benci. tidak bagi sesetengah. Menarilah makhluk makhluk hujan bilamana hujan turun, bersuara bilamana bunyi tidak lagi berguna. Bersuara bilamana yang lain tidak mahu mendengar. Bersuara dari bunyi bunyi asing bagi telinga. Mudah untuk membeli jiwa bila duit tidak lagi berharga. Untuk pertukaran, jiwa mahkluk hujan telah senangnya dibeli tanpa pedang tajam dan logam bulat. Membutuhkan hanya damai damai yang enak sekarang. Mungkin lumpur ini menjadi saksi.
Makhluk hujan itu berpuak puak. Sekarang ramai seketika sedikit. ada putih ada besar. Hujan makin sedikit, aku perlu habiskan cerita. Suara makhluk hujan itu kuat dan besar, hingga yang dengar menjadi pekak, yang pekak menjadi bertambah pekak. Dan jejak jejak mahkluk hujan bukan untuk diikut, kerana yang benar benar faham tidak perlukan contoh. Kerana lagu yang sesempurna manapun, bukan untuk si pekak. Lukisan yang secantik manapun bukan untuk sibuta.
Menarilah bersama hujan.