Monday, March 19, 2018

suara di kertas

jika penghujung sekarang jalan menuju ke mana-mana. bawa aku. 

Sekeping kertas di atas meja. berbicara tentang hidup, seabad lebih dia menasihat rumpun jiwa dari celaka. suara nya kuat nyaring penuh kebencian. kau telah tahu. biar tiada bukti. lalu aku ronyok dan buang. berhenti dan pandang ke sini. bukan kau tidak mampu, bukan kau tidak mahu, kau tidak berani. dengar suara ini. ia belum berakhir. cerita ini belum berakhir.  ada suara disini. yang kau tidak dengar. ada suara disini. yang kau biarkan kalah.

rumpun jiwa ini kau jangan paksa, biarkan ia mengalir seperti sungai, ke arah hilir. sungai ini jangan kau halang, kelak melimpah jadi banjir. biarkan ia mengalir sedamai dulu semula. jangan biarkan kalah, terus berpegang pada tebing, jangan melimpah.

kau tak perlu tinggikan suara, kuatkan nada dengan nasihat. tidak kalah jika menyerah. tidak menang dengan senang. tidaklah dijadikan lumpur itu sia-sia kecuali mengubat luka tebing, supaya sungai terus mengalir. 

sekeping kertas bercakap pada aku dan menasihat. dan kertas itu diam semula.