Sunday, October 2, 2016

Menerjah Awan

Tinggi benar awan ini. biru dan putih. saling berkait adalah seperti hamparan tikar. tiada sesempurna segala jadi. nadi dan gelora ombak awan ini. adalah seperti nahu dan kosa yang hebat dan teratur. saling memberi erti antara pembayang dan yang dibayangi. malah lagi agung dari segala putih putih sayap merpati. sejuk dan melembutkan segala jenis hati yang keruan dan memberontak. terus dia mekar dan membuka segala lembaran baru dari helai helai yang carik. seperti sayap merpati tadi. Terbuka.

Syahdu awan ini. mengenang jerit jiwa yang memberontak dalam kokongan waktu yang terkadang dirasakan sangat sangat disiakan asing ceritanya lantas ditapu bunga mawar itu dihujung jari jemari. kekadang mahu digenggam. bukaan jarinya memberi perut lima anggota ini, suatu pengertian yang jelas dan meninggalkan kesan pada mawar itu. dia lihat jari jemarinya. kesan akan suatu watak protagonis yang dilambangkan oleh ukir ukir serat kulit. lalu dia sedar, dan berdoa. lantas diampunkan dan di angkat langit kelapan. Bayangan.

Penutup ini belum jelas. Malah huruf h
uruf tersusun indah, bukan bermaksud dia hidup. dari lidah.

kau siapa.

cahaya mentari itu aku lihat seperti tangga tangga ke syurga. lihat lihat lihat.dengan mata hati bukan sekadar melihat dengan mata bulatmu. lihat lihat. cuba kau ukur getar ini. ketara lemah atau kuat. kau kau ukur getar ini.dimana tingkatnya antara tangga syurgamu, atau egomu. pilih pilih. putih atau memutihkan.

kertas ini kosong. masih kosong. jika kau perhatinya dengan lewa dan sia. guna hati. terjahlah awan ini dan tahu akan indahnya syurga.