Sunday, December 18, 2011

kalau ada sayap

kalau aku ada sayap, benda pertama yang aku akan buat ialah terbang menjelajah ke bulan dan menyaksikan betapa indahnya bumi dari kaca mata angkasa. keindahan bukan diukur dari enaknya manusia mengejar kebendaan, tapi betapa lazatnya manusia menikmati kehidupan.aku tidak lagi mahu membayangkan bahawa bumi itu bulat dan membujur, dan membayangkan bahawa bumi itu mungkinya petak dan segi tiga.

Kalau aku ada bintang dilangit, akan aku seru bintang itu untuk muncul pada setiap malam malam yang sepi, saat aku merindui seseorang yang jauh. mungkin untuk sekadar memuaskan nafsu atau sekadar menarik nafas selesa. bintang bukan cahaya, ia satu anugerah yang tercipta untuk manusia hargai. kemudian di setiap inci bintang itu, akan ku hiaskan namamu, betapa agungnya cinta manusia pada pencinta, walau kekadang terus hanyut dalam laut deras.

kalau aku ada sedikit sahaja lagi semangat, akan aku hiaskan sebaik mungkin semangat itu agar menjadi sesuatu yang mungkin membisakan aku untuk membina diri dan menjagkau masa dan keazaman. kalau mungkin setiap masa dan semangat yang masih ada itu aku tibakan dengan gah dan berani, sudah pasti nescaya segala perancangan yang tersedia dihadapan mata akan membuahkan hasil. walaupun mungkin beberapa biji buah yang ku tilik memjadi makanan ulat, ia mungkin hanya sementara.

kalau lah aku bisa tuliskan lagi seribu ayat bahawa aku mahu kembali cintakan Nya.nescaya hati tidak akan keruan menanggung beban yang teramat besar....

Aku dan angan.

kehidupan itu pentingnya adalah dengan cara bagaimana beliau menikmati kehidupan itu.pepatah mengatakan bahawa, untuk menikmati sekeping aiskrim, saat yang paling seronok adalah semasa membuka nya, rasa yang paling enak adalah semasa ia masih beku. Begitu juga seumpama kehidupan ini, bagaimana kehidupan kita berlaku tidak penting, tapi yang lebih penting adalah bagaimana cara kita menikmati sesebuah kehidupan. ada mereka yang seronok untuk menghadapi kehidupan dengan sesuatu yang sia-sia sehinggakan masa yang ada dan tertinggal hanya sedikit. ada juga manusia yang kehidupan nya dipenuhi dengan angan-angan yang tinggi sehingga tidak tercapai dek tangan. Namun kerana angan-angan itulah dia masih hidup.

Manusia sentiasa berfikir untuk melakukan yang terbaik dalam kehidupan.mengharapkan sesuatu yang lebih bagus akan muncul dalam perjalanan. mengharapkan langit akan lebih cerah pada hari muka. Kekadang kita akan menjadi lupa bahawa, dunia itu akan selalunya ada naik dan turun. Sedang kita berada di atas, sekejap sahaja kita mungkin dibawah. Dan untuk naik semula adalah sesuatu yang sangt susah. Pengorbanan itu adalah balasan yang terbaik.Namun untuk melakukan pengorbanan itu, bukan sesuatu yang mudah.mengharapkan sedikit balasan yang masih belum tentu.

Aku selalu ditemani oleh mimpi-mimpi yang cukup indah dalam hidup. ditemani oleh suasana yang sedikit sebanyak mengajar aku tentang erti hidup. Aku telah menanam sedikit azam untuk terus bertemu dengan masa depan, agar aku dapat menjanjikan kehidupan aku dengan masa. Aku terfikir, mungkinkah angan-angan ini akan membunuh diri aku sendiri. menghabiskan sisa-sisa masa yang masih tertinggal.atau ia mungkin hanya bekas kosong yang tidak mungkin terisi.Yang pasti, aiskrim itu akan tetap mencair sehingga satu masa, ia habis.

Friday, December 16, 2011

Update

semakin hari aku rasakan bahawa matlamat hidup aku semakin jauh dan semakin bercampur. semakin lama, apa yang aku mahukan kian pudar dan kabur, biarpun sedikit sebanyak jalan itu telah aku tempuh, tapi matlamat nye masih jauh. atau aku cuma keliru samada apa yang aku kejar ini sangat berbaloi untuk hidup aku, dan tidak mengundang bahaya. Setiap detik yang aku tempuh, semakin banyak kesalahan yang aku cipta, semakin banyak kekecewaan bakal terserlah, dan aku masih tetap keliru untuk memilih. Antara dua jalan yang ditempuh, mana satu yang baik, mana satu yang jahat masih belum dapat kita pastikan, kekadang kita terlalu menyusun jalan yang terbaik sehingga kita tidak yakin untuk mencuba semua jalan, dek kealpaan. kecuaian yang mungkin setitik nila mungkin akan memberi kesan yang sangat besar dalam hidup. kesilapan yang kita buat dalam masa semalaman boleh meruntuhkan hidup kita selama lamanya.

aku cuba untuk kembali pada jalan yang benar, dan betul. namun ada hati yang masih tetap terluka dengan aku. mungkin kerana perubahan itu sukar untuk diterima manusia. kita memang selalu kisah sangat pada manusia lain sehingga kita lupa pada kepentingan diri kita sendiri, manusia yang telah rosak, akan merosakkan yang lain, itu yang sentiasa berlaku. Kehidupan yang harus dimulakan dengan kejujuran akan hancur jika terus diselubung penipuan.

Ada pengorbanan yang manusia tidak memandang ia walau sedikit pun, dan ada lagi yang menganggap ia sebagai kesilapan yang lain tanpa melihat kesilapan sendiri. harus sedikit sebanyak penyesalan akan tiba pada diri andai kesilapan itu pada diri kita. Kekadang sedikit kata maaf boleh menghapus segala dosa, dan meninggalkan kesan yang lebih teruk. manusia itu hakikatnya mengejar sesuatu dalam kehidupan, apa yang kita kejar, hanya kita tahu, kemaafan, cita-cita, semoga apa yang kita kejar itu menjadi milik kita.

Friday, December 9, 2011

xmo menaip.

satu kepuasan dalam dalam hidup adalah bila kita dapat memnuhkan apa yang dihajati oleh orang lain. tak semua yang kita lakukan akan membuahkan hasil yang setimpal dengan segala usaha yang telah kita buat, kekadang sedikit kesilapan yang kita lakukan akan terus memusnahkan harapan kita untuk terus berjaya.aku sekarang diambang itu, cuma aku tidak pasti bila kemusnahan aku akan tiba. selangkah demi selangkah yang masih aku susun tak tentu hala tujunya, masih bagai telur dihujung tanduk. mana keris dan mana sepanduk sebagai perlindungan.