Adakah benar Kelantan ada minyak n gas asli?
Sumber 1
Petronas mengesahkan bahawa operasi cari gali sudah bermula menerusi Syarikat Carigali HESS.
- Petronas memegang 50% saham di dalam syarikat tersebut menerusi Petronas Carigali Sdn Bhd dan 50% lagi dipegang oleh Aremada Hess Inc.
- Sekarang ini, operasinya mengeluarkan 6,000 tong GAS ASLI sehari.
- Jarak Blok A18 adalah lebih dekat ke Kota Bharu daripada di hantar ke Kerteh dan Songkla.
Menerusi penerokaan GAS ASLI di Blok A 18, setiap hari, Petronas sepatutnya membayar rakyat Kelantan royalti yang bernilai RM512,000.00 (RM512 ribu) sehari dan ini bererti Kerajaan Kelantan seharusnya mendapat pendapatan tambahan dari royalti GAS ASLI yang bernilai RM186,880,000 (RM186 juta) setahun.
sumber 2
Sedangkan di perairan Terengganu sebanyak RM36 bilion manakala Sabah (RM5 bilion). Ini bermakna jumlah pengeluaran dari perairan Kelantan lebih besar."
sumber 3
16 Mac 2009 - Sebuah seminar berhubung KDNK mengikut Negeri telah diadakan di Unit Perancang Ekonomi Negeri, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.
Di dalam seminar tersebut, Economic Planning Unit (EPU), Jabatan Perdana Menteri danJabatan Statistik Negara memaklumkan angka baru sektor perlombongan di Negeri Kelantan. Ianya sangat signifikan iaitu:
- RM2,615 juta bagi tahun 2006
- RM2,721juta bagi tahun 2005.
Bagi memudahkan kita, elok sahaja angka itu dibaca sebagai RM2.6 Billion dan RM2.7 Billion. Pada kebiasaannya sumbangan sektor perlombongan kepada KDNK Negeri Kelantan hanyalah 1.5% sahaja iaitu didalam lingkungan RM70 ke RM100 juta sahaja.
Daripad angka tersebut, kita dapat tahu bahawa kini sektor perlombongan di kelantan semakin meningkat dan berlaku pertumbuhan yang mendadak sekali, dari mana lagi kalau bukan perlombongan gas asli.
Isu ehsan dan royalti
Kenapakah terengganu yang kita tahu bahawa jaraknya lebih jauh berbanding negeri kelantan mendapat wang royalti sedangkan kelantan tidak?
adakah dengan pemberian wang ehsan akan melembutkan hati rakyat kelantan?
mengikut perjanjian yang dimeterai antara pengerusi pertama petronas iaitu Ku Li (anak kelantan) dengan menteri besar kelantan pada waktu itu, sudah jelas menunjukkan bahawa kerajaan HARUS membayar wang royalti kepada kelantan, Kenapa hak kelantan ditidakkan?
Ku Li sendiri pun menggesa agar kerajaan Najib sekarang supaya membayar wang royalti tersebut yang selama ini disimpan oleh kerajaan dan diguna pakai untuk membayar hutang dan membangunkan negeri lain? sampai bila rakyat kelantan mahu bersabar.
Pada 1975, perjanjian telah ditantangani oleh Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Mohammad Nasir dengan dan Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah. Menurut terma perjanjian itu, Kelantan diberikan royalti sebanyak 5 peratus setahun - dibayar tunai dua kali setahun - untuk hasil minyak yang ditemui kawasan pantai dan pesisirnya. Kerajaan negeri Kelantan menuntut antara RM850 juta dan RM1 bilion daripada kerajaan pusat mengikut Akta Petroleum 1974, yang membolehkan negeri menerima royalti minyak sebanyak 5 % daripada hasil perolehan petroleum.
isu ini adalah isu yang cukup signifikan buat rakyat kelantan, mana tidaknya, dengan wang royalti inilah kerajan kelantan akan membangun dan maju setaraf dengan negeri lain.
Jika kerajaan masil berdegil dengan menidakkan hak kelantan, maka kerajaan kelantan akan mengambil tindakan yang tegas, antara ialah dengan membawa isu ini ke Mahkamah Antarabangsa dan akan menjadi mimpi hitam buat kerajaan Malaysia.
Wahai rakyat kelantan, bersatulah demi kemajuan negeri kita. Jangan ingat Kelantan takut sangat dengan Malaysia.