Thursday, October 29, 2009
Tuesday, October 27, 2009
exam satu malaysia
Tak salah jika aku katakan bahawa aku benci final exam, setiap yang kita buat dalam final exam tak semestinya akan menunjukkan bahawa kita tu pandai or bodoh. Sudah banyak bukti yang menunjukakan bahawa kejayaan manusia itu bukan terletak pada keputusan peperiksaan nya, ada yang mampu untuk terus berjaya dengan hanya pmr dan upsr. ramai jugak yang berjaya menjadi ikon bagi cendekiawan lain cuma hanya belajar setakat darjah 1 dan tak belajar langsung. Yang penting adalah usaha, ilmu ada dimana2 hanya bergantuing kepada diri kita itu sendiri. contohnya adalah seperti isac newton sendiri, dari sejarah idupnya kita tahu bahawa dia bukan pun pandai sangat, malah ada yang beranggapan bahawa isac newton ni sebenarnya gila dan tak betul. Jadi persoalan nya sekarang mengapa masyarakat kita hari ini sering memandang keputusan peperiksaan semata-mata, tanpa menghiraukan kemampuan sebenar diri.
Aku pasti ramai yang beranggapan bahawa sesiapa yang gagal peperiksaan akan gagal seumur hidupnya, malah akan tergolong dalam golongan yang rugi. jika perkara ini menjadi ukuran, aku bimbang satu hari nanti para pelajar kita akan menjadi jumud dan hanya berfikir belajar untuk peperikssan bukan untuk hidup, jika berjaya dalam exam maka berjaya lah dia hidup didunia nie.
semakin lama, kau dan aku akan terus terkonpius dengan kehidupan sebenar dunia. Kiamat pasti kan jua datang dan kita akan terus hanyut. Sehinggalah kita sedar di pengakhiran sebenar.
mampukah aku untuk lari dari dunia nie.......
Monday, October 26, 2009
Tuesday, October 20, 2009
Sebuah Entri buat MPMUM 09
Najib rai penerima Anugerah Merdeka
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, meraikan empat penerima Anugerah Merdeka pada satu majlis penyampaian anugerah itu di Dewan Filharmonik Petronas di sini hari ini.
Penerima anugerah yang dipilih bagi mengiktiraf sumbangan mereka dalam empat kategori ialah Tun Dr Fatimah Hashim dan Datuk Lim Phaik Gan (kategori pendidikan dan komuniti); Prof Ir Dr Zaini Ujang (kategori Pencapaian Akademik Cemerlang) dan Prof Dr Halimaton Hamdan (kategori Kesihatan, Sains dan Teknologi).
Dr Fatimah, 85, adalah wanita pertama dilantik menganggotai jemaah menteri Malaysia manakala Lim, 91, adalah wanita pertama Malaysia yang dilantik ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Kedua-dua mereka dipilih berikutan tugas serta pencapaian cemerlang mereka yang mewakili kemajuan wanita di negara ini.
Prof Ir Dr Zaini, 44, yang juga Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dipilih kerana sumbangan pengajian dan akademik dalam pelbagai inisiatif alam sekitar berkaitan bekalan air, kumbahan, pemulihan sungai dan ekologi perindustrian.
Dr Halimaton, 53, seorang Profesor Kimia UTM, dipilih kerana sumbangan beliau dalam pembangunan serta aplikasi maerogel sebagai material serba guna yang berdaya maju daripada segi komersial.
Penerima setiap kategori menerima hadiah wang tunai RM500,000, sebuah piala dan sijil daripada Perdana Menteri yang juga penaung kepada anugerah itu.
Anugerah Merdeka diberikan bagi mengiktiraf sumbangan cemerlang individu dan organisasi yang hasil kerja dan pencapaiannya memberikan kesan cemerlang kepada Malaysia dan rakyatnya.
Anugerah Merdeka, adalah inisiatif bersama Petronas, Exxonmobil dan Shell, dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, pada 27 Ogos 2007, sempena sambutan Jubli Emas kemerdekaan negara. -
turut sama hadir ke majlis tu adalah gabenor negara, tan sri zeti aziz dan prof ungku aziz. aku ada tol2 kat depan dia, cuak gok spocen...huhu
Wednesday, October 14, 2009
update...
Wednesday, October 7, 2009
scout forever...
urm....rasa penat pergi ke perkhemahan pra pentarafan di SMK pdg mdin masih x ilang lagi sebenarnya, hampir 2 malam tak tidur kerana aku ditugaskan menjaga perkhemahan itu. anyway syukur sangat kerana semua nya berjalan dengan lancar walaupun sedikit tersasar dari jadual sebenar. namun semuanya mampu dihadapi oleh pemimpin pengakap, Mr.khoo dengan jayanya. semoga perkhemahan sebegini akan terus berlangsung lagi dimasa hadapan.
ALBUM KENANGAN PERKHEMAHAN PRA PENTARAFAN PENGAKAP
TARIKH : 1-3 oktober 2009
TEMPAT : Tapak perkhemahan SMK Pdg Mdin, Terengganu.