Saturday, August 26, 2017

bila burung tak mampu terbang

sebuah buku di atas meja, penuh dengan motivasi. terkumpul sejuta kata-kata setiap manusia. pemikiran dan rasa. dan keresahan.

bila burung tak mampu lagi terbang, akan terbentang sejuta lagi jalan nya. untuk dia redah. burung yang bijak akan merasa bersyukur bila dia tidak mampu lagi terbang, kerana bayang sejuta lagi rahmat di tanah sedang menantinya. disana ada satu padang yang penuh dengan cacing cacing segar dan enak. disana ada lagi sungai sungai yang jernih dan menyejukkan. dia hanya perlu kesana.

bila burung tak mampu terbang, dia melihat dunia ini dari sudut lain. yang ada hanya peluang bukan masalah. yang ada hanya sedikit kelainan dari pandangan, bukan kelainan dari hidupnya. kerana yang membedakan dia dengan yang lain adalah sudut pandangannya. baik atau buruk. dunia merubah nya, namun tidak boleh. kerana dia kuat dan tidak lemah.

bila burung tak mampu terbang, mangsa di tanah akan takut dan bertepiaran lari, keran di minda mereka, yang kuat akan terus kuat kalaupun dimana mereka berada. tidaks edikit pun kelemahan yang ada akan mempengaruhi nya, kerana kekuatan sebenar adalah dari dalam diri. biarpun dihenyak dan dihentak berkali, kekuatan dalaman adalah segala. lalu bagaimana mencari kekuatan?

bila burung tak mampu terbang lagi, dia akan terus memandang ke hadapan. sejuta jalan yang bakal ditempuh. segala bahaya yang mendatang, tidak dia gentar. kerana disana ada kota emas yang terasing, menunggu untuk diredah. penghidupan yang nyata.

kekuatan adalah kebaikan kepada semua.

Sunday, August 20, 2017

Cahaya putih di ufuk jingga

termenung di hujung jendela. mata tajam ke hujung langit. terbang menerobos awan biru. sayap. putih dan besar. bebas dan riang sekali memuji keindahan. luput ingatan dalam masa. perlahan lahan, dideru angin rasa, nyaman dan dingin. terbang tinggi ke langit. bebas dan riang sekali.

sesekali kelembutan kapas awan menerjah pipi, tersenyum dia dalam kedinginan. tiada arah tiada peta. sesat dan hidup. terbang dia tinggi senyum nya. hingga mata terpejam. dalam kenikmatan sementara. biarpun hidup tidak menjanjikan apa.

Cahaya putih itu. terbang tinggi di ufuk jingga. dalam dunia yang dia tiada. terlelap mata nya, seketika.

Friday, August 18, 2017

menabur hujan di gurun

berjalan, di gurun jiwa. gersang dan tandus. tiada pokok dan tiada rerumput hijau. tiada roh tiada rasa. luas sungguh dan rata. tiada penghujung. ufuk langit tiada garis. cerah dan terbentang umpama dinding. kalau sesat di gurun ini, sesatnya tiada bermasa, tiada berarah. maka, jadilah ia seperti hidup dalam mati.

berjalan di gurun jiwa, langkah umpama jelata, lagak umpama raja. tidak ada acuan kalau tiada rupa. ralit menapak arah, hingga lupa punca. tidak ada.

hujan di gurun jiwa bukan sekarang.

peti ke syurga

segala kebaikan yang digedungkan, bukan untuk meninggikan langit, atau merendahkan lembah.

kurang yang menyapa dia. sedang dia ada dalam diri. menelaah diri sendiri, sedang semakin dia bingung, kenapa dan mengapa. jawapan yang hilang, dalam balutan lautan soalan yang tinggi dan dalam. soalan tidak berpenghuni. suara yang tidak bernahu.

Diceruk itu, peti ke syurga. dalam lautan soalan yang berombak. soalan yang menjawab segala jawapan. menjadi raja segala kehinaan. kelak akan terbuka peti ke syurga ini itu. tidak terkunci dan kedap. bukan untuk dipikul ombak ini, tapi manusia tidak pula menolak. jiwa dan rasa aku lemah. Peti ke syurga ini tertutup lagi.

Semalam, ditegurnya penjaga peti. mengapa ini dan itu sedang mereka ini dan itu. lemah dalam tegurnya, sesal dan mahu kembali. Ditutup lagi peti ke syurga itu. Dalam lautan soalan tidak berjawapan.

kelak peti ini akan terbuka, disaat semua telah tiada, bila yang tinggal hanya peti ke syurga (hati).

mengejar ombak

langit kembali tenang. matahari cerah mengundang nyaman. tidak mampu dikelipkan mata lagi kepada awan, senyum dan berpuisi disisi. resah mengeluh didambakan segala cinta dan rasa. Restu dari raja segala damba. Biar jiwa dihamba, sekelip lagi dia hidup mendampingi aku. mahu dan mahu, kaku dalam firasat.

mata ini melihat, malaikat dilangit, senyap bersayap rusuk. lalu lenyap di balik awan putih. mungkin ini yang terakhir, malaikat yang punya rasa belas. sedang tidur. mana mampu ditahan lagi rasa ini, diragut segala gemuruh, supaya jiwa ini tenang, malaikat. disana aku tahu kau ada. mana mampu ditahan lagi.

telah ditutup segala kekunci dari pintu hidup. tidak ada roh itu meniup lagi memberi kehidupan, kalau segala jiwa resah, dalam tidur yang tidak tenang. Ia benar benar ada. Disetiap ia ada.

berbisiklah kepada roh, rehat dan pergilah. disana sungguh indah dari segala harap. indah dari semua khabar, dunia yang tak mengecawa. lebih hidup dari matinya. disana malaikat menyapa jiwa, agar kelak wajar ditaruh. Atas pentas pemancungan. lihat disana ia ada. tenang dan hidup.

penuh rasa ini. penuh.

Friday, November 4, 2016

rumput hijau dan lagunya

Jauh dia merenung ke luar jendela. dari tingkap kaca lama binaan portugis. ditengah tengah padang rerumput hijau kelihatan sebatang pokok tua yang lama telah hidup, mengurnia rezeki kepada seluruh hidup.membelah fikirannya melayang ke ruang yang jauh terlingkup menembus alam. setiap inci langit yang dilihatnya tersenyum seolah olah bersetuju. bagai kepercayaan karut yang meski hanya khayalan, benar dan nyata. lenggok bahasanya. rumput rumput hijau ini bukan khayalan. beralun mengorak belai, mengikut alunan musik angin merdu. dan terus fikirannya melayang. hilang dalam kebiruan langit.

dalam tak sedar.
sihir itu sangat enak. setelah sesaat sesal. sesat dalam rerumput hijau. jalan yang ditempuh, dalam rerumput hijau ini (dan semakin meninggi) seolah olah dia menulis di atas kertas, mentera nya sendiri.

Thursday, November 3, 2016

cahayanya menari

cahaya itu aku lihat menari-nari memberi harapan. lagak tariannya seperti rumi mendambakan juli. seperti pungguk merindukan bulan. elok elok menjaga hati kelak keruan ditangan orang. cahaya ini aku rasa dari Tuhan. bukan dari manusia. jelas dan teratur susunannya. baris baris cahayanya tersusun seperti ayat ayat dalam novel cinta. indah dan sedap dibaca. biarpun kadang kadang ada juga terang gelapnya, tetap cahaya ini indah dimata.

menyusun bata bata di jalan cinta. nakhoda segala rasa. hanyut dan tenggelam terus tenggelam. ya aku tahu dia memang akan tenggelam. tapi kita siapa, hanya sang pencinta cahaya. cantik dan meredakan jiwa yang dahaga. dan kita memang tidak layak mencintainya, dan mengharap yang sama. harus bagaimana aku akhiri warkah ini.

cahaya ini terus menari. tiada endah dan khuatir. tiada gundah walau musafir. dalam perjuangan.