Saturday, March 26, 2011

Masa Kecil 1

aku mahu mulakan pagi ini dengan bismillah dri hati bahawa aku yakin setiap apa yang berlaku itu datang dari Tuhan Yang Maha Esa.


bukannya mudah untuk menjadi diri sendiri danmenerima segala kelemahan diri dengan dada yang lapang seluas 5 kilometer persegi. bukankah sebelum ini aku pernah berkata bahawa penerimaan diri sendiri adalah amat penting untuk mencapai kejayaan. tapi setelah lama berfikir, kita sebagai manusia harus mencapai kesempurnaan dalam diri kita. Mengapa?? kerana hidup manusia itu hanya sekali dan kesempurnaan itulah yang melengkapkan diri manusia.


hari ini aku terasa mahu menulis, setelah sekian lama aku membiarkan sarang-sarang SPAM terus menjengah blog ini. ahh tapi tidak apa kerna aku sudah menghapus jejaknya. Semalam itu bukanlah lagi sebuah mimpi yang selama ini aku impikan, memasuki sebuah taraf universiti adalah impian setiap manusia.Aku mula mengimpikan kaki ku menjejak ke universiti hanya pada 18 tahun,semasa itu aku Tingkatan 5. Sebelum dari itu aku hidup hanya berlandaskan jiwa aku sendiri, hidup aku sendiri tanpa bercita-cita mahu menjadi apa, aku hanya mahu menjadi aku, ye seorang insan biasa iaitu Aku. Hidup dahulu sangat indah, biarpun dalam kesusahan yang amat, namun aku gembira. Aku mula matang pada usia 17 ( agak2 ). Maka tidak hairanlah aku hidup dalamjiwa kebudak budakan. Apa yang aku lakukan hanya mengikut jiwa aku sendiri. Banyak aku telah lakukan, sebagai contoh aku pernah bercita-cita mahu membina rumah diatas pokok.Dan aku kejar cita-cita tersebut sehinggakan hampir setiap pokok di sekitar rumah aku takluki.Malah aku juga menjajah tanah orang lain.(hahaha) itu cara aku untuk bergembira dengan menikmati alam semesta. Suasana di situ bukanlah seperti suasana di tanah,jauh dari kesibukan dunia yang entah kemana, jauh dari cita-cita manusia yang berkejaran yang ada hanya lah PEMERHATIAN.


Seteguk milo tidak akan mampu membuat aku puas. Aku mahu terus lagi menjadi apa yang aku idamkan, biarkan jalan yang sesusah ini menghalang dan peluang yang datang bagai laju arus namun akan kuterus pergi. Setiap yang datang itu ada hemah dan hikmahnya. Sedangkan busur mencari panahnya untuk beraksi inikan pula manusia. 


"we can't be somebody else, coz we were born to be what we are now. don't make fool of ourself, be what we are supposed to be. ignore bad feeling, saying that i want to be her, or to be like her. just let the wave bring you there. HELLO SATURDAY,HAPPY HOLIDAY GUYS :)"

Friday, March 25, 2011

Munajat Cinta

bila masa nya telah tiba, kita perlu mengakui bahwa sepi yang mencengkamjiwa kita memang sangat menyakitkan. Tiada kebahagiaan yang dirasa kecuali kesedihan. Dan aku akan terus dengan cara aku, hingga aku menemui sesuatu.



Tuesday, March 8, 2011

kerana kita hidup bersebab

"sesungguhnya tiada kehidupan yang diberikan atas dunia ini secara sia-sia oleh tuhan kerana setiap kehidupan manusia itu cukup berharga. kehidupan yang dianugerahkan ini adalah amanat yang tertinggi nilainya diberi oleh tuhan, hargai kehidupan ini dengan hidup sehingga nafas terakhir".

ada seorang kawan mengatakan bahawa aku ini mempunyai banyak kelemahan, tidak aku sangkal perkara ini kerana hanya jauhari yang mengenal manikam. tidak mungkin satu manusia ciptaan tuhan itu akan sempurna selepas KekasihNya. Mungkin kerana itulah sehingga hari ini aku masih sedar siapaaku dan hidup tidak meninggi diri. Kehidupan yang indah itu bukanlah melalui kesempurnaan, tapi ia dibahagiakan oleh manusia yang tidak sempurna yang sedar akan ketidaksempurnaan diri sendiri. saat aku menulis nota ini, usia aku 23 tedar atau tidak sudah hampir 2 dekad aku hidup disini setelah berpindah dari dunia yang satu lagi.

Kehidupan manusia itu cukup menarik, bagaimana kita dituntaskan oleh keindahan cinta bak rumi dan juli sehingga terlahirlah zuriat. Perjuangan melestarikan kehidupan bermula dari kita berudu lagi, ketangkasan kita untuk menghambat masa adalh penuntu kehidupan kita pada saat dan tika ini. Cuba bayangkan apa nasib berjuta-juta lagi saudara kita yang telah tewas,apa nasib mereka itu, menjadi sisa-sisa. Bersyukur kita masih disini sebagai seorang manusia.

kelemahan itu bukan batu pembedaan, dan juga bukan alasan pengasingan malah ia cuma satu keunikan bagi kita,jangan kerana itulah kita hancur terus masa depan yang ada. Sekali anda ditaksirkan hidup didunia, hadapi dunia sesungguhnya, SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA :)


Saturday, March 5, 2011

Saturday, February 26, 2011

terlewat

Dunia yang ku tempuh ini bukan dunia kecil, ia dunia besar dan berbeza.
Orang yang aku temu ini bukan orang kecil, mereka semua orang besar dan berpengaruh.
Jalan yang aku tempuh ini bukanlah jalan yang sama, ia berbeza dari masa kecilku.
Langkah yang aku hayun ini bukanlah langkah sama, tapi langkah yang lain dari masa kecilku.

Aku telah terlewat untuk sedar akan pentingnya ketinggian dalam hidup.
Aku telah terlewat untuk sedar akan indahnya lukisan hati saat aku kecil.
Aku telah terlewat untuk sedar bahawa manisnya kenangan cinta waktu kecil,
Aku telah terlewat.

Aku telah terlewat untuk membuat pilihan antara kerjaya dan keinginan.
Aku telah terlewat untuk tahu kawan-kawan itu pengaruhi aku.
Aku telah terlewat untuk tahu bahawa manusia itu tidak mudah memaafkan manusia lain hingga aku terus hidup dalam penyesalan.
Aku telah terlewat untuk tahu segalanya....

Aku belum bersedia menghadapi hidup ini.
Aku belum mampu meneruskan hidup ini.
Aku tidak boleh hidup dalam penyesalan selamanya.
Aku tidak boleh.

Aku terasa kosong.Jiwa dan Hati kosong.Tiada berisi.Yang ada hanya parut dan bekas yang sekian lama menanah.
Semalam aku memilih jalan itu, hari ini aku memikirkan jalan seterusnya.
Semoga aku tidak tersesat oleh KELEWATAN aku sendiri.


Friday, February 25, 2011

Ku Tak Sempurna.

bolehkah aku berjaya dalam kekalutan masa, mengejar cita dan juga kerjaya.
bolehkah aku puaskan hati semua manusia, biarkan hatiku dalam seksa.
bolehkah sang nyamuk menjadi naga,hanya dengan kata-kata
bolehkah sang naga berkuasa sedang apinya sudah malap.
bolehkah kuasa mendahului bakat dan kelebihan
bolehkah harimau meninggalkan belang sekiranya belang tak lagi berguna
perlukah mencari rotan sekiranya akar sudah cukup
perlukah menurut kehendak batin andai itu merosakkan
adakah lansungnya cinta hanya dengan kata-kata tanpa pengorbanan.
pentingkah kewujudan jika hanya dalam mimpi
sayupkah mata yang memandang langit jika suluh mentari sehebat kesuma
terpatrikah cinta hanya dengan madah-madah kaitan nafsu
pendekkah pemikiran jika mengolah kepanjangan nafsu
andai setitik kian menjadi selaut, mungkinkah kan mampu ku layar.
tak lekang dek ketandusan iman jika terus dibuai cinta manusia
cinta tidak membohong manusia, manusialah yang membohongi manusia.
mampukah pungguk terus menunggu bulan sehari lagi jika hujan terus membasah.
dapatkah rumie dan juli terus bersatu dalam perbedaan amalan.
benarkah keaiban jack dan rose menenggelamkan titanic
dapatkah manusia memanusiakan manusia  dalam perbinatangan kehidupan.
jernihkah terjun airnya, biarpun dalam paksa.


Ku Tak Sempurna


(C)ku pilih jalan ini
(Am)kutempuh liku liku
(F)tak pernah ku sesali (C)keadaanku

(C)dugaan ini
(Am)mendewasakan aku
(F)pada onak ranjau (C)kehidupan.

(Dm)Dan tak pernah aku(Am) tahu
(C)ertinya (F)cintamu
(G)hinggaku hanyut (C)dibuai (F)arus

(Dm)Dan aku yang tak (Am)sempurna
(C)serba (F)kekurangan
(G)hingga tak tertanggung (C)oleh (F)perbedaan.

Sunday, February 6, 2011

Azam 2011

sekarang sudah menjengah ke bulan februari 2011, begitu cepat masa meninggalkan aku. hari ini aku terasa hendak menulis, sudah begitu lama aku tidak menulis di blog aku nie.aku memang kurang suka menulis sekarang kerana sudah kekeringan idea, kerana itulah aku tidak suka menghebahkan kewujudan blog aku ini pada umum. maaf ku pohon pada semua yang masih setia menanti post2 dari aku. terima kasih banyak2 pada semua. tujuan pertama aku membuat blog adalah kerana aku mahu blog ini menjadi rujukan pada semua yang mengenali aku dan rujukan pada diri aku sendiri,hidup dan mati itu ketentuan tuhan dia yang erkuasa, aku tidak tahu bilakah aku akan pergi, hadi semoga dengan kewujudan blog ini akan mengubat kerinduan pada aku bila mana aku akan pergi. 


2011 sedang menjenguk aku, menantikan berjuta lagi peluang yang akan mengetuk pintu minda aku.cuma sekarang semuanya bergantung pada aku sendiri samaada mahu memilih jalan yang itu atau jalan yang sebaliknya. aku lebih rela melakukan sesuatu yang aku suka biarpun agak sukar dari melakukan sesuatu yang senang namun aku tidak suka.itu prinsip yang akan aku cuba pegang. kedua, peluang untuk merubah kehidupan adalah amat banyak sekali namun peluang untuk merubah kehidupan melalui cara yang kita suka tidak banyak. oleh itu, aku harus lebh peka dengan keadaan sekeliling aku. aku lebih suka bermain-main,suka-suka selalu agar dunia aku dan sekeliling aku sentiasa ceria dan cerah bairpon suara-suara itu cepat sngt menyakitkan hati.


2010 banyak benar meninggalkan kenangan yang terindah dan pengalaman yang aku dapat. cita-cita aku yang paling terbesar yang tercapai dalam tahun 2010 adalah aku dah berjaya mempelajari cara bermain gitar. walaupun tidak lah mahir sangat tapi cukuplah sekadar menghiburkan hati aku sendiri.ada orang cakap yang gitar itu haram untuk dimainkan tap aku sedar, masa akan berputar. dunia sekarang,apa yang haram bila-bila masa sahaja akan menjadi halal.itulah gayanya.bukan itu sahaja, aku juga sedikit sebanyak ada mencurahkan ilmu pada mereka2yang berminat untuk mempelajari gitar. ok la tu kan.:)


Tahun 2010, keputusan tidak juga memuaskan aku. keputusan yang hanya cukup2 makan ini bukanlah sesuatu yang aku puas hati. malahan kerungsingan aku bertambah pabila memikirkan tentang keputusan aku tu.mana tidaknya, masa depan aku bergantung pada nya. mungkin rezeki aku bukan pada exam semata-mata, banyak lagi peluang yang lain. ramai yang tanya tentang keputusan aku, namun aku lebih suka berdiam diri,biarlah aku sorg saja2 yang alami semua nie.orang lain tak perlu tahu. 


ada juga impian yang aku mahu tidak tercapai dalam 2010,antaranya usaha aku untuk menguasai english tidak berjaya. mungkin usaha aku sedikit dan tidak cukup.jadi aku berharap agar tahun 2011 ini aku akan berjaya menguasai bahasa english dengan lebih banyak. oleh itu aku telah list kan beberapa aim aku untk tahun 2011 ini. dan aku harap ia semua akan berjaya aku tawan.insyaallah. 


1)aku mahu menguasai English dengan fasih dan boleh berbicara dengan orang lain.
2)aku mahu menguasai cara-cara meniup seruling dengan baik dan memainkan 5 jenis lagu.
3)aku mahu mempelajari cara-cara bermain gitar dengan lebih baik dan serius.
4)aku mahu menghabiskan Degree aku secepat mungkin.
5)aku mahu melibatkan diri dalam bidang kesenian dengan lebih serius, masuk ASWARA atau ASENI selepas Degree.
6)aku mahu mengambil lesen kereta dan moto.
7)aku mahu menambahkan berat badan dan selalu bersenam.
8)aku mahu membuat satu projek yang akan membuatkan orang mengingati aku seumur hidup mereka.
9)aku mahu menjadi pelakon
10)aku mahu menunaikan impian seseorang.


sekian. semoga ini semua bukan impian ksong dari aku. ameen :)