Thursday, October 3, 2019

gelombang mimpi

mungkin kita tak sesempurna kita rasa.

terduduk sepi dalam bulatan hidup. di tengah hantu besar menanti. di luar syaitan besar menjengah mangsa. aku terpuruk disisi dosa, menghambat diri dari realiti, yang pada hakikat cuma mimpi. dalam sebuah lagi ilusi, sejenak kemudian tersedar. hantu masih ada. yang hilang cuma deria lama, dalam kalis menghirup pahala, yang sedikit benar. yang benar itu sedikit.

Tuhan masih berbisik kata kembali. ke dunia nyata. sedarkan aku dari mimpi yang aku kejar. sebuah hidup tenang, disana. atau mungkin aku harus mengiyakan, suara syaitan itu terlalu kuat dan nyaring, mengajak ke lembah punah, jiwa dan cinta. Dari segala yang ada, dia masih ada. Biar dititip diluluh dari benak minda, yang ada tetap ada.

Aku rindu teman teman lama.




Tuesday, October 1, 2019

Kau Tahu

Kau tahu, yang kerja baik tidak perlu mengharap pembalasan baik dari orang, tapi hanya pahala dari yang kuasa. Tapi bila mana pahala pun kau tak dapat, apa lagi kebaikan, apa guna kerja baik ini.

Kau tahu, setiap yang hidup akan mati, maka apa guna kehidupan jika akhirnya kematian, selain dari mengejar amalan dan dunia.

Kau tahu, hari esok akan terus bersinar, kerana esok rabu bukan jumaat.

Kau tahu, perit kecewa itu sangat kuat hingga membutakan jiwa. Jadi mengapa harus terus berharap dan berharap.

Kau tahu, tak layak menbeza-bezakan manusia kerana DOSA, kerana manusia itu bisa bertobat dan kembali. Jadi kenapa beza-bezakan?